omniture

Dilengkapi dengan Turbin Luar Pesisir Shanghai Electric, Projek Tenaga Angin Terapung Laut-Dalam Pertama Dunia Bersepadu dengan Penternakan Marin Siap

Shanghai Electric
2023-11-03 20:51 56

SHANGHAI, 3 November 2023 /PRNewswire/ -- Projek tenaga boleh baharu maritim pertama di dunia yang menggabungkan antara tenaga angin terapung laut dalam dan akuakultur telahpun siap di China. Menandakan langkah yang penting ke hadapan untuk sektor tenaga angin China, projek ini dibangunkan oleh Longyuan Power Group, bersama Shanghai Electric Wind Power Group (Wind Power Group), subsidiari Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727), bagi menyediakan peralatan penjanaan kuasa dan menara turbin luar pesisir.

Equipped with Shanghai Electric’s Offshore Tribune, World’s First Deep-Sea Floating Wind Energy Project Integrated with Marine Ranching Completes.
Equipped with Shanghai Electric’s Offshore Tribune, World’s First Deep-Sea Floating Wind Energy Project Integrated with Marine Ranching Completes.

Memandangkan kuasa angin muncul sebagai tonggak asas dalam perjuangan memerangi krisis iklim, Wind Power Group mempercepatkan inovasinya, memacu perbatasan teknologi tenaga boleh baharu global sebagai sumber kuasa utama bagi membantu mencipta masa depan yang lestari. Sejak penciptaan turbin angin 3.6-megawatt, Syarikat ini mengukuhkan kedudukan kepimpinannya dalam arena tenaga angin dalam pesisir dan luar pesisir, menerajui beberapa projek utama di China dalam usaha untuk melaksanakan aplikasi baharu tenaga angin yang dapat mengatasi cabaran dan kekangan pembangunan industri ini.

Dengan penggunaan kuasa angin luar pesisir yang menjangkau ke kawasan pantai menuju lokasi laut dalam, Shanghai Electric Wind Power Group bersedia sepenuhnya untuk menerajui jalan dalam pembangunan, pemasangan dan operasi projek-projek kuasa angin terapung dan kuasa angin laut dalam, memperlengkapi dengan teknologi termaju serta memanfaatkan kepakarannya yang luas untuk mencipta penyelesaian bagi infrastruktur tenaga baharu pelbagai guna.

Dibina di dalam Zon Demonstrasi Penternakan Marin Nasional di Pulau Nanri, yang terletak di Putian, Wilayah Fujian, China, projek ini membawakan platform terapung separa-boleh tenggelam tiga-ruangan, setiap satu menyokong angin luar pesisir 4 MW dan modul solar ringan dan fleksibel yang dipasang di kawasan itu dengan kedalaman air sekitar 35 meter. Ruang berbentuk heksagon di dalam kawasan tengah platform boleh digunakan untuk penternakan ikan.

Sebaik sahaja beroperasi, projek tenaga bercampur ini memiliki kapasiti untuk menjana 96,000 kWj kuasa elektrik setiap hari pada kapasiti penuh, bersamaan dengan penggunaan tenaga harian oleh 42,500 individu. Penumpuan rintis antara kuasa angin, fotovolta dan akuakultur memperkenalkan permulaan baharu untuk industri ini bagi membangunkan penyelesaian boleh baharu yang lestari dan hijau yang direka bentuk untuk mengurangkan emisi karbon sambil merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi keselamatan, Shanghai Electric Wind Power Group menggunakan pendekatan serampang berbilang mata bagi memastikan keandalan projek dalam seluruh kitaran hayatnya. Semasa fasa reka bentuk awal, Syarikat ini mewujudkan model bersepadu yang disahkan melalui analisis ketekalan berbilang pusingan. Langkah-langkah lain, termasuk perbandingan keputusan simulasi merentas pelbagai platform dan pembangunan algoritma kawalan dengan kerjasama DVN, turut memperkukuh aspek keselamatan dan keandalan projek ini.

Seluruh projek juga telah menjalani rangkaian luas ujian yang ketat dalam hampir 200 keadaan operasi, termasuk model skala 1:40 yang digunakan untuk memeriksa kolam pancing. Syarikat ini turut membangunkan sistem terminal pintar dibina khas untuk turbin angin terapung, meningkatkan keandalan bagi memastikan operasi turbin yang selamat dan tekal sekali gus memaksimumkan penggunaan angin.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services