omniture

SIDANG KEMUNCAK PELABUR HONG KONG FIII PADA 7/8 DISEMBER MENGHIMPUNKAN PEMIMPIN UNTUK MENANGANI CABARAN TERBESAR MANUSIA

Future Investment Initiative Institute
2023-12-08 18:57 85

RIYADH, Arab Saudi, 8 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak PRIORITY Hong Kong Future Investment Initiative hari ini mengumpulkan pelabur, inovator dan penggubal dasar global untuk menangani ancaman teknologi, iklim dan ekonomi.

Fiii hong kong investor summit 7/8 december brings leaders together to address humanity’s biggest challenges
Fiii hong kong investor summit 7/8 december brings leaders together to address humanity’s biggest challenges

 

Pelabur dan pemimpin dari seluruh Asia telah berkumpul di Hong Kong dengan rakan sebidang dari seluruh dunia pada sidang kemuncak antarabangsa untuk menangani cabaran global, dan penggemblengan pelaburan sebagai kekuatan untuk kebaikan.

Tuan Yang Terutama Yasir Al-Rumayyan, Gabenor Dana Pelaburan Awam Arab Saudi merangkap Pengerusi Future Investment Initiative (FII) Institute telah memperkenalkan sidang kemuncak PRIORITY FII Asia yang julung kali diadakan. 

TYT Khalid A. Al-Falih, Menteri Pelaburan Arab Saudi turut menghadiri sidang kemuncak tersebut dan mengambil bahagian dalam perbincangan panel di mana beliau memerhatikan bahawa Selatan Global sedang meningkatkan ekonomi global, didorong oleh demografi dan pertumbuhan ekonomi.

John Lee, Ketua Eksekutif, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, mengalu-alukan FII Institute ke Hong Kong dengan kehadiran Paul Chan, Setiausaha Kewangan, dan Laura M Cha, Pengerusi Hong Kong Exchanges and Clearing Limited (HKEX).  John Lee menyampaikan ucapan khas kepada perwakilan di mana beliau menekankan peranan Hong Kong sebagai 'penambah nilai super' untuk ekonomi, budaya dan masyarakat dari timur dan barat, yang dimungkinkan oleh prinsip 'satu negara, dua sistem' yang unik.

Sidang kemuncak tersebut, yang diadakan dengan kerjasama Hong Kong Exchanges and Clearing Limited (HKEX), sedang berlangsung di HKEX Connect Hall pada hari ini, Khamis 7 Disember dan esok, Jumaat 8 Disember 2023.

Nicolas Aguzin, Ketua Pegawai Eksekutif HKEX menyedari akan perubahan dramatik pada landskap geopolitik, dengan peralihan kuasa ke arah timur, dan peningkatan kepentingan pertukaran tempatan dan keharusan untuk inovasi yang berterusan dalam pasaran kewangan. 

Semasa panel khas 'board of changemakers', Richard Li, Pengerusi Pacific Century Group memerhatikan bagaimana pendigitalan mendemokrasikan perkhidmatan kewangan, membolehkan mereka yang mempunyai pendapatan dari semua peringkat untuk mengakses produk kewangan yang disesuaikan.

Upacara pukulan gong tradisional menandakan detik bersejarah pasaran dibuka dengan kehadiran Pengerusi HKEX, Laura M. Cha, Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee, dan SetiausahaKewangan Hong Kong, Paul Chan bersama-sama Pengerusi FII Institute,TYT Yasir Al-Rumayyan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Richard Attias, disaksikan oleh 1,000 peserta dan para hadirin sidang kemuncak seluruh dunia.

Sidang kemuncak tersebut, yang diadakan di bawah tema 'Trend Mega Membentuk Kemanusiaan (Megatrends Shaping Humanity)' adalah menangani implikasi kebangkitan Asia sebagai kuasa teknologi, ekonomi dan geopolitik; kemajuan AI, dan perubahan mendalam kepada kehidupan seperti yang kita ketahui; serta meningkatkan seruan untuk kemanusiaan dan empati sebagai tonggak kepada ekonomi dan masyarakat dalam dunia yang berpecah dan tidak menentu ini.

Nicholas Ho, Pesuruhjaya Belt & Road, Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong menyifatkan Hong Kong sebagai "hab global sebenar" dan menggariskan visinya untuk mengukuhkan Hong Kong sebagai ibu pejabat serantau untuk perniagaan wilayah MENA.

