omniture

Perkembangan Terkini Projek Global WhiteWater di Ekspo IAAPA 2023

WhiteWater
2023-11-23 11:23 50

VANCOUVER, British Columbia, 22 November 2023 /PRNewswire/ -- Di Ekspo IAAPA 2023 di Orlando, WhiteWater, pereka dan pengeluar global yang terkemuka bagi taman air, mempamerkan produk baharu, perkembangan projek berprofil tinggi dan menghuraikan tentang trend taman air vertikal.

WhiteWater’s Global Project Updates at IAAPA Expo 2023
WhiteWater’s Global Project Updates at IAAPA Expo 2023

Produk Baharu, Sensasi Baharu

Diperkenalkan di acara tersebut ialah Wall Runner, sensasi gelongsor air baharu yang memberikan perasaan sifar G tidak seperti sebelum ini. Melalui arka yang direka secara penuh berseni, tunggangan inovatif ini mencipta pengalaman hanyut yang mendorong rakit ke sebelah tepi sambil mengekalkan momentum ke hadapan. Wall Runner bukan sahaja menawarkan keterujaan yang pertama seumpamanya, bentuknya yang unik turut menyediakan peluang penjenamaan dan tema baharu demi tempat tarikan yang paling fotogenik.

Produk-produk lain yang dilancarkan awal tahun ini ialah:

  • Infinity Master Blaster, water coaster WhiteWater yang popular dengan laluan tunggangan gelung yang berterusan
  • Mini Blaster, rendisi bersaiz kecil produk asal yang mengujakan
  • Elevated AquaForms 12 memenangi Brass Ring Award untuk Produk Baharu Terbaik pada tahun ini, Tunggangan/Tarikan Taman Air di bawah $2 juta

Rangkaian lengkap produk ombak tersedia untuk pelanggan WhiteWater: ombak lembaran dengan FlowRider®, ombak pegun aliran mendalam dengan FlowSurf™ dan lagun luncur dengan Endless Surf. Kesemuanya menawarkan pengalaman tunggangan yang berbeza, namun berpotensi menjadi tempat tarikan utama bagi tempat riadah dan hiburan.

Taman Air Vertikal

Menjadi sohor kini pada tahun ini ialah konsep taman air vertikal. Menara setinggi langit ini bukan sahaja menjadi mercu tanda, ia juga padat dengan paling banyak elemen keterujaan setiap meter persegi. Bakal dibuka dalam masa terdekat ialah Icon Tower at Meryal di Qatar, yang memecahkan dua rekod: gelongsor air tertinggi di dunia dan bilangan gelongsor air paling banyak yang keluar dari satu menara.

Menara gelongsor air tertinggi di Amerika Utara, The Rise of Icarus akan dibuka pada musim panas tahun 2024 di Mt. Olympus Water & Theme Park di Wisconsin, AS. Di China, M100 Waterpark di Zhejiang akan menjadi menara gelongsor air tertinggi di dunia apabila siap, memiliki ketinggian 100m dan melancarkan 12 gelongsor.

Perkembangan Terkini Projek Global

Asia Pasifik

Di China, dewan ski dalaman terbesar di dunia SnowStar akan membuka taman air bertaraf dunia, dengan reka bentuk taman dan kesemua 15 tempat tarikan air disediakan oleh WhiteWater. Di Jepun, Nagashima Spa Land akan mencetuskan rasa kagum dengan gelongsor cerobong terbesar di dunia, Mega Abyss. Setelah membuka pengembangan terkininya, Oasis Gardens, Waterbom Bali di Indonesia akan mendedahkan kawasan kanak-kanak baharu dengan AquaForms terbesar di dunia, menerusi 16 platform dengan keseronokan yang interaktif.

Eropah

Oceana at Liseberg di Sweden yang amat dinanti-nantikan akan bersedia untuk mengalu-alukan tetamu bagi menikmati 14 tempat tarikan air, termasuk Master Blaster jatuh-mega tertinggi di dunia. Fårup Sommerland di Denmark membuat pelaburan pengembangan terbesar dengan sebuah menara, melancarkan Boomerango + Tailspin Fusion yang pertama di dunia. Di Munich, Jerman, o2 SURFTOWN MUC selama-lamanya akan mengubah hiburan berasaskan lokasi di Eropah dengan lagun luncur Endless Surf yang terkini.

Benua Amerika

Di Amerika Selatan, taman air yang paling banyak dikunjungi di benua itu, Thermas dos Laranjais di Brazil, akan membuka sebuah menara epik yang menampilkan Family Master Blaster + Orbiter + Anaconda Fusion dan Family Master Blaster + Constrictor + Galaxy Bowl Fusion—kedua-duanya yang pertama di dunia.

Wilderness at the Smokies di Tennessee akan memiliki gelongsor air pertama dunia dengan kesan Reverse AquaLucent. Hurricane Harbor Maryland di Six Flags America akan memiliki water coaster yang tertinggi di Pertengahan-Atlantik dan Margaritaville di Lanier Islands akan memiliki water coaster yang pertama di Georgia. Mini Blaster pertama di dunia akan dibuka di Schlitterbahn New Braunfels di Texas.

RainFortress 5 yang baharu di Hurricane Harbor New Jersey di Six Flags Great Adventure akan memiliki 180 ciri dan 7 gelongsor. Bavarian Inn di Michigan akan membuka kawasan dan gelongsor kanak-kanak sebagai sebahagian daripada pelaburannya yang bernilai $80 juta untuk mencipta taman air dalaman terbesar di negeri itu. Menuju ke laut lepas, Carnival Jubilee will akan belayar dari Galveston, Texas, lewat tahun ini dengan gelongsor tubuh yang mendebarkan serta AquaPlay tersuai di atas kapal.

Canada's Wonderland akan membuka Boomerango 6-individu pertama negara itu untuk menggembirakan pengunjung tetap ke taman terkenal ini.

Timur Tengah

WhiteWater berada di tengah-tengah pertumbuhan industri tempat tarikan yang mengujakan di Timur Tengah. Selain daripada Icon Tower yang luar biasa, Meryal akan menampilkan ombak, struktur main akuatik dan 36 gelongsor air merentas kawasan 39.5 ekar. Di Kuwait, New Messilah Beach, sebuah kelab mewah, direka bentuk semula dengan kemudahan akuatik yang segar. Lebih banyak projek WhiteWater besar di rantau itu akan didedahkan dalam bulan-bulan akan datang.

"Kami teruja untuk mengusahakan projek-projek baharu yang memberi impak, kedua-duanya dengan pelanggan berulang yang biasa dilihat dan dalam mempelopori wilayah baharu," kata Presiden WhiteWater dan Pengasas Bersama Endless Surf, Paul Chutter. "Industri tempat tarikan sarat dengan keriuhan sekali lagi menerusi pelaburan baharu dan kami bertuah kerana mempunyai rakan kongsi yang dipercayai untuk bekerjasama bagi mencipta pengalaman tetamu yang luar biasa melalui portfolio lengkap kami—sama ada taman air, tunggangan air, luncur atau perisian."

Untuk maklumat lanjut, kunjungi halaman akhbar WhiteWater.

Source: WhiteWater
Keywords: Travel Trade show news