omniture

BIOCHEETAH UMUMKAN PERJANJIAN PELESENAN DAN PENGKOMERSIALAN EKSKLUSIF DENGAN NIPPON KAYAKU UNTUK VECanDx™ DI JEPUN

BioCheetah Pte. Ltd.
2023-12-18 09:40 20

SINGAPURA dan TOKYO, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- BioCheetah Pte. Ltd. (Pejabat Besar: Singapura; Ketua Pegawai Eksekutif: Dr. Lee Kian Chung; selepas ini "BioCheetah") dan Nippon Kayaku Co., Ltd. (Pejabat Besar: Tokyo; Presiden: En. Atsuhiro Wakumoto; selepas ini "Nippon Kayaku") mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat ini telah memeterai perjanjian pelesenan dan pengkomersialan eksklusif untuk membangunkan dan memasarkan kit cerakin diagnostik kanser pundi kencing berasaskan penanda bio urinari baharu, VECanDx™ ELISA (selepas ini "Produk") di Jepun.

Di bawah perjanjian ini, BioCheetah akan memberi hak eksklusif kepada Nippon Kayaku untuk membangunkan dan memasarkan Produk ini di Jepun. BioCheetah akan terus melengkapkan percubaan klinikal di Singapura, Perancis dan China, sementara Nippon Kayaku akan bertanggungjawab untuk percubaan klinikal, permohonan kawal selia, pengedaran dan penjualan Produk ini di Jepun. BioCheetah akan mendapat bayaran pendahuluan dan bayaran ikut kerja daripada Nippon Kayaku setelah menandatangani perjanjian dan pengkomersialan Produk ini di Jepun.

Kanser pundi kencing merupakan kanser kesepuluh paling kerap berlaku di seluruh dunia. Darah dalam urin (hematuria) merupakan salah satu simptomnya. Standard emas semasa bagi diagnosis kanser pundi kencing ialah sistoskopi. Sistoskopi ialah prosedur diagnostik tidak invasif yang memerlukan anestesia dan mempunyai pelbagai kesan sampingan. Ketahanan hidup benar-benar bergantung kepada tahap kanser itu didiagnosis. BioCheetah berhasrat untuk mengisi jurang diagnostik yang tidak dipenuhi ini dengan menyediakan ujian diagnostik tidak invasif yang spesifik dan peka terhadap pengesanan kanser pundi kencing.

VECanDx™ ELISA ialah ujian urin tidak invasif proprietari untuk golongan dewasa yang mengalami hematuria atau mempunyai sejarah kanser pundi kencing yang dibangunkan oleh BioCheetah. Ia merupakan cerakin berasaskan (Cerakin Imunoerap Terangkai Enzim) ELISA yang mengukur tahap ekspresi protein pada lima penanda bio baharu oleh antibodi pengesan proprietari. Pengukuran ini kemudiannya dianalisis oleh perisian proprietari kepada skor risiko tunggal bagi mengesan kehadiran atau ketiadaan kanser pundi kencing.

Latar Belakang BioCheetah 

BioCheetah ialah syarikat diagnostik percikan keluar A*STAR/IMCB berpangkalan di Singapura. Ia membangunkan set proprietari penanda bio baharu dan antibodi pengesan untuk aplikasi diagnostik. Kit ujiannya yang paling maju VECanDx™ ELISA, untuk diagnosis dan pemantauan kanser pundi kencing tersedia sebagai ujian yang dibangunkan di makmal (LDT) dan akan dilancarkan dalam masa terdekat sebagai diagnostik in vitro (IVD) untuk utiliti klinikal. Produk-produk dalam rancangan yang lain termasuk kit Ujian Tempat-Penjagaan (POCT). BioCheetah mengendalikan kemudahan pengeluaran perintis ISO13485 di Singapura.

Latar Belakang Nippon Kayaku 

Nippon Kayaku Co., Ltd. ialah sebuah syarikat Jepun yang disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo (TYO: 4272) dengan perniagaan Farmaseutikal. Sejarah Nippon Kayaku dalam bidang antikanser bermula dengan pelancaran BLEO® dalam tahun 1969 dan ketika ini mempunyai banyak barisan antikanser. Berdasarkan kepada rangkaian wakil perubatan pakar-kanser Nippon Kayaku, maklumat yang amat andal boleh disediakan dengan pantas kepada pakar perubatan, ahli farmasi dan jururawat di institusi klinikal. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Nippon Kayaku menggiatkan usaha dalam bidang produk bioserupa, ubat antikanser generik serta peranti perubatan agar mereka dapat terus menyediakan farmaseutikal, peranti perubatan dan ubat diagnostik yang amat diperlukan kepada pesakit berserta maklumat yang luar biasa andal kepada institusi perubatan.

Hubungi:
BioCheetah Pte. Ltd.
Emel: enquiry@biocheetah.com
Laman Web: www.biocheetah.com

Source: BioCheetah Pte. Ltd.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements