omniture

PARAMOUNT GLOBAL MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN "EYEQ" KE SELURUH DUNIA

Paramount Global
2023-11-02 02:39 88

Platform Pengiklanan Video Digital yang Disatukan di Peringkat Global Memberikan Portfolio Kandungan Paramount yang Amat Besar Melalui Penyelesaian yang Mudah dan Berskala dengan Kualiti, Keupayaan dan Jangkauan Disokong Iklan yang Tiada Tandingan 

NEW YORK, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- Paramount Global (NASDAQ: PARA; PARAA) hari ini mengumumkan pengembangan global EyeQ, dengan membawa salah sebuah platform pengiklanan video premium yang terbesar dalam media digital kepada pemasar serantau dan multinasional di seluruh dunia. EyeQ memudahkan pengiklan untuk mengaktifkan kempen merentasi skala penuh portfolio kandungan digital domestik dan antarabangsa Paramount bagi hiburan, berita dan sukan yang amat besar dalam satu penyelesaian yang lancar yang didorong oleh momentum penstriman syarikat ini.


Pluto TV, perkhidmatan FAST yang paling banyak diedarkan di seluruh dunia akan menyemarakkan penampilan sulung antarabangsa EyeQ dengan jejaknya yang semakin meningkat di empat benua dan lebih 35 wilayah. Pengenalan peringkat iklan Paramount+ pada tahun 2024 di pasaran antarabangsa terpilih yang termasuk Australia dan Kanada, juga akan terus mempercepat jangkauan yang disokong iklan EyeQ.

"Pelancaran EyeQ merupakan pengubah keadaan yang menawarkan kemudahan, kecekapan dan skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada pasaran video premium yang disokong iklan," kata John Halley, Presiden Paramount Advertising. "Kami teruja untuk menyampaikan formula yang terbukti ini kepada rakan kongsi di seluruh dunia di bawah sebuah strategi pengiklanan penstriman global yang akan dimainkan di lebih banyak pasaran berbanding sebelum ini dan bertindak sebagai pemangkin untuk fasa pertumbuhan Paramount yang seterusnya."

EyeQ telah mengalami pertumbuhan mendadak sejak pelancarannya pada tahun 2020, dengan menjadi perniagaan pengiklanan digital bernilai berbilion dolar serta mempunyai lebih 100 juta penonton unik bagi episod penuh setiap bulan di A.S sahaja.

"Peluasan antarabangsa terhadap platform video premium terkemuka dalam industri kami menunjukkan komitmen berterusan Paramount kepada para pelanggan kami," kata Lee Sears, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Jualan Pengiklanan Antarabangsa dan Pemasaran BersepaduParamount. "EyeQ memanfaatkan pertumbuhan platform dan jenama ekosistem global kami yang memudahkan penyertaan dan menyediakan laluan terus untuk para pengiklan membeli di semua kandungan digital Paramount. Dengan skala, pengukuran dan penyampaian yang disatukan serta digabungkan dengan akses kepada IP global kami, kami kini menjadi Paramount Global bukan sahaja pada nama, tetapi juga dalam keupayaan pengiklanan."

Dibangunkan selepas Freewheel, EyeQ menyertakan Conduit, iaitu platform programatik dan perkhidmatan pengurusan identiti yang dibangunkan secara dalaman daripada Paramount. Rakan kongsi pengiklanan akan ditawarkan dengan:

  • Pelaksanaan kempen tunggal, berbilang pasaran atau global merentasi inventori digital premium Paramount, semuanya pada satu tempat.
  • Segmen kandungan yang membolehkan pengiklan memperuntukkan perbelanjaan mengikut vertikal di bawah kategori kandungan berskala, termasuk kandungan terbaik dalam rancangan hiburan dan kanak-kanak.
  • Penyelesaian kreatif yang khusus bagi menangani keperluan pemasaran para pelanggan melalui Paramount Brand Studio.
  • Keupayaan identiti, sasaran dan pengukuran yang komprehensif yang menggabungkan data pihak pertama Paramount dengan data daripada penyedia pihak ketiga tempatan.

Pelancaran antarabangsa ini akan bermula sebagai program beta dan dilancarkan kepada semua rakan kongsi pengiklanan dan agensi pada awal tahun 2024.

Tentang Paramount: 

Paramount (NASDAQ: PARA; PARAA) ialah sebuah syarikat media, penstriman dan hiburan global terkemuka yang mencipta kandungan dan pengalaman premium untuk penonton di seluruh dunia. Didorong oleh jenama pengguna ikonik, portfolionya merangkumi CBS, Showtime Networks, Paramount Pictures, Nickelodeon, MTV, Comedy Central, BET, Paramount+ dan Pluto TV. Syarikat ini mempunyai salah satu pustaka tajuk TV dan filem yang paling meluas dalam industri. Selain menawarkan perkhidmatan penstriman dan produk video digital yang inovatif, Paramount menyediakan keupayaan yang kukuh dalam penyelesaian penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Paramount, sila layari www.paramount.com dan ikuti @ParamountCo di platform sosial.

PARA-IR

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2262658/Paramount_general.jpg?p=medium600

Source: Paramount Global
Related Stocks:
NASDAQ:PARA NASDAQ:PARAA
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Television New products/services