omniture

Huawei Digital Power Lancar Penyelesaian VPP Pintar di Sidang Kemuncak Kecekapan Tenaga ICT Global

Huawei
2023-10-26 12:49 31

BORDEAUX, Perancis, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Kecekapan Tenaga ICT Global ke-7, bertemakan "Tapak Hijau, Masa Depan Lebih Cerah", berlangsung di Bordeaux, Perancis pada 24 Oktober. Pembawa terkemuka, vendor menara, institut penyelidikan, pertubuhan piawaian dan pihak berkepentingan utama yang lain dari seluruh dunia berkumpul untuk bertukar-tukar pandangan mengenai transformasi hijau dalam industri telekomunikasi. Mereka menyasarkan untuk mempercepatkan pembinaan rangkaian hijau dan rendah karbon serta menyerlahkan potensi tapak melalui mod inovatif, seperti loji janakuasa maya (VPP).


Dalam ucapan pembukaan beliau, En. Fang Liangzhou, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Digital Energy, mengetengahkan bahawa walaupun pembawa berada di bawah tekanan pengurangan emisi dan kos tenaga yang semakin meningkat, mereka boleh memanfaatkan tapak fizikal dan sumber kuasa mereka untuk meningkatkan hasil. Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan sistem PV teragih di tapak dan menghubungkan storan tenaga tapak ke VPP untuk mencapai puncak berperingkat atau membina kemudahan pengecasan PV di tapak sedia ada. Pembangunan hijau telah menjadi kesepakatan global. Kedudukan pembawa berubah daripada pengguna tenaga menjadi pengguna, pengeluar dan pendaya tenaga. Huawei komited untuk mengintegrasikan teknologi elektronik digital dan kuasa bagi membantu pembawa berjaya di tengah-tengah peralihan global kepada keneutralan karbon.

Huawei Lancar Penyelesaian VPP Pintar
Pelbagai industri di serata dunia berusaha untuk menjadi neutral karbon dan memilih pengelektrikan yang membawa ketidaktentuan kepada grid kuasa. Sementara itu, proposisi tenaga boleh baharu yang semakin meningkat menimbulkan risiko kepada grid kuasa. Bagi menangani isu-isu ini, loji janakuasa maya (VPP) boleh digunakan untuk mengagregat dan menjadualkan sumber beban teragih, lalu meningkatkan kestabilan grid kuasa. VPP memiliki keperluan yang tinggi dari segi keupayaan skala dan respons keseluruhan (kelajuan, segmen masa dan kejituan) sumber teragih yang diakses.

Berdasarkan kepada algortima pintar yang unik dan perkakasan berprestasi tinggi, Huawei melancarkan penyelesaian VPP pintar. Ia menawarkan:

  • Mudah: Sistem VPP dirangkai sendiri dan dinyahgandingkan daripada rangkaian langsung. Penggunaan yang mudah tidak menjejaskan seni bina dan sekuriti perkhidmatan sedia ada. Sistem VPP boleh dimasukkan dengan lancar ke semua tapak dalam semua senario.
  • Pintar: Platform pengurusan tenaga Huawei melaksanakan sinergi rangkaian-awan dan penjadualan pintar berdasarkan kepada analisis dan ramalan data raya. Gerbang pintar VPP dan bateri litium membentuk platform perkakasan yang teguh, menjamin keserentakan tinggi, respons pantas dan kejituan tinggi.
  • Komprehensif: Satu sistem VPP boleh mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan, seperti puncak berperingkat, respons sebelah-permintaan dan respons kekerapan. Di samping itu, sistem VPP menggunakan algoritma perisian bagi mengoptimumkan penjadualan, menjamin sekuriti perkhidmatan sekali gus memaksimumkan hasil perkhidmatan VPP.

Li Shaolong, Naib Presiden Domain Kemudahan Kuasa Tapak Huawei Digital Power, berkata bahawa Penyelesaian VPP Pintar Huawei bertujuan untuk membantu pembawa memanfaatkan sumber tapak sedia ada bagi mendapat faedah baharu. Huawei akan berkolaborasi dengan pengagregat grid, pertubuhan piawaian industri dan pihak berkepentingan VPP yang lain untuk menggalakkan pembangunan komersial tapak telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan VPP.

Tapak Telekomunikasi Hijau: Satu Kesepakatan Industri

Ketika ini, teknologi digital telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian dan trafik rangkaian terus meningkat secara mendadak. Tanpa inovasi, penggunaan tenaga oleh rangkaian pembawa akan meningkat dengan ketara. Infrastruktur tenaga dalam industri digital perlu terus meningkatkan kecekapan tenaga dan meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu dan bersih. Menggunakan teknologi, produk dan penyelesaian baharu untuk membina tapak hijau menjadi satu amalan bersama dalam industri ini.

Li Shaolong, dalam ucaptama yang bertajuk "Penyelesaian Tenaga Pintar Huawei Mempercepatkan Transformasi Hijau ICT," berkata bahawa penyelesaian tenaga pintar Huawei dapat membantu mempercepatkan transformasi ICT hijau dan membantu pembawa berubah daripada pengguna tenaga menjadi pengeluar swaguna tenaga. Sebagai pengguna tenaga, terdapat keperluan untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dan meminimumkan penggunaan tenaga. Pembawa mempunyai sumber tapak yang sangat banyak dan dapat berubah menjadi pengeluar melalui penggunaan PV dan penyertaan storan tenaga dalam VPP. Dengan cara ini, sumber-sumber tapak boleh diaktifkan bagi meningkatkan hasil dan menyumbang untuk mencapai matlamat "dwi-karbon".

Pada masa akan datang, Huawei Digital Power akan terus membantu pembawa membina rangkaian hijau dan rendah karbon serta bekerjasama dengan rakan kongsi daripada industri-industri yang berbeza untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan memudahkan transformasi hijau.

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities New products/services Trade show news