omniture

TURKISH AIRLINES DAN RIYADH AIR TANDATANGANI MoU KERJASAMA STRATEGIK

Riyadh Air
2023-12-04 22:02 34

Kedua-dua syarikat penerbangan ini menandatangani sebuah MoU bagi menawarkan pelbagai manfaat yang menyeluruh kepada para tetamu yang mengembara antara Kerajaan Arab Saudi, Türkiye dan destinasi lain 

Manfaat strategik yang lebih luas turut dijangka di sepanjang rantaian nilai yang merangkumi perkhidmatan berkaitan penerbangan, kargo dan pembangunan digital

RIYADH, Arab Saudi, 4 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Turkish Airlines (TK) dan Riyadh Air (RX) telah bersetuju dengan Memorandum Persefahaman Kerjasama Strategik bagi menawarkan pelbagai manfaat menyeluruh kepada para tetamu yang mengembara antara Kerajaan Arab Saudi, Türkiye dan destinasi lain selain Hab Riyadh dan Istanbul serta meletakkan landasan untuk kerjasama yang lebih mendalam pada masa hadapan. Para tetamu kedua-dua syarikat penerbangan ini akan dapat memanfaatkan sepenuhnya rangkaian seluruh dunia setiap syarikat penerbangan ini melalui perjanjian antara syarikat dan perkongsian kod yang menyeluruh yang akan membolehkan pelanggan menyambung dengan lancar antara sektor dan gabungan sektor yang dikendalikan sama ada oleh Riyadh Air atau Turkish Airlines.

TURKISH AIRLINES AND RIYADH AIR SIGN STRATEGIC COOPERATION MoU
TURKISH AIRLINES AND RIYADH AIR SIGN STRATEGIC COOPERATION MoU

Ketua Pegawai Pelaburan & Teknologi Turkish Airlines, Levent Konukcu dan Ketua Pegawai Eksekutif Riyadh Air, Tony Douglas telah menandatangani perjanjian tersebut pada sebuah majlis sampingan semasaAcara Rundingan Perkhidmatan Udara ICAO (ICAN 2023) yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi. Hasrat kedua-dua syarikat penerbangan ini ialah manfaat akan disediakan kepada para tetamu secepat mungkin selepas Riyadh Air melancarkan operasinya pada pertengahan tahun 2025 dan tertakluk kepada kelulusan kawal selia daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Kerjasama tersebut akan membolehkan ahli program kesetiaan mereka memperoleh mata atau kredit apabila melakukan perjalanan bagi perkhidmatan perkongsian kod yang dikendalikan oleh mana-mana syarikat penerbangan ini, malah kedua-dua syarikat penerbangan turut meneroka peluang untuk membangunkan perjanjian kesetiaan yang lebih luas yang meliputi rangkaian global mereka. Selain menawarkan satu rangkaian manfaat tetamu yang menyeluruh melalui MoU ini, Riyadh Air dan Turkish Airlines turut komited untuk bekerjasama bagi meneroka dan melaksanakan sinergi dan kecekapan yang lebih luas di seluruh rantaian nilai yang meliputi bidang-bidang seperti perkhidmatan berkaitan penerbangan, kargo dan pembangunan digital.

Ketua Pegawai Pelaburan & Teknologi Turkish Airlines, Levent Konukcu menyatakan: "Kami gembira untuk memulakan hubungan kami dengan Riyadh Air, sebuah syarikat baharu yang berpotensi dalam industri penerbangan. Memorandum Persefahaman ini lebih daripada sebuah kerjasama; ia adalah sebuah jambatan antara Türkiye dan Arab Saudi yang mengukuhkan lagi hubungan kami. Ia juga merupakan satu peluang untuk meluaskan jangkauan kami serta menawarkan lebih banyak pilihan dan kemudahan kepada para tetamu kami. Kami percaya kerjasama ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada para pelanggan kami tetapi ia juga menyumbang secara signifikan kepada sektor pelancongan dan perniagaan kedua-dua buah negara."

Ketua Pegawai Eksekutif Riyadh Air, Tony Douglas berkata: "Perjanjian ini merupakan satu lagi langkah yang sangat penting dalam perkembangan Riyadh Air, memandangkan kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan global yang terbesar di dunia berdasarkan destinasi operasi syarikat ini. Hubungan kami yang rapat akan menawarkan ketersambungan yang lancar melalui hab terkemuka di seluruh dunia iaitu di Lapangan Terbang Istanbul ke 130 buah destinasi di seluruh dunia, terutamanya dalam Türkiye, Eropah dan Amerika serta mempercepatkan jejak rangkaian kami melalui jenama syarikat penerbangan global yang mempunyai pemikiran yang sama dan merupakan peneraju pasaran yang mengutamakan tetamu dan memberi tumpuan dari segi digital seperti Turkish Airlines."

Douglas menambah, "Perjanjian dua hala dengan syarikat penerbangan yang mempunyai rangkaian yang mantap adalah amat penting kepada Riyadh Air dan wujud manfaat yang besar melalui kerjasama ini di mana para penumpang kami boleh menikmati ketersambungan yang lebih luas ke seluruh dunia dan akses yang lebih mendalam ke Türkiye, malah jumlah perjalanan pelancongan, keagamaan dan perniagaan ke Kerajaan Arab Saudi dijangka akan meningkat. Turkish Airlines ialah sebuah jenama penerbangan bertaraf dunia dan kami berbangga kerana syarikat ini ingin memainkan peranan dalam kisah Riyadh Air."

Penubuhan Riyadh Air adalah selaras dengan mandat PIF untuk membawa keupayaan sektor utama tempatan bagi mendorong kepelbagaian ekonomi Arab Saudi. Syarikat penerbangan tersebut akan turut menyokong wawasan Strategi Penerbangan Saudi yang lebih luas dan membolehkan Strategi Pelancongan Negara dicapai, menyampaikan tarikan budaya dan alam semula jadi Arab Saudi kepada pelancong antarabangsa serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2291590/TURKISH_AIRLINES_AND_RIYADH_AIR_MoU.jpg?p=medium600

 

Source: Riyadh Air
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Contracts New products/services