omniture

AGT Communications Group Menjadi Peneraju Pasaran Komunikasi Rusia, Menurut Pemeringkatan Global The Holmes Report

AGT Communications Group
2014-07-09 22:06 90

MOSCOW, 9 Julai 2014 /PRNewswire/ --

AGT Communications Group telah disenaraikan pada kedudukan pertama dalam kalangan agensi komunikasi di Rusia, berdasarkan pemeringkatan global tahunan yang dibangunkan oleh The Holmes Report, menjadi salah satu syarikat komunikasi global 60-Teratas.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140708/696621 )

Agensi tersebut telah diberikan kedudukan berdasarkan jumlah bayaran agensi sepanjang tahun 2013. Sebanyak 250 agensi komunikasi terbesar dunia turut serta dalam pemeringkatan tersebut.

Vyacheslav Laschevsky, Pengerusi Lembaga Pengarah AGT Communications Group berkata, "Menerusi analisis pemeringkatan oleh The Holmes Report, didapati kadar pertumbuhan pasaran komunikasi Rusia jauh ketinggalan berbanding kadar pertumbuhan global, walaupun kalangan ahli profesional Rusia adalah setaraf dengan ahli profesional antarabangsa daripada segi teknologi dan keberkesanan. Pembangunan sektor komunikasi Rusia bergantung secara langsung pada kepercayaan pelanggan yang semakin meningkat, dan hasilnya dapat dirangsang oleh penyertaan agensi PR (Perhubungan Awam) Rusia dalam pemeringkatan bebas, seperti The Holmes Report dan Pemeringkatan Syarikat Komunikasi Nasional (НР2К)."

The Holmes Report merupakan pemeringkatan global tahunan yang ulung, memperlihatkan jumlah sebenar syarikat komunikasi global, salah satu sumber tentuan bidang yang bebas dan paling andal tentang industri PR (berserta kedudukan oleh О'Dwyers, PR Week). Selama lebih 15 tahun, The Holmes Report telah menyediakan maklumat dan data analisis yang paling lengkap dan relevan berkaitan pasaran komunikasi PR untuk ahli profesional PR.

AGT Communications Group merupakan salah satu syarikat komunikasi terbesar di dunia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pihak berkuasa kerajaan, disenaraikan pada kedudukan pertama dalam segmen "Aktiviti Kesedaran Awam" (menurut laporan Vedomosti). Jaringan AGT Communications, sebahagian daripada AGT Group, mempunyai beberapa pejabat di bandar Rusia seperti Moscow, St. Petersburg, Nizhny Novgorod, Yekaterinburg, Novosibirsk, Rostov-on-Don, Vladivostok, serta di Minsk (Belarus) dan juga Almaty (Kazakhstan). AGT Communications Group ialah ahli jaringan antarabangsa agensi PR bebas PROI Worldwide.

http://www.agt-holding.com

Source: AGT Communications Group
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Survey, Polls & Research