BEIJING, 13 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Adil Ahmed, 65, ialah salah seorang warga Pakistan yang telah merasai kesan pembangunan tenaga bersih yang berkembang pesat dan sedang dilaksanakan di Pakistan melalui pelaksanaan pelbagai projek tenaga dengan kerjasama China.
"Saya telah memasang panel PV (fotovolta) di atas bumbung saya," kata Ahmed, menambah bahawa banyak panel di Pakistan dikeluarkan di China.
Selain daripada mengeksport panel PV, China membantu Pakistan dalam menggunakan tenaga solarnya yang banyak dan sumber air melalui projek tenaga hijau.
Dengan kapasiti penjanaan tahunan 3.2 bilion kilowatt-jam elektrik bersih, projek hidrokuasa Karot dijangka dapat menjimatkan kira-kira 1.4 juta tan arang batu standard dan mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 3.5 juta tan setiap tahun, menurut pegawai-pegawai Pakistan dari Loji Hidrokuasa Karot.
Projek hidrokuasa Karot hanyalah salah satu contoh usaha China dalam membina Jalur dan Jalan hijau.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 pelancaran Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China. Dalam dekad yang lalu, China bukan sahaja mara ke hadapan dengan peralihan hijaunya sendiri, tetapi turut mencapai kemajuan penting dalam membangunkan BRI hijau.
"Dalam 10 tahun yang lalu, China mampu mendorong purata pertumbuhan ekonomi tahunan sebanyak 6 peratus, dengan purata pertumbuhan penggunaan tenaga tahunan mencecah 3 peratus," kata Huang Runqiu, menteri ekologi dan alam sekitar, semasa berucap dalam Perbincangan Meja Bulat mengenai Pembangunan Hijau BRI dan Perhimpunan Agung Gabungan Pembangunan Hijau Antarabangsa BRI dalam bulan Mei.
Emisi karbon dioksida China bagi setiap unik KDNK menurun sekitar 35 peratus, yang bersamaan dengan mengurangkan kira-kira 3.7 bilion tan metrik emisi karbon dioksida, kata Huang, menambah bahawa pada tahun 2022, kapasiti terpasang untuk tenaga boleh baharu di China mencecah 1.2 bilion kilowatt, mengatasi kuasa arang batu buat kali pertama dalam usaha menyaingi yang bersejarah.
Selain mengusahakan pembangunan hijau dan mampannya sendiri, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China terus berkongsi teknologi canggih dan melaksanakan beberapa projek kerjasama tenaga hijau yang bersih, rendah karbon dan berkualiti dengan negara-negara lain.
Memanfaatkan kepakarannya dalam tenaga boleh baharu, penjimatan tenaga, perlindungan alam sekitar dan pengeluaran bersih serta memanfaatkan teknologi, produk dan pengalaman Cina, China menggalakkan kerjasama BRI dengan aktif dalam pembangunan hijau, menurut kertas putih yang bertajuk "The Belt and Road Initiative: A Key Pillar of the Global Community of Shared Future" ("Inisiatif Jalur dan Jalan: Tonggak Utama Komuniti Global dengan Masa Depan Dikongsi Bersama").
Di Etiopia, yang mana kekayaan sumber tenaga boleh baharu, termasuk kuasa angin dan hidroelektrik, dianggarkan dapat menjana lebih daripada 60,000 megawatt kuasa elektrik, China telah membantu membangunkan projek-projek, seperti ladang angin Adama, terletak di kawasan bukit berbatu di tanah tinggi Etiopia dan kuasa hidroelektrik 254 MW Genale-Dawa III.
Selain daripada menggunakan sumber tenaga boleh baharu tempatan, China turut menegaskan tentang perlindungan terhadap alam sekitar dalam pembangunan tenaga.
Dalam pembinaan Landasan Kereta Api Landasan Piawai Mombasa-Nairobi (Mombasa-Nairobi Standard Gauge Railway) yang menempuh rizab hidupan liar seperti Taman Negara Nairobi dan Taman Negara Tsavo, beberapa langkah telahpun diambil semasa reka bentuk dan pembinaan landasan kereta api itu.
Terdapat 14 laluan hidupan liar yang besar dan 79 jambatan sepanjang landasan kereta api tersebut dan laluan haiwan jenis-jambatan berukuran lebih 6.5 meter tinggi, menjadikannya mudah untuk haiwan besar seperti gajah dan zirafah melaluinya. Di samping itu, pagar pengasingan telahpun dipasang pada kedua-dua sisi garisan bagi mengurangkan kontak antara haiwan dan kereta api.
Kerjasama untuk pembangunan tenaga hijau dan rendah karbon tidak terhad kepada kerjasama antara negara.
China telah mencapai persetujuan kerjasama alam sekitar dengan lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa, melancarkan Inisiatif untuk Perkongsian Jalur dan Jalan mengenai Pembangunan Hijau dengan 31 negara serta membentuk Gabungan Pembangunan Hijau Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Jalan dengan lebih daripada 150 rakan kongsi dari lebih 40 negara, menurut kertas putih itu.
China bersiap siaga untuk bekerjasama dengan negara-negara lain bagi meneruskan kerjasama yang lebih erat dan lebih membuahkan hasil di bawah rangka kerja BRI dan membina sebuah dunia yang terbuka, inklusif, bersih dan indah, katanya.