omniture

Belayar dengan teknologi pintar menuju pengantarabangsaan: GAC MOTOR dianugerahkan "10 Terbaik Jenama Kenderaan Pintar Global 2023-2024"

GAC MOTOR
2024-01-15 07:31 9

GUANGZHOU, China, 15 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Membangun berasaskan beberapa pencapaian teknologi, seperti Kokpit Pintar ADiGO SPACE, Sistem Pemanduan Pintar ADiGO PILOT, Platform Penciptaan Bersama ADiGO MAGIC, Rangka Kerja Ramalan Gerakan yang terkemuka di dunia XPredFormer, GAC MOTOR mendemonstrasikan pengelektrikan dan teknologi sambungan pintarnya yang terkemuka dalam industri ini dan dianugerahkan "10 Terbaik Jenama Kenderaan Pintar Global 2023-2024".

GAC MOTOR awarded "2023-2024 Global Intelligent Vehicles Brands Top10"
GAC MOTOR awarded "2023-2024 Global Intelligent Vehicles Brands Top10"

EMKOO dan GS3 EMZOOM, yang popular dalam kalangan pelanggan muda, dilengkapi dengan ADiGO SPACE dan ADiGO PILOT, menawarkan pengalaman pemanduan pintar yang futuristik kepada pelanggan. Sementara itu, GAC MOTOR mengintegrasikan sistem bantuan pemanduan L2 ke dalam EMPOW, EMKOO, GS3 EMZOOM dan GS8 Serba Baharu, bagi meningkatkan keselamatan dan keupayaan pemanduan pintar.

Kedua-dua Hyper GT dan E9 GAC dianugerahkan "CICA • Kabin Pintar Terbaik Tahunan China" J.D. POWER yang terkini, sekali lagi memperlihatkan kekuatan teknologi GAC.

Tanpa pelaburan sains dan teknologi dalam tempoh jangka panjang, pencapaian yang membuahkan hasil tidak akan dapat diraih. GAC menubuhkan sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) global di Milan, Los Angeles, Shanghai, Xiamen dan Guangzhou serta menguasai teknologi komponen penting yang meliputi kenderaan, rangkaian kuasa, sistem "EIC" tenaga baharu, sambungan pintar dan banyak lagi. Pada masa ini, GAC memiliki lebih 10,000 paten. Dengan kejayaan "Tech GAC" yang berterusan, GAC mencapai kekuatan kompetitif yang mantap dan disenaraikan dalam Fortune Global 500 selama 11 tahun berturut-turut.

Melangkah ke hadapan, GAC mempercepatkan proses pengantarabangsaannya dan merangka strategi pengantarabangsaan "1551", bertujuan untuk mencapai 500,000 unit dalam jualan luar negara menjelang tahun 2030. GAC MOTOR, sebagai pembawa pengantarabangsaan GAC, telah menembusi 39 negara dan wilayah di seluruh dunia, mewujudkan pasaran jualan serantau yang stabil, menggalakkan penyetempatan operasi dengan aktif di Timur Tengah, benua Amerika, Afrika, Asia Tenggara dan wilayah-wilayah lain. Seterusnya, GAC MOTOR akan memfokuskan kepada pasaran Rusia dan pasaran CIS yang lain, selain pasaran Mexico, bertujuan untuk mewujudkan kedudukan kukuh dalam lima pasaran luar negara yang utama termasuk Eropah, Asia-Pasifik, CIS, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Selatan.

Inovasi teknologi membawakan kekuatan produk yang lebih baik, GAC MOTOR mempercepatkan pembangunannya dalam pasaran global, memanfaatkan pelbagai mod pemasaran termasuk pemasaran sukan, kerjasama rentas sempadan dan pengalaman mendalam. Matlamatnya adalah untuk menyampaikan "ketukangan Cina" dalam pasaran luar negara, mencapai pertumbuhan pesat dari segi reputasi jenama dan menjadi ikon baharu kepada "Pembuatan Pintar di China" dalam pasaran automotif luar negara.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation Awards General Manufacturing