omniture

C.K. McWhorter Membuat Persediaan Untuk Bidaan Pemilikan Pasukan Sukan Kepentingan Majoriti $2.5 Bilion Dolar

McWhorter Foundation Inc.
2024-01-14 02:30 30

NEW YORK, 14 Jan. 2024 /PRNewswire/ -- C.K. McWhorter, terkenal dengan usaha yang berani dalam dunia kewangan dan pelaburan, kini siap sedia untuk mentakrifkan semula pemilikan sukan pada skala global. Dengan rekod prestasi inovasi yang terbukti dan komitmen kepada kecemerlangan, McWhorter sedang melalui perjalanan yang mendebarkan dalam dunia perniagaan dan kewangan.

C.K. McWhorter pictured in attendance of hawks game.
C.K. McWhorter pictured in attendance of hawks game.

Lompatan Berani ke Dunia Pemilikan Sukan

Pengumpulan semula McWhorter untuk pemilikan sukan kepentingan majoriti menjanjikan permulaan penting dalam perjalanannya sebagai usahawan. Ia susulan daripada percubaan berani untuk mengambil alih New York Mets, yang mendapat banyak perhatian.

Menurut amNY, nilai bersih beliau terus menjadi subjek menarik dan spekulasi, yang menambah kepada personanya yang membingungkan. Walaupun angka sebenar tidak didedahkan, keberaniannya daripada segi kewangan tidak dapat disangkal.

McWhorter, dikenali sebagai figura penuh misteri, seperti  yang dilapurkan oleh amNY, terkenal dengan visi inovatifnya dan telah membina reputasi untuk tidak bercakap dengan pemberita, dan ini mendedahkan kebanyakan personanya yang membingungkan kepada spekulasi.

Merintis Era Baharu dalam Pemilikan Sukan

Visi McWhorter menjangkau jauh melepasi sempadan tradisi. Beliau menumpukan perhatian kepada dua daripada liga sukan paling berprestij di dunia - NBA dan Formula 1. Pendekatan dinamiknya termasuk:

  • Persepaduan Teknologi Tercanggih: McWhorter merancang untuk memanfaatkan teknologi maju untuk merevolusikan operasi pasukannya dan meningkatkan pengalaman peminat, mencipta persekitaran yang dinamik dan mendalam untuk penyokong.
  • Amalan Kelestarian dan Mesra Eko: Kelestarian adalah perkara penting dalam visi McWhorter. Beliau bertekad untuk menerajui industri sukan dalam mempraktikkan amalan mesra eko, daripada stadium cekap tenaga hingga perjalanan pemain lestari.
  • Kepelbagaian dan Penyertaan: Komitmen McWhorter kepada kepelbagaian dan penyertaan akan menjadi asas kepada strategi pemilikannya, mewujudkan peluang untuk komuniti yang kurang bernasib baik dalam liga sukan elit ini.

Masa Hadapan yang Dinamik dan Inovatif untuk Sukan

Pemilikan McWhorter menjanjikan permulaan era baharu inovasi, kelestarian dan kepelbagaian sukan. Pendekatannya yang dinamik dan inovatif tentunya akan memikat peminat dan juga pelabur, meluaskan jangkauan dan pengaruh NBA dan Formula 1.

Usahawan Bervisi

Perjalanan McWhorter bermula dengan pendekatan bervisinya kepada cabaran dan peluang. Pengalaman beliau dalam kewangan dan ekuiti swasta telah melengkapkannya dengan kemahiran dan wawasan yang diperlukan untuk berjaya menangani dunia pemilikan sukan yang kompleks.

Melakar Perjalanan Bersejarah

Apabila C.K. McWhorter memulakan perjalanan bersejarah ini, beliau menjemput pihak berkepentingan utama, termasuk NBA, Formula 1, dan komuniti sukan global, untuk menyertainya dalam membentuk era baharu pemilikan sukan. Ini ialah peluang untuk menjadi sebahagian daripada tempoh transformatif dalam sejarah sukan, di mana inovasi dan kelestarian merintis jalan.

Visi Teguh Selepas Cabaran Lalu

Bidaan awal McWhorter untuk membeli New York Mets adalah bukti kepada keberanian dan cita-citanya. Walaupun bidaan tersebut tidak diteruskan disebabkan oleh percubaan yang bersungguh-sungguh oleh Steven Cohen, statistik menunjukkan komitmen McWhorter:

  • Bidaan $1.8 bilionnya menunjukkan kemahiran kewangannya dan kepercayaannya dalam kuasa transformatif sukan.
  • Ketabahan dan keazamannya terbukti apabila beliau mengumpul semula dan membuat persediaan untuk satu lagi percubaan bersejarah.

Menavigasi Peluang dengan Pemimpin Pembrokeran Sukan

Pada peringkat ini, McWhorter terlibat secara aktif dengan syarikat pembrokeran sukan, meneroka dan membincangkan pelbagai peluang.

Penafian, Pendedahan & Notis Undang-undang:

Siaran akhbar ini hanya untuk tujuan makluman sahaja dan tidak berfungsi sebagai nasihat undang-undang, kewangan atau pelaburan. Ia tidak bertujuan untuk memberi cadangan tertentu, sokongan atau strategi pelaburan. Maklumat yang terkandung di sini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Pertimbangan Undang-undang:

Siaran akhbar ini tidak bertujuan untuk berfungsi sebagai tawaran untuk menjual atau meminta tawaran untuk membeli sekuriti. Sebarang tawaran, jualan atau belian akan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan sekuriti yang berkenaan. McWhorter Foundataion belum berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) A.S. dan boleh beroperasi di bawah pengecualian. Sebarang keputusan pelaburan perlu dibuat setelah berunding dengan penasihat undang-undang dan kewangan yang sesuai, dan mempertimbangkan keadaan individu dan objektif pelabur kewangan.

Penyata Pandangan Ke Hadapan

Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian inheren, dan kami mengingatkan anda untuk tidak bergantung kepada penyata pandangan ke hadapan. Cognizant tidak bertanggungjawab terhadap pengemaskinian atau penyemakan sebarang penyata pandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya, kecuali yang mungkin diperlukan di bawah undang-undang. Keputusan atau hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang ditunjukkan atau dicadangkan oleh sebarang penyata pandangan ke hadapan hasil daripada beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkembangan kawal selia dan undang-undang, keadaan pasaran, dan hasil daripada rundingan. Kami menafikan sebarang niat atau obligasi untuk mengemas kini atau menyemak sebarang penyata pandangan ke hadapan, sama ada akibat daripada maklumat baharu, kejadian masa hadapan atau sebaliknya.

Untuk pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: 
Butiran Hubungan Media:
Tyler Wells
NP Perhubungan Awam
tylerwells@mcwhorter.foundation

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2317672/McWhorter_Foundation_Hawks_Game.jpg?p=medium600

Source: McWhorter Foundation Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Sports