omniture

Gambaran menarik pelukis Thai terhadap jejak ekologi manusia menggunakan mikroplastik menang anugerah Lukisan Terbaik Tahunan Asia Tenggara UOB 2023

UOB
2023-11-16 09:22 7

Pertandingan 2023 menarik penyertaan mencatat rekod di seluruh rantau ini. Karya seni menggambarkan komentar sosial global memenangi anugerah utama dalam pertandingan UOB POY (Singapura) ke-42.

SINGAPURA, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Karya seni pelukis Thai Cik Pratchaya Charernsook "Chumphon Estuary"yang memberikan gambaran yang sungguh memilukan tentang kemusnahan alam sekitar yang ditimbulkan oleh mikroplastik, memenangi anugerah Lukisan Terbaik Tahunan Asia Tenggara UOB 2023 (SEA POY). Karya agung Cik Pratchaya ini mengatasi karya-karya pemenang yang cemerlang daripada pertandingan-pertandingan UOB POY 2023 yang diadakan di Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura dan buat kali pertama, Vietnam.

2023 UOB Southeast Asian Painting of the Year, Chumphon Estuary by Pratchaya Charemsook
2023 UOB Southeast Asian Painting of the Year, Chumphon Estuary by Pratchaya Charemsook

Dihasilkan sepanjang tempoh dua bulan lamanya, "Chumphon Estuary" menyampaikan amaran yang mengerikan tentang akibat menggerunkan daripada penggunaan mikroplastik tanpa sekatan dan pembuangan yang tidak bertanggungjawab. Pesanan ini diberi penjelasan selanjutnya oleh serpihan mikroplastik sebenar yang digunakan untuk menghasilkan karya seni ini, yang dikumpul oleh Cik Pratchaya dari pantai-pantai di kampung halamannya. "Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang begitu dirasakan sendiri, bukan sahaja untuk saya, tetapi untuk semua orang. Saya benar-benar berharap agar karya seni saya akan memberi inspirasi kepada khalayak untuk mengambil tindakan, bagi memastikan apa yang saya gambarkan hanya kekal dalam lingkungan seni dan tidak menjadi kenyataan."

Pemenang-pemenang Asia Tenggara dan Singapura 2023 diumumkan pada malam ini di Majlis Penyampaian Anugerah UOB POY ke-42, diadakan di Victoria Theatre dan disiarkan secara langsung melalui UOB YouTube. Diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan En. Chan Chun Sing, pelukis-pelukis yang berjaya dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam menghadiri majlis ini bersama-sama para pemenang terdahulu, tetamu kehormat dan komuniti seni.

En. Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, UOB berkata, "Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Pratchaya kerana menonjolkan isu alam sekitar yang penting ini melalui karya seninya. Ia merupakan satu peringatan yang amat jelas tentang tanggungjawab semua orang kepada alam sekitar.

"Seni ialah sumber inspirasi dan hubungan yang berkuasa. Pengembangan pertandingan UOB POY utama kami ke Vietnam mengukuhkan komitmen jangka panjang kami untuk menyokong seni visual di Asia Tenggara. Di UOB, kami teguh untuk melakukan perkara yang betul untuk komuniti kami melalui pelbagai program tanggungjawab sosial korporat kami. Dalam bidang seni, kami bermatlamat untuk menonjolkan dan memupuk bakat di seluruh rantau ini dan untuk membina ekosistem yang berkembang maju bagi membolehkan para pelukis serantau mencapai tahap yang lebih tinggi."

Panel penilai untuk POY Asia Tenggara UOB 2023 terdiri daripada Ketua-ketua Hakim setiap lima negara yang mengambil bahagian: Dr Bridget Tracy Tan (Ketua Hakim Serantau dan Singapura), Cik Melati Suryodarmo (Ketua Hakim Indonesia), Cik Bibi Chew (Ketua Hakim Malaysia), En. Amrit Chusuwan (Ketua Hakim Thailand) dan En. Luong Xuan Doan (Ketua Hakim Vietnam).

Karya seni diinspirasikan fantasi yang hebat menang anugerah utama untuk UOB POY (Singapura) 2023, Kategori Pelukis Terkenal

Penyertaan 2023 yang berjaya dari Singapura menunjukkan kehebatan kreatif dan kecekalan pelukis tempatan apabila mereka mewarnakan naratif yang menawan dan komentar sosial pada kanvas.

