omniture

SI Group Sempurnakan Pengambilalihan Perniagaan Antioksidan, Ibuprofen serta Propofol Albemarle

SI Group, Inc.
2014-09-02 19:55 99

SCHENECTADY, New York, 2 September 2014 /PRNewswire/ -- SI Group, Inc. telah mengumumkan ia telah menyempurnakan pengambilalihan yang diumumkan sebelumnya bagi perniagaan Antioksidan, Ibuprofen, Propofol dan perniagaan yang berkaitan daripada Albemarle Corporation (NYSE: ALB). Melalui pengambilalihan ini, syarikat tersebut memperluas jejak globalnya dengan tapak pengeluaran baharu di Orangeburg, Carolina Selatan, Amerika Syarikat dan Jinshan, China.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130204/NY53537LOGO-b

"Strategi perkembangan kami adalah berkaitan dengan menyelesaikan cabaran global," kata Frank Bozich, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Pengambilalihan ini, amat sejajar dengan kemampuan alkilfenol teras kami, meningkatkan rangkaian bekalan global dan kepakaran kami dalam pasaran antioksidan serta bahan farmaseutikal aktif."

Pengambilalihan tersebut termasuklah teknologi proprietari serta paten bagi barisan produk antioksidan ETHANOX®, ETHAPHOS™ dan juga ALBlend®, selain perniagaan Ibuprofen serta Propofol yang dikawal selia FDA. Di samping itu, aplikasi serta kemampuan sokongan teknikal di Shanghai dan Baton Rouge, Louisiana termasuk dalam urus niaga tersebut.

Stephen Haller, Naib Presiden Kanan Pembangunan Strategi dan Perniagaan Baharu berkata, "Kami amat mengalu-alukan rakan sekerja, pelanggan, pembekal serta rakan kongsi perniagaan baharu kami. Kami komited terhadap kejayaan integrasi dan urus niaga perniagaan ini; ia merupakan komponen penting dalam agenda perkembangan kami."

Pengumuman penutupan berlaku selepas menerima kelulusan kawal selia yang diperlukan. Maklumat tambahan tentang SI Group boleh didapati di www.siigroup.com.

Latar Belakang SI Group

SI Group merupakan pembangun dan pengilang terkemuka pada peringkat global bagi perantaraan bahan kimia, resin khusus, dan juga larutan. Setelah ditubuhkan pada tahun 1906 dan beribu pejabat di Schenectady, New York, SI Group merupakan syarikat dimiliki keluarga dengan kemudahan di 11 negara. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang SI Group, layari www.siigroup.com.

Hubungi:
Brooke Manrique
Pengarah, Komunikasi
SI Group, Inc.
+1-518-347-4112
brooke.manrique@siigroup.com

 

 

 

Source: SI Group, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ALB
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Acquisitions, mergers, takeovers