omniture

/P E M B E T U L A N -- Omdia/

Omdia
2023-11-16 11:29 110

Dalam siaran berita, Omdia: AI akan mengatasi semikonduktor generasi seterusnya dalam revolusi kenderaan elektrik, yang telah dikeluarkan pada 14 November 2023 oleh Omdia melalui PR Newswire, kami telah dimaklumkan oleh pihak syarikat bahawa pautan untuk pendaftaran Persidangan Teknologi Omdia di Korea (Omdia Korea Technology Conference) adalah tidak tepat. URL yang sepatutnya adalah https://ktconf.com/main/main.php dan bukannya https://media-entertainment-leaders-summit.informatech.com/2023/?_mc=sm_omdia_x_le_x_fall23_sm23 seperti yang telah dikeluarkan sebelum ini. Siaran berita yang lengkap dan telah diperbetulkan adalah seperti berikut:

Omdia: AI akan mengatasi semikonduktor generasi seterusnya dalam revolusi kenderaan elektrik

LONDON, 15 Nov. 2023 /PRNewswire/ -- Norma lama yang bertahan berdekad-dekad lamanya kini dicabar industri semikonduktor kuasa apabila Omdia meramalkan peningkatan dalam semikonduktor baharu hasil daripada revolusi kenderaan elektrik (EV). Adakah peningkatan dalam AI mempunyai kesan yang sama?

Power discretes, modules and ICs forecast
Power discretes, modules and ICs forecast

Penganalisis Kanan Omdia untuk komponen semikonduktor Callum Middleton berkata: "Industri yang telah lama bergantung pada teknologi silikon sedang dicabar dan didayakan oleh peranti yang direka daripada bahan baharu. Pembangunan kedua-dua peranti kuasa galium nitrida (GaN) dan silikon karbida (SiC) bermula pada abad sebelum ini, namun kematangan teknologinya telah dipadankan dengan pergerakan kemampanan, dan peranti yang dihasilkan daripada bahan baharu ini menawarkan peningkatan kecekapan yang ketara dalam dunia kita yang laparkan tenaga."

Penerimagunaan awal peranti SiC ke dalam peranti Tesla pada tahun 2018 melonjakkan teknologi ini daripada makmal dan reka bentuk ujian ke arus perdana. Sejak itu, pasaran EV telah berkembang pesat dan lebih banyak pengeluar sedang mencari cara untuk memasukkan teknologi ini ke dalam kenderaan mereka disebabkan oleh manfaatnya dalam kepantasan pengecasan prestasi dan jarak yang ditempuhi.

Penerimagunaan awal ini telah membolehkan SiC membuktikan prestasi dan kebolehpercayaannya dalam dunia nyata, manakala pengecas telefon dan komputer riba telah melakukan perkara yang sama untuk peranti GaN. Apabila peningkatan dalam AI semakin pantas, ia akan memberi tekanan tambahan pada sistem bekalan dan pengedaran tenaga kita. Untuk memastikan bahawa manfaat AI dinikmati sepenuhnya dan dilakukan secara mampan, kita perlu memastikan bahawa kecekapan dimaksimumkan, tetapi ini tidak perlu dilakukan sehingga menjejaskan keuntungan. Mengguna pakai penyelesaian SiC atau GaN untuk bekalan kuasa di pusat data boleh mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara sambil pada masa yang sama mengosongkan ruang untuk kuasa pengkomputeran tambahan.

"Peranti-peranti baru ini, serta penyelidikan, pembangunan, ujian dan kejuruteraan selama berdekad-dekad lamanya yang telah dilakukan sebelumnya, mungkin tidak menjadi tajuk utama perbualan tetapi ia akan menjadi penting dalam mendayakan skala dan potensi Kecerdasan Buatan," simpul Middleton.

Profesional kanan dari industri paparan, cip AI dan semikonduktor bersedia untuk berkumpul pada Persidangan Teknologi Korea Omdia (Omdia Korea Technology Conference) yang dinanti-nantikan pada 22 hingga 24 November 2023, di Seoul, Korea di mana Middleton akan membentangkan penyelidikan semikonduktor terkini Omdia. Daftar di sini untuk menempatkan diri anda.

TENTANG OMDIA: 

Omdia, sebahagian daripada Informa Tech, ialah kumpulan penasihat dan penyelidikan teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Fasiha Khan Fasiha.khan@informa.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2270902/Omdia_Power_discretes__modules_and_ICs_forecast.jpg?p=medium600

 

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Survey, Polls & Research Trade show news Future Events Artificial Intelligence