omniture

AlixPartners Mengembang Perkhidmatan Nasihat Risiko di Asia Tenggara dengan Rakan Kongsi & Pengarah Urusan Baharu, Reshmi Khurana

AlixPartners
2023-11-21 10:00 33

SINGAPURA, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- AlixPartners, firma perunding global, hari ini mengumumkan bahawa Reshmi Khurana telah menyertai firmanya di bahagian Perkhidmatan Nasihat Risiko berjawat sebagai Rakan Kongsi & Pengarah Urusan di pejabatnya di Singapura.

Dengan pengalaman beliau selama 25 tahun yang merentasi Amerika Syarikat, India dan Asia Tenggara mengendalikan siasatan rasuah yang rumit, sokongan litigasi dan usaha wajar, Reshmi pakar dalam membantu pelanggan mengenal pasti dan pulih daripada cabaran kewangan, reputasi dan kawal selia.

Sebelum AlixPartners, Reshmi berkhidmat sebagai Ketua bahagian forensik Kroll di India dan seterusnya di Asia Tenggara. Reshmi telah mambantu mengendali kes-kes untuk syarikat multinasional global di rantau ini denganmenggabungkan kemahiran beliau dalam bidang perundingan dan penyiasatan strategik bagi membantu lembaga pengurusan, lembaga pengarah dan pengurus dana dalam situasi yang mencabar. Beliau memberi nasihat pakar kepada mereka mengenai siasatan dalaman, pertikaian dan usaha wajar prapelaburan supaya mereka dapat dilindungi dari  dan berupaya bertindak balas terhadap situasi yang mencabar seperti penipuan, rasuah, pelanggaran data, tadbir urus yang lemah, pengalihan dana dan pertikaian yang rumit. Reshmi memegang ijazah Sarjana dalam Ekonomi dari London School of Economics and Political Science (LSE) dan BA dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi dari Delhi University.

Colum Bancroft, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan and Pemimpin Asia, Perkhidmatan Nasihat Risiko di AlixPartners, berkata, "Kami berasa gembira kerana Reshmi menyertai pasukan kami dan menerajui bahagian  Perkhidmatan Nasihat Risiko kami di Asia Tenggara. Pengalaman mendalam beliau dalam mengendalikan siasatan yang rumit dan pengetahuannya yang luas tentang pasaran Asia Tenggara akan menjadi tidak ternilai kepada pelanggan kami, yang terus bergelut dengan landskap risiko dan persekitaran operasi yang sentiasa berkembang di rantau ini. Pelantikan Reshmi akan mengukuhkan lagi bahagian Perkhidmatan Nasihat Risiko kami dan  komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian yang terbaik  serta berinovatif kepada pelanggan kami di seluruh rantau ini."

Shiv Shivaraman, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan dan Pemimpin Bersama Singapura dan Asia di AlixPartners, berkata, "Dalam persekitaran makroekonomi yang semakin tidak menentu hari ini, keperluan untuk perkhidmatan Nasihat Risiko menjadi amat kritikal. Reshmi ialah pemimpin yang dihormati dengan rekod prestasi yang terbukti dapat membantu pelanggan kami menguruskan risiko dan merebut peluang dalam pasaran dinamik ini. Kami berasa amat teruja terhadap penambahan  Reshmi ke dalam pasukan kami di Asia dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya untuk terus mengembangkanperkhitmatan kami di Asia."

Latar Belakang AlixPartners

AlixPartners adalah sebuah firma perunding global yang berkepakaran dalam membantu perniagaan berjaya mengatasi cabaran mereka yang paling rumit dan kritikal. Pelanggan kami termasuk syarikat, lembaga korporat, firma guaman, bank pelaburan, firma ekuiti persendirian dan lain-lain. Ditubuhkan pada tahun 1981, AlixPartners beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat di melebihi  20 bandar di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.alixpartners.com.

Source: AlixPartners
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Corporate Expansion New products/services