omniture

Tahniah! Xianning, China Raih Pengiktirafan "Bandar Pilihan Anda" dan Lima Bandar Menang Anugerah Antarabangsa Guangzhou untuk Inovasi Bandar ke-6

Guangzhou Foreign Affairs Office
2023-12-11 13:16 29

GUANGZHOU, China, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Pada malam 7 Disember 2023, majlis penyampaian anugerah bagi Anugerah Antarabangsa Guangzhou untuk Inovasi Bandar (Anugerah Guangzhou) ke-6 telahpun diadakan di Pusat Kongres Antarabangsa Yuexiu Guangzhou; Bogotá, Colombia; Chalandri, Greece; Gwangju, Republik Korea; Kampala, Uganda; dan Xianning, China memenangi Anugerah Guangzhou ke-6. Antaranya, Xianning, China turut mendapat pengiktirafan sebagai "Bandar Pilihan Anda".

Pada majlis itu, filem-filem pendek mengenai Anugerah Guangzhou dan 15 inisiatif yang disenarai pendek dipersembahkan dan Kursi bagi Juri Anugerah Guangzhou ke-6 mengumumkan keputusan pemilihan. Sepuluh bandar, termasuk Antalya, Türkiye; Cape Town, Afrika Selatan; Iztapalapa, Mexico; Jakarta, Indonesia; Kazan, Rusia; Mannheim, Jerman; Pimpri Chinchwad, India; Ramallah, Palestin; São Paulo, Brazil; dan Tehran, Iran menerima Pingat Kehormatan bagi Anugerah Guangzhou. Seterusya, wakil-wakil dari Bogotá, Chalandri, Gwangju, Kampala dan Xianning, lima pemenang Anugerah Guangzhou ke-6, menerima anugerah tersebut dan menyampaikan ucapan penerimaan mereka.

Para hadirin pada majlis tersebut bersetuju sebulat suara bahawa Anugerah Guangzhou telah mencipta platform global yang baharu untuk bandar-bandar bertukar-tukar pengalaman inovasi bandar, memperdalam pembelajaran bandar-ke-bandar mengenai inovasi bandar, mencetuskan perubahan baharu dan pandangan baharu dalam inovasi bandar dan dengan berbuat demikian, dapat mendorong inovasi bandar serta pembangunan mampan bandar-bandar di seluruh dunia.

Sejak 11 tahun yang lalu, enam pusingan Anugerah Guangzhou telahpun diadakan secara dua tahun sekali, menarik minat 1,635 inisiatif dari 653 bandar dan wilayah daripada 101 negara. Inisiatif ini meliputi pelbagai bidang, termasuk infrastruktur dan perkhidmatan awam, perancangan bandar dan tadbir urus yang baik, perkongsian, teknologi, kebingkasan, rangkuman sosial dan kesamaan jantina. Anugerah Guangzhou kini berkembang menjadi produk awam penting yang menggalakkan pertukaran dan pembelajaran bandar-ke-bandar dalam inovasi tadbir urus bandar global dan lambang terbilang untuk dipamerkan oleh Guangzhou antara bandar-bandar global.

Difahamkan bahawa Anugerah Guangzhou ke-6 menerima pelbagai respons daripada bandar dan wilayah di serata dunia. Sejumlah 274 inisiatif dikemukakan oleh 193 bandar dan wilayah yang mewakili 54 negara dan wilayah, yang mana bilangan bandar yang mengambil bahagian dan inisiatif kedua-duanya melangkaui pusingan yang sebelumnya.

Source: Guangzhou Foreign Affairs Office
Keywords: Construction/Building Awards