Laura M. Cha menunjukkan bahawa daripada 15 dana kekayaan negara yang teratas, lima adalah dari Asia dan enam dari Timur Tengah.  China mempunyai modal yang belum diterokai dari segi simpanan peribadi sebanyak USD 30 Trilion manakala Timur Tengah mempunyai potensi yang sama disebabkan oleh kebangkitan Arab Saudi dan negara GCC lain. "Ia akan menjadi sambungan yang menakjubkan kepada apa yang kurang dibangunkan pada masa lalu; kini tiba masanya untuk peningkatan trafik dua hala dari segi modal dan perdagangan." kata beliau.

FII Institute menjalankan penyelidikan berterusan untuk mengenal pasti isu-isu yang penting kepada rakyat di seluruh dunia.  Kajian tahun ini telah mengambil sampel daripada 50,000 individu dari 23 buah negara untuk mengenal pasti apakah keutamaan manusia. Penemuan ini kemudiannya digunakan untuk membentuk agenda dasar dan program sidang kemuncak FII.  Sebagai contoh, penyelidikan tahun ini telah mendedahkan penurunan mendadak sebanyak 20% di peringkat global dalam tahap kepuasan dan rasa tidak puas hati merentasi pelbagai isu, termasuk kos sara hidup, kesunyian, teknologi dan kebimbangan iklim.

Mengenai peningkatan dan pengawalseliaan AI, Eric Pulier, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Vatom Corporation menerangkan bagaimana model AI mesti dilatih menggunakan set data tempatan yang berkaitan yang mengekalkan warisan tempatan sekiranya masa depan AI ingin berpaksikan manusia secara universal.

Solina Chau, Pengasas Bersama Horizons Ventures membincangkan kepentingan rasa ingin tahu dan pemikiran yang bertentangan dengan fakta untuk mengelakkan sikap berat sebelah dan dasar yang teruk dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah.  Beliau juga mmbincangkan isu bilangan wanita yang rendah dalam bidang kewangan serta perlunya untuk terus berusaha bagi mencapai kesaksamaan dan menyokong antara satu sama lain.

Pada sidang kemuncak tersebut, BOC International menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan SPIC International Finance (Hong Kong) Company Ltd. untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam kewangan hijau, pelaburan dan pengeluaran bon, serta operasi modal antarabangsa.  Perjanjian ini telah disaksikan oleh En. Paul Chan, Setiausaha Kewangan Hong Kong SAR, di mana FII Institute terus menghimpunkan entiti global pada sidang kemuncak di seluruh dunia untuk memacu tindakan positif terhadap isu-isu seperti kemampanan.

FII Institute membentangkan dua inisiatif akar umbi yang berpangkalan di Hong Kong yang tertumpu pada kemampanan dan ekosistem tempatan. Redress ialah organisasi alam sekitar yang bertujuan untuk mempercepat perubahan kepada industri fesyen kitaran.  Farm the City membina dan menguruskan ladang bandar untuk mengubah kawasan yang kurang digunakan untuk menghasilkan sumber makanan berkhasiat dan organik.

Sidang Kemuncak PRIORITY FII Hong Kong meneruskan perbualan yang telah diadakan di Riyadh pada bulan lepas.  Ia adalah sebahagian daripada program sidang kemuncak global yang berterusan, yang akan diadakan seterusnya di Miami (Februari), London (April), dan Brazil (Jun).

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Future Investment Initiative Institute berkata:

"Trend mega sedang membentuk semula kewujudan kita. Kemajuan dalam AI, automasi, dan blok rantai membuka pintu kepada masa hadapan yang kita belum dapat bayangkan.  Dengan dunia yang berubah-ubah dan Asia sebagai pemandunya, kami sedang membincangkan isu global yang penting kepada 8 bilion orang yang tinggal di planet ini, serta menumpukan perhatian pelabur untuk tindakan dasar." 

Tentang FII Institute 

Future Investment Initiative (FII) Institute ialah yayasan bukan untung global yang dipacu data dengan cabang pelaburan dan agendanya yang satu: Kesan terhadap Kemanusian. Bersifat global dan inklusif, kami menghimpunkan golongan bijak pandai dari seluruh dunia dan menukar idea kepada penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2296103/FIII_Hong_Kong_Investor_Summit.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/4445856/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Publishing/Information Service Trade show news