2023 UOB Painting of the Year (Singapore), Established Artist Category – Top winner
Gulliver’s Travels by Jeremy Hiah
2023 UOB Painting of the Year (Singapore), Established Artist Category – Top winner Gulliver’s Travels by Jeremy Hiah

Pelukis Singapura Jeremy Hiah dianugerahkan Pemenang Utama dalam Kategori Pelukis Terkenal (Singapura) untuk karya media campurannya "Gulliver's Travels". Ini merupakan anugerah UOB POY pertama En. Hiah.

Mendapat ilham daripada kisah pengembaraan "Gulliver's Travels", perhatiannya serta merta tertumpu pada figura berwarna-warni virus kecil, haiwan dan jentera yang menyerang tubuh manusia. Dilukis dengan dakwat pen, siluet manusia tetap hampir tidak kelihatan, ditonjolkan hanya dengan tali yang mengikatnya. En. Hiah berkongsi, "'Gulliver's Travels ialah sebuah cerita yang biasa dengan kebanyakan orang. Saya ingin menggunakan adegan ikonik ini untuk menggambarkan adegan sekatan pergerakan yang kelihatan seperti kisah dongeng, serupa dengan kekangan dan ketidakberdayaan yang dirasakan oleh umat manusia semasa pandemik."

En. Hiah, bersama-sama lima pelukis lain dalam Kategori Pelukis Mantap dan sembilan pelukis bercita-cita tinggi dalam Kategori Pelukis Baru Muncul, diiktiraf di pertandingan UOB POY (Singapura) ke-42. Beliau juga akan bersaing dengan empat pemenang negara UOB POY yang lain untuk residensi selama sebulan yang menjadi idaman di Muzium Seni Asia Fukuoka di Jepun.

Karya seni yang menggambarkan cerita saling terjalin rentas sempadan menang anugerah Pelukis Paling Memberi Harapan Tahunan (Singapura)

2023 UOB Painting of the Year (Singapore), Emerging Artist Category – Top winner
Most Promising Artist of the Year, Commuting by Stephy Chien
2023 UOB Painting of the Year (Singapore), Emerging Artist Category – Top winner Most Promising Artist of the Year, Commuting by Stephy Chien

Cik Stephy Chien memenangi anugerah Pelukis Paling Memberi Harapan Tahunan (Singapura). Karya seni beliau, "Commuting", mempersembahkan warna-warni terang banyak motosikal yang diletakkan di tempat letak motosikal, menandakan hubungan simbiotik antara pengulang alik Singapura dan Malaysia serta perjalanan terhubung mereka merentas Selat. Cik Chien berkongsi, "Motosikal merupakan ikon kebebasan, individualiti dan gabungan budaya. Ia saling terjalin dalam fabrik kehidupan harian kami dan menjadi bahagian intrinsik identiti budaya baik Singapura mahupun Malaysia. Karya seni ini turut mendorong kami untuk mencapai keseimbangan antara mengekalkan warisan budaya yang kaya dalam komuniti ini dan meneroka penyelesaian pengangkutan yang lebih lestari."

Sumbangan berterusan UOB kepada komuniti lebih luas

Dalam usaha kami untuk memperjuangkan seni Asia Tenggara, UOB terus menyumbang kembali kepada komuniti melalui pelbagai jenis program seni visual, perkongsian dan jangkauan komuniti. Ini termasuk program Perbualan Pelukis kami di mana alumni UOB POY berkongsi perjalanan dan teknik artistik mereka dengan pelajar sekolah menengah dan kolej rendah. Program ini telah mendekati lebih 2,000 pelajar sejak ia bermula pada tahun 2017, memberi ilham kepada lebih ramai pelukis bercita-cita tinggi untuk memasuki pertandingan UOB POY. Lebih 40 peratus penyertaan Kategori Pelukis Baru Muncul terdiri daripada pelajar pada tahun ini, berbanding kira-kira 20 peratus dalam tahun 2022.

Pengembangan UOB POY ke Vietnam pada tahun ini, digandingkan dengan perkongsian dan program berterusan Bank ini untuk menjadikan seni lebih mudah diakses di seluruh rantau ini, memupuk hubungan yang lebih mendalam dalam seluruh komuniti dan pasaran di tempat UOB beroperasi. Ini sejajar dengan Tujuan UOB untuk membina masa depan ASEAN.

