omniture

Casio bakal Lancar Jam Tangan G-SHOCK dengan Muka Jam Berwarna-Metalik Bersinar

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2023-10-16 09:00 110

Sepasang Jam Tangan untuk Pasangan Membangkitkan Penampilan Perayaan Pencahayaan Musim Sejuk

Turut Dipakai oleh Kumpulan Lima Ahli Gadis Korea Selatan ITZY

TOKYO, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran penambahan terkini kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. Seasonal Collection 2023 mempersembahkan lima model edisi terhad baharu untuk musim sejuk, yang boleh dipakai secara berpasangan oleh pasangan untuk penampilan yang selaras. Menampilkan muka jam berwarna-metalik yang bersinar, jam tangan GM-2100WS, GM-S2100WS, GA-2100WS, GMA-S2100WS dan GA-110WS membangkitkan keindahan berkilau pencahayaan musim sejuk perayaan.


Lima jam tangan kalis-hentakan baharu yang membentuk barisan jam tangan musim ini — GM-2100WS, GM-S2100WS, GA-2100WS, GMA-S2100WS dan GA-110WS — menampilkan muka jam yang diaplikasikan dengan pemendapan wap metalik terang dalam pelbagai rona menarik yang diilhamkan oleh penampilan indah dekorasi perayaan dan pencahayaan yang menerangi jalan-jalan pada musim sejuk.

Barisan yang pelbagai itu merangkumi pelbagai saiz, reka bentuk dan skema warna, menawarkan keseronokan menyelaraskan rupa fesyen yang digandingkan dengan pasangan romantik, rakan atau ahli keluarga. Dengan muka jam berwarna-warni dipasang pada bezel logam dan resin, reka bentuk jam tangan membawakan tona asas putih dan bentuk yang dimodelkan mengikut GA-2100, dengan bezel oktagon ikoniknya serta GA-110, dengan muka jam berdimensi yang tersendiri.

Membawakan bezel logam dan saiz yang berbeza-beza, GM-2100WS dan GM-S2100WS mempersembahkan rupa yang menyejukkan mata lagi bergaya dengan warna-warna muka jam biru kelasi dan merah jambu masing-masing.

GA-2100WS, GMA-S2100WS dan GA-110WS menampilkan bezel resin dan memaparkan muka jam dengan rona terang iaitu biru, jingga atau ungu yang bersinar dengan kilauan yang memukau.

Sebagai ciri reka bentuk yang istimewa untuk barisan jam tangan yang bertujuan untuk digandingkan, imej tali yang digulung dan diikat menjadi bentuk hati, diukir pada bahagian belakang setiap jam tangan untuk menunjukkan pertalian atau ikatan perhubungan dengan insan dekat di hati dan disayangi.

Imej promosi baharu menampilkan lima anggota kumpulan gadis Korea Selatan ITZY yang dengan bangganya memakai kelima-lima model daripada G-SHOCK Seasonal Collection 2023.

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services