omniture

EV Pertama Dunia Dikuasakan oleh Bateri ion-Natrium Farasis Energy Dikeluarkan Daripada Barisan Pemasangan

Farasis Energy
2024-01-10 08:53 21

Pencapaian untuk Industri EV, Menandakan Bermulanya Era Bateri Natrium

GANZHOU, China, 10 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Dengan pengenalan bateri ion-natrium, sektor kenderaan elektrik (EV) China memasuki fasa transformatif, menandakan peralihan penting dalam teknologi bateri.

The world's first EV powered by Farasis Energy’s sodium-ion batteries rolls off the production line
The world's first EV powered by Farasis Energy’s sodium-ion batteries rolls off the production line

Pada 28 Disember, sebuah majlis di kilang EV JMEV di Nanchang, Wilayah Jiangxi meraikan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama dunia dikuasakan oleh bateri ion-natrium Farasis Energy.

JMEV EV3 (Edisi Belia) menetapkan standard baharu sebagai EV kelas-A00 pertama dunia yang dilengkapi dengan bateri baharu. Menawarkan jarak sejauh 251km, model ini menampung keperluan dinamik pemandu muda, mencakupi perjalanan ulang-alik harian dan pengembaraan seluruh bandar.

Bateri ion-natrium Farasis Energy menonjol dengan kombinasi oksida berlapis dan karbon kerasnya, menunjukkan penanda aras mengagumkan dalam bidang bateri EV:

•  Ketumpatan tenaga: 140 hingga 160Wj/kg;

•  Keselamatan: Sel bateri telah menjalani ujian meluas, melepasi pelbagai ujian dengan jayanya termasuk tusukan jarum, pengecasan berlebihan, penyahcasan berlebihan, penyemperitan dan perendaman. Pek bateri ini mematuhi piawaian tiada larian terma (NO TP).

•  Prestasi suhu rendah: Bateri ini mengekalkan pengekalan kapasiti nyahcas lebih 91% pada -20°C (-4°F);

•  Hayat kitaran: Jangka hayat dilanjutkan memenuhi keperluan kenderaan penumpang elektrik dan kenderaan dua roda;

•  Bahan-bahan kimia: Selain daripada oksida berlapis, Farasis Energy juga sedang maju dalam pembangunan bahan-bahan premium lain, seperti analog biru Prusia dan sebatian polianionik.

Farasis Energy sedang bersiap sedia untuk lonjakan besar yang seterusnya dalam teknologi bateri, mengintai pelancaran bateri ion-natrium generasi keduanya dalam tahun 2024. Bateri ini diunjurkan mempunyai ketumpatan tenaga 160-180Wj/kg, dengan rancangan untuk meningkat sehingga 180-200Wj/kg dalam tahun 2026, menyasarkan rangkaian keadaan penggunaan yang lebih luas.

Bagi meluaskan lagi penerimaan produk bateri ion-natrium, Farasis Energy membentuk perkongsian merentas pelbagai segmen, termasuk kenderaan elektrik mikro kelas-A00, kenderaan dua roda elektrik, perkhidmatan penukaran bateri dan ESS. Syarikat ini mendapat maklum balas positif daripada pelanggan yang menerima dan menguji prototaip bateri mereka.

Tatkala pengeluaran besar-besaran bateri ion-natrium bermula, Farasis Energy bersedia secara strategik untuk mempelbagaikan portfolio produknya, demi menampung pelbagai keperluan pasaran. Ini memberi kedudukan kepada syarikat untuk mencapai kejayaan berterusan dalam memperoleh pelanggan baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Dengan prestasi suhu rendah yang sangat baik, bateri ion-natrium dapat menangani cabaran julat rendah dengan berkesan yang dihadapi oleh EV dalam iklim lebih sejuk. Selain itu, keselamatan dan kemampuan memastikan penyediaan pilihan yang terpakai untuk spektrum senario lebih luas sekali gus meningkatkan pengalaman pengguna. Ciri-ciri ini menjadikan penyelesaian bateri yang inovatif ini sebagai tambahan penting kepada sistem bateri litium dalam beberapa (sebahagian kecil) aspek kritikal keselamatan, sensitif kos, termasuk storan tenaga kediaman, industri dan komersial.

 

Source: Farasis Energy
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Contracts Environmental Issues New products/services Cision Influencer List - ESG