Pameran Pemenang Serantau UOB POY ke-42 akan diadakan di National Gallery Singapore mulai 23 November 2023 hingga 30 Januari 2024, dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari dan melalui UOBandArt.com. 

Untuk siaran media penuh dan lampiran, sila rujuk kepada https://mma.prnewswire.com/media/2270406/Media_Release_Thai_artist_s_striking_depiction_of_man_s_ecological_footprint_using_microplastics_w.pdf

Latar Belakang UOB dan Seni

Penglibatan UOB dalam bidang seni bermula dalam tahun 1970-an menerusi koleksi lukisan oleh pelukis Singapura. Hari ini, UOB Art Collection memiliki lebih daripada 2,600 karya seni, terdiri daripada terutamanya lukisan daripada pelukis Asia Tenggara yang telahpun mantap dan baru muncul.

UOB memainkan peranan aktif dalam komuniti di seluruh rantau ini, paling ketara melalui komitmen jangka panjangnya kepada seni. Sebagai penaung seni yang terkemuka di Asia, Bank ini terus menjadikan seni boleh dicapai untuk khalayak yang lebih luas melalui pelbagai jenis program seni visual, perkongsian dan jangkauan komuniti di seluruh rantau ini.

Program seni utama Bank ini ialah pertandingan Lukisan Terbaik Tahunan UOB, yang bermula pada tahun 1982 untuk mengiktiraf para pelukis Asia Tenggara dan menawarkan peluang kepada mereka untuk mempamerkan karya mereka kepada komuniti lebih luas. Pertandingan tersebut diperluaskan ke Indonesia, Malaysia, Thailand dan dalam tahun 2023, ke Vietnam. Kini, ia merupakan pertandingan seni yang paling lama berjalan di Singapura dan salah satu yang paling berprestij di Asia Tenggara.

Bersama-sama pelukis pemenang UOB POY, UOB turut menjalankan bengkel seni untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dan berkeperluan khas secara berkala. Di bengkel ini, kanak-kanak mempelajari teknik seni daripada golongan profesional seni dan pelukis pemenang anugerah.

Bagi mengiktiraf komitmen jangka panjang Bank ini kepada seni, UOB dianugerahkan dengan Anugerah Penaung Seni Unggul Majlis Seni Kebangsaan bagi tahun ke-20 berturut-turut dalam tahun 2023 dan Anugerah Penaung Seni Kehormat, satu pengiktirafan sepanjang hayat.

Latar Belakang UOB

UOB ialah sebuah bank yang terkemuka di Asia. Beroperasi melalui pejabat besarnya di Singapura dan subsidiari-subsidiari perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, UOB memiliki jaringan global dengan sekitar 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada tahun 1935, UOB berkembang secara organik dan melalui beberapa pemerolehan strategik. Hari ini, UOB dinilai antara bank yang terkemuka di dunia: Aa1 oleh Moody's Investors Service dan AA- oleh kedua-dua S&P Global Ratings dan Fitch Ratings.

Selama hampir sembilan dekad lamanya, UOB menerima pakai pendekatan berpusatkan pelanggan untuk mencipta nilai jangka panjang dengan kekal relevan melalui semangat berdaya usahanya dan melakukan perkara yang betul untuk pelanggannya. UOB memfokuskan untuk membina masa depan ASEAN – untuk orang ramai dan perniagaan di dalam dan yang berhubung dengan ASEAN.

Bank ini menghubungkan perniagaan kepada peluang di rantau ini menerusi jejak serantaunya yang tiada tandingan dan memanfaatkan data serta pemahaman untuk berinovasi dan mencipta pengalaman dan penyelesaian perbankan diperibadikan yang memenuhi keperluan unik setiap pelanggan dan keutamaan yang semakin berkembang. UOB juga komited untuk membantu perniagaan membentuk masa depan yang lestari, dengan mendorong keterangkuman sosial, mencipta impak persekitaran yang positif serta mengejar kemajuan ekonomi. UOB percaya untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan teguh dalam sokongannya kepada pembangunan seni, sosial kanak-kanak dan pendidikan, melakukan perkara yang betul untuk komuniti dan pihak berkepentingan.

Siaran akhbar asal diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.

 

Source: UOB
Related Stocks:
OTC:UOVEY Singapore:U11
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment