DUBAI, UAE, 24 November 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak RewirEd, platform utama bagi Dubai Cares yang menyokong pembaharuan sistem pendidikan sebagai pendaya utama untuk masa depan yang lestari bagi manusia dan planet, telah mengumumkan agendanya untuk edisi ke-2 yang amat dinanti-nantikan yang akan berlangsung pada 8 Disember dalam Zon Hijau COP28. Program tersebut bakal menampilkan 35 sesi yang diterajui oleh lebih 200 orang penceramah.
T.Y.T Dr. Tariq Al Gurg, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Pengerusi Dubai Cares berkata: "Pembaharuan pendidikan tentang tindakan iklim merupakan salah satu daripada keperluan yang paling mendesak pada masa ini kerana ia merupakan asas kepada masa depan yang lestari untuk manusia dan planet. Memandangkan pendidikan tidak diberi keutamaan dalam strategi penyesuaian dan mitigasi, edisi ke-2 Sidang Kemuncak RewirEd akan bertindak sebagai sebuah peluang yang amat dinanti-nantikan bagi sektor pendidikan global untuk bersatu dengan sektor iklim serta meletakkan sistem pendidikan yang diperbaharui sebagai asas kepada strategi iklim. Oleh itu, program Sidang Kemuncak ini telah disusun dengan rapi bagi memastikan ia sejajar dengan keutamaan sektor pendidikan serta turut menyumbang kepada agenda iklim melalui penyelesaian yang saling menguntungkan. Ketika kita bersiap sedia untuk COP edisi yang bersejarah ini, kami menggesa semua pihak untuk memanfaatkan Sidang Kemuncak RewirEd sebagai suatu pencapaian penting dalam usaha bersama kita untuk menuntut semula potensi transformasi pendidikan sebagai daya penggerak untuk kemajuan dan pembangunan."
Adnan Ameen, Ketua Pegawai Eksekutif COP28, berkata: "Pendidikan merupakan pendorong yang penting dalam membina kemahiran yang diperlukan untuk ekonomi iklim masa depan. Dalam konteks ini, kami gembira dapat bekerjasama dengan Dubai Cares untuk membawa edisi kedua Sidang Kemuncak RewirEd ke COP28. Ia akan menjadi peluang utama bagi menghimpunkan penyelesaian yang mampu memperkasa para pelajar hari ini dan mempercepat tindakan yang akan menentukan masa depan planet kita."
Penceramah utama: Yang Berhormat Philip J. Pierre, Perdana Menteri St. Lucia; T.Y.T Cheikh Oumar Anne, Menteri Pendidikan Negara Senegal; T.Y.T João Marques da Costa, Menteri Pendidikan Portugal; T.Y.T Dogdurkul Kendirbaeva, Menteri Pendidikan dan Sains Republik Kyrgyz; T.Y.T Reem Bint Ebrahim Al Hashimy, Menteri Negara UAE bagi Kerjasama Antarabangsa yang juga Pengerusi Dubai Cares; T.Y.T Ban Ki-moon, Setiausaha Agung ke-8 PBB; T.Y.T Dr. Tariq Al Gurg, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Pengerusi Dubai Cares; Kevin Frey, Ketua Pegawai Eksekutif GenU; Yasmine Sherif, Pengarah Eksekutif ECW; Dr. Andrew Cunningham, Ketua Global Pendidikan, Yayasan Aga Khan; Prof. Jeffrey Sachs, Profesor Universiti, Universiti Columbia; dan Prof. Dr. Patrick Verkooijen, Ketua Pegawai Eksekutif Global Center on Adaptation.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2284590/RewirEd_Summit_COP28.jpg?p=medium600
Hubungan media:
ASDA'A BCW
+971 4 450 7600
rewired@bcw-global.com