omniture

Modul siri Vertex N Trina Solar buktikan prestasi unggul dalam kajian kebolehan menjana keuntungan UL Solutions

Trina Solar Co., Ltd
2023-12-01 02:08 87

CHANGZHOU, China, 1 Disember, 2023 /PRNewswire/ -- UL Solutions, peneraju sains keselamatan global, menerbitkan laporan kajian kebolehan menjana keuntungan bagi portfolio jenis-n Vertex yang lengkap daripada Trina Solar. Penemuan daripada laporan ini menunjukkan modul siri itu terbukti memiliki keandalan produk yang cemerlang dan LCOE lebih rendah untuk kebolehan menjana keuntungan yang amat diiktiraf.

"Industri PV telah menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap Trina Solar, melihatkan kesihatan kewangannya yang kukuh," kata Sheng Honglei, pengurus kanan perniagaan boleh baharu di UL Solutions, apabila menghuraikan tentang teknologi jenis-n Trina Solar yang terkemuka, pembiayaan yang kukuh serta standard pengurusan yang tinggi.

Diperkasa oleh teknologi canggih dan prestasi unggul, modul Vertex N memiliki LCOE lebih rendah

Kajian kebolehan menjana keuntungan ini mengkaji semula rangkaian penuh modul Vertex N – termasuk 700W, 610W, 450W, 440W dan 430W – meliputi modul format besar, sederhana dan kecil dalam senario utiliti, kediaman dan C&I. UL menyimpulkan bahawa modul tersebut mematuhi piawaian keselamatan dan menawarkan prestasi unggul. Ia juga mendapati bahawa LCOE adalah lebih rendah berbanding apabila jenis modul generik digunakan untuk konfigurasi kilang yang sama. Sebagai contoh, dibandingkan dengan modul jenis-n yang lain, modul Vertex N 700W Trina Solar dapat mengurangkan LCOE sebanyak 5.8%.

Penghantaran terkemuka memenuhi permintaan yang semakin meningkat

Dalam laporan itu, UL menyatakan bahawa Trina Solar merupakan pengeluar bersepadu secara vertikal. Dalam seluruh rantaian pembuatannya yang lengkap, Trina Solar dapat menjamin kualiti produk yang cemerlang memandangkan semua proses pembuatan dan kawalan kualiti diurus secara dalaman.

Setakat S3 2023, Trina Solar telah menghantar sejumlah 90GW modul 210mm, menduduki tempat pertama di peringkat global. Di samping itu, ia turut menghantar lebih 15GW modul 210R menjelang penghujung Oktober tahun ini.

Trina Solar meningkatkan operasi kilang jenis-n bersepadu secara vertikal, menjamin bekalan sel i-TOPCon jenis-n yang stabil untuk modul. Menjelang akhir tahun ini, kapasiti modulnya diramalkan mencecah 95GW, kapasiti wafer jenis-n 50GW dan kapasiti pengeluaran sel 75GW, termasuk 40GW sel jenis-n – yang kesemuanya dilengkapi dengan teknologi i-TOPCon Advanced jenis-n.

Automasi peringkat tinggi & persekitaran mesra kerja

Mengimbas kembali lawatan kilang Trina Solar, UL menyatakan perspektif positifnya terhadap automasi pembuatan yang lengkap ini dengan gangguan manusia yang minimum. UL memeriksa barisan pengeluaran untuk sel PV siri 210R dan modul PV siri Vertex S+ serta kemudahan itu sendiri dan mendapati persekitarannya bersih, selamat dan kondusif untuk pekerja.

Pengiktirafan menyeluruh Trina Solar

Berdasarkan kepada prestasi kewangannya yang cemerlang, inovasi peneraju industri, automasi penanda aras dan sistem pengurusan kualiti termaju, Trina Solar telah mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada institusi-institusi antarabangsa, ditegaskan sekali lagi oleh kajian kebolehan menjana keuntungan yang terkini ini.

UL memberi kredit yang menyeluruh kepada Trina Solar untuk siri Vertex N yang didapati memenuhi piawaian industri dalam pembikinan sel mereka, pembuatan modul, jaminan serta perkhidmatan selepas jualan. Hasilnya, mereka telah mencapai LCOE lebih rendah, membawa lebih nilai kepada pelanggan dan mendapat lebih kepercayaan di peringkat global.

Sebagai perintis dalam industri PV, Trina Solar akan mendukung misinya iaitu "Tenaga Solar buat Semua" dan memacu peralihan tenaga global ke arah keneutralan karbon.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements