omniture

Kecekapan Penggunaan Air Mesti Dijadikan Panduan dalam Usaha Menghapuskan Kebuluran dan Kemiskinan

Stockholm International Water Institute
2014-09-08 14:48 1793

STOCKHOLM, 8 September 2014 /PRNewswire/ -- Minggu Air Dunia 2014, yang bertumpu pada tenaga dan air, diakhiri hari ini dengan para peserta bersama menekankan kepentingan matlamat air, serta penyepaduan rapat tenaga dan air dalam Agenda Pembangunan Pasca 2015. Minggu itu turut menyimpulkan kecekapan penggunaan air ialah salah satu alatan utama dalam memerangi kemiskinan dan kebuluran.

Beberapa halangan membayangi semua halangan lain dalam perjuangan untuk menghapuskan kemiskinan. Salah satunya ialah mentaliti silo. Sektor mesti meruntuhkan sekatan antara mereka dan menggunakan sepenuhnya potensi sinergi. Mesej ini ditekankan oleh Kenyataan Air Stockholm, yang dikeluarkan sepanjang Minggu itu oleh Institut Air Antarabangsa Stockholm (SIWI), penganjur persidangan itu. Satu lagi halangan ialah ketidakcekapan penggunaan air yang melampau.

"Bagi menangani cabaran permintaan air yang melonjak naik, kita mesti mengurusnya dengan lebih bijak. Dalam masa lima tahun lagi, saya mahu kita semua sedar tentang kecekapan penggunaan air, sebagaimana kita sedar tentang kecekapan tenaga hari ini," kata En. Torgny Holmgren, Pengarah Eksekutif SIWI, dalam ucapan beliau semasa sesi penutup.

Minggu Air Dunia bermula dengan seruan daripada ahli sains dan pakar terkemuka dunia berkenaan dengan air, alam sekitar serta kebingkasan, yang mengatakan tanpa pengurusan air hujan yang lebih baik, matlamat pembangunan masa hadapan yang sedang dibincangkan sekarang tidak mungkin dapat dicapai.

Sepanjang Minggu itu, yang memecahkan semua rekod kehadiran sebelum ini dengan lebih 3,000 peserta dari lebih 140 negara, kecekapan penggunaan air ditekankan dalam beberapa sesi. En. Neil Macleod daripada program Air dan Sanitasi eThekwini telah bercakap tentang keperluan untuk mencipta tandas yang tidak memerlukan air. "Tandas yang perlu dipam sepatutnya sudah tidak diperlukan lagi," kata En. Macleod, lalu menyatakan tandas yang tidak perlu dipam akan mengurangkan penggunaan air dalam kediaman sebanyak 30 peratus.

Keperluan untuk menyentuh isu tenaga dan air secara menyeluruh telah ditekankan lagi oleh Cik van der Hoeven daripada IEA, yang berkata: "Perkaitan air dan tenaga ialah perkara penting dalam agenda kami. Begitu juga pembangunan. Kami tahu 1.2 bilion daripada penduduk dunia kekurangan tenaga elektrik, kebanyakannya di Afrika sub-Sahara. Oleh itu kami memuji tema Minggu Air Dunia tahun hadapan iaitu air dan pembangunan."

Cik Amina Mohammed, Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB tentang Perancangan Pembangunan Pasca 2015, menyimpulkan: "Tahun hadapan ialah tahun yang bakal mencatat sejarah. Kita perlu kepimpinan yang berani. Saya harap kita boleh memanfaatkan tenaga daripada Minggu ini sebagai baton untuk usaha kita kelak."

Maklumat akhbar: http://www.worldwaterweek.org/pressroom

Sumber: Institut Air Antarabangsa Stockholm

Source: Stockholm International Water Institute
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Conservation/Recycling Trade show news