omniture

Bostik Raikan Inovasi 125 Tahun

Pakar bahan perekat global raikan ulang tahun syarikat yang telah diasaskan pada 1889
Bostik
2014-07-23 08:00 164

PARIS, 23 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Bostik, pakar bahan perekat global yang menerajui untuk pasaran pembuatan perindustrian, pasaran pembinaan dan juga pasaran pengguna, hari ini telah mengumumkan perancangan untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-125. Syarikat tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1889 di Massachusetts, AS dan dikenali sebagai Boston Blacking Company. Pelbagai acara tempatan serta aktiviti promosi turut dirancang bagi meraikan peranan penting inovasi terhadap kemajuan syarikat.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140319/674807-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140722/697546 )

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Bostik, En. Bernard Pinatel, mengulas, "Saya berbangga dapat memberi penghormatan kepada sejarah hebat syarikat dan memberi pengiktirafan terhadap peranan penting inovasi yang membolehkan Bostik menjadi peneraju dalam industri bahan perekat." Beliau turut berkata, "Kami akan terus melaksanakan inovasi dengan bersungguh-sungguh seperti para pendahulu kami dan kami menanti masa hadapan dengan penuh keyakinan untuk tempoh 125 tahun akan datang."

Aktiviti Bostik hari ini adalah jauh berbeza berbanding perniagaan pengolahan kulit oleh Boston Blacking Company untuk industri pembuatan kasut. Apa yang masih kekal sepanjang beberapa tahun ini ialah usaha melakukan inovasi dan menggunakan kemajuan teknologi terkini bagi menghasilkan penyelesaian bahan perekat pintar untuk para pelanggan serta para pengguna akhir. Arkib Bostik mengandungi pelbagai contoh bagaimana teknologi bahan perekatnya telah mengubah pasaran masing-masing, termasuk pengenalan kepada bahan perekat kertas dinding berasaskan kanji kentang pada tahun 1922, beberapa teknik pembungkusan dan aplikasi baharu untuk bahan perekat leburan panas pada 1960, bahan perekat penampalan elastik pertama untuk lampin pakai buang pada 1975 dan juga bahan perekat cekau berasaskan polimer terubah suai silil pertama pada 2001.

Komitmen untuk menghasilkan penyelesaian bahan perekat asli dan baharu masih diteruskan, seperti yang diperlihatkan menerusi pelancaran produk Bostik baru-baru ini. Bagi pasaran kebersihan pakai buang, baru-baru ini Bostik telah memperkenalkan ZeroCreep Avancé, bahan perekat penampalan elastik yang menggabungkan prestasi pemanjangan dan cengkaman untai elastik yang tiada tandingannya dengan kelebihan kos dalam penggunaan yang signifikan. Teknologi polimer Axios Tri-Linking oleh Bostik ialah kemajuan terkini dalam kategori bahan perekat lantai kayu keras yang memberikan peningkatan kekuatan cengkaman, perlindungan kelembapan serta manfaat akustik. Dalam sektor pengangkutan, ISR 70-03 FR ialah bahan perekat/bahan kedap pelambat kebakaran perintis pasaran yang melangkaui piawaian perlindungan kebakaran paling ketat untuk aplikasi alihan massa.

Bagi memperingati kejayaan penting ini, penjenamaan Bostik 125 Years of Innovation yang tersendiri telah dibangunkan dan akan dipaparkan dalam iklan, bahan syarikat serta paparan tempat jualan sepanjang tahun hadapan. Barangan peringatan, termasuk buku ulang tahun ke-125 akan diedarkan kepada kakitangan dan pelanggan dalam beberapa bulan akan datang.

Latar Belakang Bostik 

Bostik ialah pakar bahan perekat global yang menerajui dalam pasaran pembuatan perindustrian, pasaran pembinaan dan juga pasaran pengguna. Selama lebih satu abad, syarikat ini telah menghasilkan penyelesaian bahan perekat inovatif yang lebih pintar dan juga lebih mudah suai untuk setiap daya yang membentuk kehidupan seharian masyarakat. Daripada mula hingga akhir, dari rumah hingga ke pejabat, bahan perekat pintar Bostik boleh didapati di mana-mana sahaja. Dengan jualan pada tahun 2013 sebanyak 1.6 € bilion, syarikat tersebut menggaji seramai 4,800 kakitangan dan beroperasi di lebih 50 negara.

Bostik merupakan syarikat Total.

http://www.bostik.com

Sumber: Bostik

Source: Bostik
Keywords: Chemical Construction/Building Retail