omniture

Tingkatkan Gaya Hidup Anda dengan Perkakas Rumah Inovatif Gaabor

Gaabor
2023-12-07 10:00 13

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Bagi mentakrifkan semula kemudahan dan meningkatkan kehidupan harian, Gaabor, jenama yang terkemuka bagi perkakas rumah inovatif, dijadualkan untuk mendedahkan satu siri produk perintis dalam jualan akhir tahun 1212 yang amat dinanti-nantikan. Di bawah slogan "Kehidupan Mudah dan Banyak Lagi", Gaabor menumpukan perhatian untuk menyediakan kepada pengguna Malaysia dengan penyelesaian canggih bagi mempermudah tugas harian dan menjadikannya lebih cekap.

Di barisan hadapan tawaran akhir tahun Gaabor, terdapat banyak produk yang menonjol: pembersih vakum, periuk nasi, penggoreng udara dan banyak lagi. Setiap satu perkakas ini dicipta dengan ketepatan dan inovasi, merangkumi komitmen Gaabor terhadap reka bentuk berkualiti dan berpusatkan pengguna.

Pembersih vakum GVCW-M15A direka untuk menyampaikan sedutan berkuasa bagi pembersihan yang menyeluruh, memastikan setiap sudut ruang kediaman anda kekal bersih. Bagi meningkatkan pengalaman pembersihan bagi lebih ramai orang, kempen ini memberi harga kejutan serendah RM69 berserta dengan penapis pengganti percuma, diharapkan dapat memberi manfaat kepada setiap keluarga.

Bagi mereka yang menghargai seni penguasaan kulinari, periuk nasi GR-S25D (harga kejutan RM79) menjadi tumpuan. Memiliki teknologi yang canggih, perkakas ini menggabungkan fungsian dengan gaya, membolehkan pengguna menyajikan hidangan lazat secara mudah dengan hanya satu sentuhan butang.

Menambah kepada barisan produk ialah penggoreng udara AF40M-WH01A, direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu yang mementingkan kesihatan dan mencari pendekatan tanpa rasa bersalah untuk memasak. Perkakas ini menawarkan alternatif yang lebih sihat berbanding kaedah menggoreng tradisional, membolehkan pengguna menikmati hidangan kegemaran mereka tanpa menjejaskan rasanya. Penggoreng udara berserta kerajang aluminium & pemukul telur hanya berharga RM99 semasa promosi 1212. Terdapat juga peluang untuk mendapatkan penggoreng udara bergaya 2L daripada Gaabor dengan harga kejutan RM69 dan tersedia bagi mengumpul kupon untuk diskaun dua kali ganda!

Jualan 1212 Gaabor adalah lebih daripada sekadar acara membeli-belah; la meraikan inovasi dan komitmen untuk menjadikan kehidupan lebih mudah untuk semua. Kunjungi ShopeeShopeeLazada dan Tiktok sepanjang 7-12 Disember dan bawa pulang produk dengan diskaun sehingga 70%.

Source: Gaabor
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail