omniture

Ekspo Pembungkusan Utama Asia Tenggara, WEPACK ASEAN, dijadualkan pada 22-24 November di Malaysia

RX (China) Investment Co., Ltd.
2023-10-24 02:11 101

Peluang Pembelian Bersemuka Terakhir Sektor Ini Bagi Tahun 2023

SHANGHAI, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Reed Exhibitions (RX), WEPACK ASEAN, ekspo industri pembungkusan berskala besar pertama Asia Tenggara, akan diadakan mulai 22 hingga 24 November di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur. Acara ini menonjol sebagai pameran ulung rantau ini untuk pembungkusan beralun, kotak berwarna, pencetakan digital dan proses pembungkusan kertas.

Pasukan di sebalik Pameran Pembungkusan Beralun Antarabangsa China (SinoCorrugated) yang terkemuka, dengan kepakaran selama dua dekad, telah membentuk WEPACK ASEAN. Dalam edisi sulungnya, ekspo berkeluasan 10,000-meter-persegi itu akan menjadi tuan rumah kepada lebih 200 peserta pameran terkemuka dari China dan seluruh dunia. Acara selama tiga hari itu dijangka akan menarik minat lebih 4,000 hadirin. Persatuan Pengilang Karton Beralun Malaysia (MACCMA), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB) turut menjanjikan sokongan padu mereka.

WEPACK ASEAN 2023 will be held from Nov.22nd-24th in Malaysia
WEPACK ASEAN 2023 will be held from Nov.22nd-24th in Malaysia

Memfokuskan pada Tujuh Elemen dalam Rantaian Industri Pembungkusan untuk Mendorong Pemimpin Rantau Menuju Kecekapan dan Penjimatan Kos

Asia Tenggara, muncul sebagai pasaran penting untuk pembungkusan kadbod, menyaksikan permintaan yang semakin meningkat, terutamanya untuk penyelesaian pembungkusan termaju. WEPACK ASEAN akan menumpukan perhatian pada lebih 200 peserta pameran yang menampilkan teknologi dan peralatan berkualiti terbaik, berpacukan nilai dan diperkemas. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh kilang kadbod, pengeluar kotak berwarna, syarikat pencetakan dan kilang kertas rantau ini, acara berkenaan akan menonjolkan:

  • Pengeluaran kadbod pintar
  • Pencetakan bersepadu dan pascapengeluaran
  • Penjimatan tenaga dan pengurangan emisi
  • Pracetak kadbod
  • Penyesuaian kelompok kecil dan pencetakan digital
  • Logistik pintar, penggudangan dan automasi kilang
  • Pembelian dan pengurusan kertas mentah kolaboratif.

Aspek-aspek ini bertujuan untuk memperkasa industri-industri tempatan dalam perjalanan mereka menuju pengeluaran padu dan kecekapan yang lebih tinggi.

WEPACK ASEAN 2023 will be held from Nov.22nd-24th in Malaysia
WEPACK ASEAN 2023 will be held from Nov.22nd-24th in Malaysia

Forum Pembungkusan Beralun Asia Tenggara – Pandangan tentang Trend Industri di Asia Tenggara

Pada sebelah petang 23 November, RX dan MACCMA akan bersama-sama menganjurkan Forum Pembungkusan Beralun Asia Tenggara. Selaras dengan misi Forum Pembungkusan Beralun Dunia, dianjurkan sebagai sebahagian daripada SinoCorrugated, sidang kemuncak ini akan berfungsi sebagai acara industri penting, menghimpunkan persatuan, rakan media, orang dalam industri, pengeluar produk pembungkusan, pembuat peralatan, pembekal bahan dan peneraju industri yang lain.

Panel yang terdiri daripada lebih sepuluh pakar berwibawa dari seluruh dunia akan memberi pandangan tentang trend global, membincangkan topik-topik seperti trajektori industri pembungkusan kertas di Asia Tenggara, penyelesaian peralatan pembungkusan beralun dan pertumbuhan pembungkusan e-dagang.

Seminar Teknikal WEPACK ASEAN – Pameran Teknologi Pembungkusan Termaju

Mulai 22 hingga 23 November, pada hadirin boleh menantikan Seminar Teknikal WEPACK ASEAN. Pakar-pakar terunggul dari China dan Asia Tenggara akan mendedahkan perkara terkini dalam teknologi industri ini, lantas menjadikan seminar ini sebagai acara latihan pembungkusan luar talian percuma utama yang pertama di Asia Tenggara.

Mesyuarat Tahunan MACCMA – Acara Perangkaian Ulung Asia Tenggara dalam Industri Pembungkusan Beralun

Persatuan Pengilang Karton Beralun Malaysia akan mengadakan mesyuarat tahunannya pada petang 23 November di Kuala Lumpur. Hampir 60 ahli persatuan akan berhimpun untuk bertukar-tukar idea di acara penting industri pembungkusan beralun Asia Tenggara itu.

Sertai kami mulai 22 hingga 24 November di Kuala Lumpur untuk merebut peluang pembelian terakhir bagi tahun 2023 dan menyaksikan kejayaan perasmian WEPACK ASEAN!

 

 

 

Source: RX (China) Investment Co., Ltd.
Related Stocks:
NYSE:RELX
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Food/Beverages Paper/Forest Products/Containers Trade show news Future Events General Manufacturing