omniture

Montran India Menandakan 10 Tahun Transformasi Teknologi Kewangan

Montran Corporation
2023-11-29 10:30 50

MUMBAI, India, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Montran India dengan bangganya memperingati ulang tahunnya yang ke-10 yang menandakan satu pencapaian penting dalam penyampaian penyelesaian pembayaran yang inovatif di rantau ini.

Sejak penubuhannya pada tahun 2013 ketika pengembangan sulung Montran ke Asia, Montran India telah merevolusikan sektor kewangan dengan teknologi termaju yang memberi sumbangan yang besar kepada transformasi digital dalam bidang perbankan. Dedikasi syarikat ini untuk mewujudkan sistem pembayaran yang selamat dan cekap telah menetapkan piawaian baharu dalam industri ini yang memperkasa institusi kewangan di seluruh negara.

Salah satu pencapaian awal Montran India ialah pelaksanaan sistem National Automated Clearing House (NACH) yang merevolusikan perbankan komersial di India. Rangkaian pembayaran yang dilaksanakan untuk pelbagai bank sektor awam dan swasta di seluruh India menjadikan Montran sebagai sebuah jenama terkemuka dan rakan kongsi yang dipercayai dalam sektor kewangan di India. Sistem pembayaran infrastruktur Montran dengan daya pemprosesan harian melebihi 100 juta transaksi, telah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan teknologi pembayaran di India.

Perjalanan Montran telah diserlahkan oleh beberapa perkembangan utama, termasuk pelancaran Transaction Processing Hub (TPH) yang komprehensif dan sedia masa depan, penerimagunaan perkhidmatan mikro dan aplikasi sedia awan serta pengenalan portal Korporat. Inovasi ini telah menyumbang dengan besar kepada wawasan ekonomi digital dan tanpa tunai India.

"Ulang tahun ke-10 ini bukan sekadar melambangkan satu pencapaian yang penting, tetapi ia juga merupakan satu komitmen untuk mempelopori masa depan pembayaran. Kami teruja dengan peluang yang menanti di hadapan, bidang baharu yang akan kami terokai serta kesan berterusan yang akan kami lakukan pada tahun-tahun akan datang," kata Charles Walsh, Ketua Pegawai Eksekutif Montran India. "Dengan sokongan berterusan daripada para pelanggan dan dedikasi pasukan kami, maka kami akan mendorong inovasi, meningkatkan perkhidmatan kewangan serta menyumbang kepada landskap kewangan yang lebih inklusif dan cekap untuk semua."

Ketika ia meraikan pencapaian yang cemerlang selama satu dekad, syarikat ini berpegang teguh pada matlamatnya untuk Menyatukan Dunia dari segi Kewangan. Matlamat ini terus memberi inspirasi dan membentuk sumbangannya yang inovatif kepada sektor teknologi kewangan. Sambil menyampaikan ucapan terima kasih kepada para pelanggan, rakan kongsi dan ahli pasukan atas peranan penting mereka dalam perjalanan ini, Montran turut berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam membentuk sistem kewangan global yang bersepadu dan cekap.

Tentang Montran 

Montran ialah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Infrastruktur Pasaran Pembayaran dan Sekuriti, yang memberi perkhidmatan kepada institusi kewangan yang terulung di dunia dengan pemasangan dan operasi misi kritikal di lebih 80 buah negara. Ketahui lebih lanjut di www.montran.com.

Hubungan: Verónica Alvaro 
Telefon: +(593) 2 323 0349 Samb. 321

Source: Montran Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology