LISHUI, China, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Yunhe County Media Integration Center: Dianjurkan oleh China Toy & Juvenile Products Association (CTJPA) dan Kerajaan Rakyat Daerah Yunhe, Festival Mainan Kayu Dongeng Yunhe ke-7 dan Persidangan Pembangunan Jenama Bandar Mainan Kayu China, bermula di Yunhe, sebuah daerah di Lishui, wilayah Zhejiang, pada 10 November.
Dalam siri ketujuhnya, Festival Mainan Kayu Dongeng Yunhe mengukuhkan kedudukannya sebagai platform global yang penting untuk pengeluar dan pembeli mainan kayu. Acara pada tahun ini menyaksikan penyertaan daripada 79 jenama tempatan di Yunhe dan menarik minat pembeli dengan jayanya dari lebih 30 negara dan wilayah serta pelbagai kawasan dan bandar di dalam China. Festival ini mengalu-alukan jenama mainan yang terkenal di peringkat global seperti Hape, Haba dan Delta-Sport dari Jerman serta Melissa & Doug dari Amerika.
Acara yang terkenal ini memberi penghormatan kepada 17 usahawan dan 29 syarikat dengan "Anugerah Sumbangan Cemerlang 50-Tahun Mainan Kayu Yunhe", mencerminkan impak penting mereka dalam industri ini. Di samping itu, festival ini menyaksikan penandatanganan lapan projek besar, dengan jumlah pelaburan mencecah 760 juta yuan. Acara ini menghimpunkan wakil-wakil dari kedua-dua pasaran mainan Cina dan antarabangsa, serta sekumpulan orang dalam industri dan pakar. Mereka terlibat dalam perbincangan yang komprehensif mengenai topik-topik kritikal seperti transformasi industri mainan kayu, memupuk pembangunan industri yang luar biasa serta penyepaduan mainan kayu ke dalam pendidikan awal kanak-kanak
Mainan kayu mewakili industri tradisional di Yunhe. Hari ini, daerah ini berdiri sebagai hab pengeluaran dan eksport mainan kayu yang terbesar dan paling pelbagai di China, mendapat gelaran sebagai "Bandar Mainan Kayu China" dan "Zon Demonstrasi Kualiti dan Keselamatan Eksport Negara".
Sebagai pelopor dalam pengeluaran mainan kayu baik di peringkat global mahupun kebangsaan, Yunhe bersedia untuk memanfaatkan Festival Mainan Kayu Dongeng Yunhe ke-7 sebagai pemangkin untuk menggiatkan semula penglibatan pengguna. Inisiatif ini dibangunkan untuk memupuk hubungan bersinergi antara pengeluar mainan kayu Cina dan rakan global, bagi menggalakkan pengukuhan timbal balik kreativiti budaya dan ekonomi sebenar.
Yunhe memulakan pelan tindakan tiga tahun yang bercita-cita tinggi untuk mendorong industri mainan kayu tempatannya. Pelan tersebut termasuk memacu inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D), meluaskan pembangunan pasaran dan meningkatkan promosi jenama. Inisiatif strategik ini menjurus ke arah pembangunan termaju dan evolusi pintar dalam sektor tradisionalnya. Daerah ini beraspirasi unutk menjadi pusat global yang terkemuka untuk pengeluaran dan pembuatan mainan kayu, seterusnya mengangkat mainan kayu Yunhe agar terkenal di peringkat global.