LAS CRUCES, NM, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Focused Sun mengumumkan dua penyelesaian tenaga suria revolusioner, yang mana kedua-duanya menangkap tiga kali (3X) ganda lebih banyak tenaga daripada matahari berbanding sistem konvensional. Produk ini menangkap kedua-dua cahaya dan haba matahari, tidak seperti panel solar tradisional yang hanya menangkap cahaya matahari. Ia menawarkan kecekapan dan kemampanan yang tiada tandingan.
Produk Microgrid menampilkan pengumpul suria bersaiz 26 m2 (280 kaki2) yang dipasang pada bumbung kontena penghantaran. Di dalamnya, silinder konkrit penyimpan haba menggerakkan turbin stim, menukarkan haba yang disimpan kepada elektrik. Unit ini beroperasi walaupun selepas matahari terbenam. Ia tidak perlukan bateri. https://vimeo.com/100742438
Produk Hectare menampilkan beberapa set pengumpul yang meliputi satu hektar (2.5 ekar) tanah, 240 kali lebih besar daripada Microgrid. Ia sebesar padang bola sepak atau padang bola sepak Amerika.
Kedua-dua produk menyimpan dan menukar haba solar kepada elektrik. Microgrid mempunyai kapasiti output elektrik sebanyak 2 kW, manakala kapasiti output elektrik Hectare ialah 400 kW. Untuk pengguna haba, kedua-dua unit ini menangkap dan menyimpan haba: Microgrid (15 kW) dan Hectare (3 mW).
Haba boleh menghidupkan penyaman udara, menulenkan air atau disediakan untuk keperluan industri. Penyejuk berkuasa haba boleh menghasikan ais dan menyejukkan bangunan. Focused Sun telah bekerjasama dengan Universiti Purdue untuk membangunkan penyahgaraman yang lebih baik. Haba memanaskan bangunan serta memproses makanan dan fabrik. Haba juga memacu penghasilan minyak yang dipertingkatkan, perlombongan larutan, serta pengeluaran hidrogen hijau dan grafena.
Dihasilkan di kilang kecil dengan 5 hingga 50 orang pekerja, kedua-dua produk boleh dihasilkan di mana-mana sahaja di dunia. Focused Sun melesenkan teknologi untuk kilang menghasilkan kedua-dua pemasangan Microgrid dan Hectare. Kilang-kilang ini beroperasi seperti rangkaian francais, memastikan kebolehcapaian dan ketersediaannya di seluruh dunia. Jurutera pemegang francais dilatih di Pusat Latihan kami di New Mexico, AS.
Sertai Focused Sun dalam merevolusikan pengeluaran tenaga bersih, menawarkan penyelesaian yang mampan untuk semua orang, walau di mana-mana sahaja.
Focused Sun
2030 W. Hadley Ave., Las Cruces, NM AS 88007
TEL +1 (575) 525-5667
bshawnbuckley@gmail.com
www.focused-sun.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2293263/Focused_Sun.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2293264/Focused_Sun_2.jpg?p=medium600