omniture

CGTN: Mengenai perubahan iklim, kita tidak cukup masa, bukan tidak cukup pilihan

CGTN
2023-12-05 08:50 53

BEIJING, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Beijing, jantung kemakmuran Cina yang berdegup kuat dan kencang, dikenali sebagai bandar yang selamat dan stabil, bebas daripada bencana alam. Tetapi, bukan pada musim panas 2023. Sepanjang musim ini, bacaan merkuri melambung tinggi, dengan paras tertinggi harian mencecah lebih 40°C secara konsisten. Kemudian, ketika ibu kota ini mengalami kelegaan relatif daripada panas yang terik, berlaku pula hujan lebat, banjir dan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Apabila Beijing pulih, beberapa trend yang menggerunkan tetapi serupa dapat dilihat di seluruh dunia: kebakaran hutan A.S. yang mengakibatkan paling banyak kematian dalam tempoh lebih seabad menghanguskan Lahaina, Hawaii; banjir yang mengakibatkan kemusnahan yang menghapuskan seperempat daripada bandar Derna, Lybia; panas melampau dan kemarau yang memburuk di Chile dan Tanduk Afrika; kenaikan paras air laut untuk negara-negara pulau… "Umat manusia telah membuka pintu neraka," seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB António Guterres, "kita sedang menuju ke arah dunia yang berbahaya dan tidak stabil."

Walaupun amaran terus diberikan, kita tidak seharusnya putus harapan dan berputus asa. Sebaliknya, sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan. China dan Amerika Syarikat, sebagai dua ekonomi terbesar dunia, menunjukkan kehendak politik mereka melalui Kenyataan Sunnylands yang penting. Mengimbau sedikit pada masa lalu, bermula daripada Protokol Kyoto kepada Perjanjian Paris, sasaran mengikat untuk mengehadkan emisi dan peningkatan suhu telah ditetapkan melalui usaha bersama.

China telah melaksanakan apa yang dikatakan untuk mencapai matlamatnya iaitu kemuncak dan keneutralan karbon. Bermula dengan mengubah padang pasir kepada membersihkan udara, hingga membangunkan teknologi baharu, menukar struktur tenaga dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gaya hidup yang lebih sihat. China melakukan segala-galanya untuk memupuk kitaran alam semula jadi yang lebih lestari, untuk melangsaikan hutang ekologi sebelum ini, mengelakkan hutang baharu dan berusaha menyelamatkan planet kita dengan cara yang lebih kreatif.

Sekiranya perubahan iklim merupakan kebimbangan global, bebannya tidak dikongsi bersama. Dari satu segi, negara-negara maju bertanggungjawab untuk kebanyakan emisi perangkap haba sejak Revolusi Perindustrian. Dari sudut yang lain, negara-negara sedang membangun mempunyai emisi yang lebih rendah, namun menanggung beban iklim yang lebih panas. Janji-janji daripada beberapa ekonomi terbesar dunia masih belum terlaksana, tertangguh oleh kebuntuan politik, halangan birokrasi dan perdebatan mengenai peraturan baharu untuk mempercepatkan bantuan daripada bank pembangunan dan penderma persendirian.

Ketidakadilan membara di tengah-tengah krisis iklim dan nyala apinya menghanguskan harapan dan kemungkinan, seperti yang diberi amaran oleh pemimpin-pemimpin dunia. "Kami tidak boleh meneruskan," kata Mia Mottley, Perdana Menteri Barbados, "untuk mengutamakan kepentingan segelintir lebih daripada nyawa ramai orang."

Bagaimana untuk memastikan keseluruhannya adalah lebih besar daripada jumlah bahagiannya, dengan kesemuanya menarik ke arah yang sama? Ia memerlukan kepimpinan, wawasan dan multilateralisme. China, bersama-sama seluruh pelosok dunia, sedang mendahului untuk memberikan yang terbaik, menurunkan harga tenaga boleh baharu, berkongsi pengetahuan untuk melaksanakan projek-projek lestari dan beralih ke era rendah karbon. Dengan perubahan iklim menjadi isu global, hanya melalui pendekatan global dan usaha bersama kita dapat menterjemahkan kehendak kepada hasil yang konkrit dan mengurangkan iklim yang kita ubah.

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Natural Disasters