omniture

Dokumentari "Craft Artists in Shanghai" Capai Lebih 1 Juta Tontonan di YouTube

Shanghai Art & Design Academy
2023-12-05 23:00 24

SHANGHAI, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Siri dokumentari "Craft Artists in Shanghai", diterbitkan oleh Shanghai Art & Design Academy (SADA), telah mendapat lebih 1 juta tontonan dalam 8 episod di saluran YouTube rasminya sejak keluarannya dalam bulan Oktober.


Guru-guru daripada SADA telah meluangkan masa selama enam tahun memimpin dan membimbing pelajar untuk membuat penggambaran dan menerbitkan siri dokumentari ini untuk menceritakan kisah pakar warisan budaya tak ketara dan proses lengkap mereka untuk mencipta karya agung, serta bagaimana teknologi terkini memberi impak kepada kraftangan tradisional Cina dari perspektif yang berbeza.

Episod "Craft Artists in Shanghai: Jade Carving" ("Artis Kraf di Shanghai: Pengukiran Jed") menampilkan Zhao Picheng, Profesor Pengukiran Jed SADA, mengetengahkan seluruh proses berhubung bagaimana beliau mencari jed, mereka bentuk dan mencipta ukiran jed dengan kemahiran yang luar biasa.

Han Huizhi, pengarah artistik Muzium Seni Han Tianheng, ditampilkan dalam episod "Craft Artists in Shanghai: Ink Slab Carving" ("Artis Kraf di Shanghai: Pengukiran Slab Dakwat") yang menyampaikan idea bahawa "kraf pada hari ini merupakan pameran hari esok" dengan mengikuti beliau untuk memilih bahan, mereka bentuk, mencipta dan mempamerkan slab dakwat.

Memandangkan teknologi memberi impak ke atas kraftangan tradisional Cina dengan signifikan dalam era digital, dokumentari ini turut memberi tumpuan kepada bagaimana teknologi mempengaruhi, malah memperkasa kraf melalui episod "Craft Artists in Shanghai: Digital Twin" ("Artis Kraf di Shanghai: Kembar Digital"). Pasukan penerbitan menemu bual Wang Caiyun, pengetua pengukiran jed SADA dan Xu Hao daripada Pusat Pengumpulan Digital dan Komunikasi Budaya Warisan Tak Ketara serta mempersembahkan bagaimana kraf pengukiran jed bertembung dengan teknologi digital moden.


"Ketukangan merupakan salah satu cara yang menyatukan sejarah dan budaya sesebuah negara. Kami berbesar hati dapat membawakan dokumentari ini kepada penonton yang menyukai ketukangan tradisional di seluruh dunia dan kami berharap dapat membantu lebih ramai orang memahami dan berinteraksi dengan artis-artis tradisional Cina yang telah memahat kemahiran mereka dengan masa dan menghargai daya tarikan budaya Cina," kata Lin Ying, pengarah siri dokumentari ini.


Dokumentari ini disiarkan melalui Shanghai Television serta China Educational Television dan ia turut dipertontonkan di Ekspo Pendidikan Shanghai 2023 dalam bulan September serta "Seni dan Kraf Cemerlang: Pameran Warisan Budaya Tak Ketara Shanghai" dalam bulan Oktober di Muzium Kebangsaan Slovak di Bratislava, yang merupakan sebahagian daripada Pameran Lawatan Antarabangsa Seni Halus Tradisional Cina.

Untuk menyelami dunia ketukangan tradisional Cina yang menarik, sila ikuti YouTube@CraftArtistsinShanghai.

Source: Shanghai Art & Design Academy
Keywords: Art Computer/Electronics Education Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Television New products/services