omniture

Maersk Container Industry Perhati "Revolusi" Perdagangan Mangga

MCI
2014-09-09 07:01 112

Tinglev, Denmark, 9 September 2014 /PRNewswire/ -- Ujian baru-baru ini di Ivory Coast menunjukkan bagaimana perdagangan mangga di Afrika Barat dapat dilanjutkan dengan menggunakan kontena khas yang menyimpan buah tersebut dalam keadaan penghibernatan.

Untuk melihat satu kenyataan akhbar Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/72762525-MCI-eyes-revolution-mango-trade/ 

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120531/537201)

Para peladang di Ivory Coast perlu bertungkus-lumus pada musim mengutip buah mangga yang begitu singkat. Rasa buahnya pula begitu manis.

"Sepanjang tempoh 4 hingga 6 minggu pada bulan April dan Mei, negara ini dikurniakan dengan sejumlah besar buah mangga yang elok, namun penghasilan ini terhenti serta-merta apabila musim hujan bermula. Sejak itu, buah mangga mula membusuk," jelas Mathew Shed, pengurus kontena bagi syarikat pakar penghantaran Africa Express Line (AEL).

"Eolis, sebuah syarikat logistik CF, telah berjumpa dengan kami pada bulan April lalu untuk meminta suatu penyelesaian pintar yang dapat mengekalkan kelazatan buah dan kebolehpasaran untuk tempoh yang lebih panjang," beliau berkata lagi.

Penyelesaiannya ialah kontena sejuk beku khas. Dengan bantuan pantas daripada syarikat pemajakan kontena dan gudang kontena di Antwerp, Belgium, kontena Star Cool telah dipertingkat agar sesuai dengan persekitaran terkawal, secara ringkasnya dikenali sebagai CA dan dihantar ke Ivory Coast.

Kontena sejuk beku CA Star Cool mengawal tahap O2 dan CO2, yang seterusnya mengekalkan respirasi dan pematangan buah di bawah kawalan.

"Kami tahu bagaimana CA Star Cool melanjutkan hayat penyimpanan pisang dan avokado. Mangga mempunyai kadar respirasi yang serupa maka kejayaan ujian mangga ini bukanlah kejutan yang besar," kata Mathew Shed.

"Saya berpendapat terdapat peluang perniagaan baharu untuk para peladang yang biasanya mempunyai lebihan buah yang tidak sempat dipasarkan," kata Mathew Shed.

Anders G. Holm daripada Maersk Container Industry, pembuat CA Star Cool, berasa gembira.

"Kombinasi kecekapan sepanjang rantaian logistik dapat menyimpan makanan dan membuka peluang perniagaan," kata Holm. "Saya juga berpendapat ini mungkin menjadi revolusi mangga."

Mengapa ujian sejuk beku berjaya:

Lima kontena CA Star Cool telah dimuatkan dengan buah pada Mei 2014 dan kemudiannya dibuka satu demi satu sepanjang tempoh empat hingga sembilan minggu. Setiap kali dibuka, buah-buahan tersebut secara umumnya ternyata berada dalam keadaan yang sama seperti ketika dimuatkan. (Sumber: Africa Express Line.)

Hanya 3 peratus daripada penghasilan mangga dunia dieksport:

Penghasilan global mangga telah meningkat sebanyak dua kali selama 30 tahun lalu sehingga mencecah lebih 35 juta tan, tetapi hanya 3 peratus daripadanya didagangkan pada peringkat antarabangsa. Sifatnya yang mudah rosak adalah salah satu sebab kebanyakan mangga dimakan berdekatan dengan lokasi penghasilan. (Sumber: UNCTAD)

Pengangkutan udara yang mahal boleh dielakkan:

"Jumlah mangga yang dieksport dari Afrika Barat melalui udara adalah agak tinggi. Halangan terhadap pengangkutan melalui lautan mungkin menghalang potensi penuh eksport mangga bagi negara seperti Senegal atau Ivory Coast."

(Petikan: Derek Brand, penasihat maritim bahagian perundingan pengangkutan Seabury Group)

Pautan dan foto: 

http://www.mcicontainers.com

Bagi demonstrasi bagaimana persekitaran terkawal (CA) berfungsi, lihat filem ini (02:46)

http://www.mcicontainers.com/Products/ReeferMachines/Pages/CA.aspx

Terdapat kontena yang menjayakannya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Maersk Container Industry, lihat filem ini (04:35)

http://www.mcicontainers.com/AboutUs/Companymovies/Pages/Companymovie-English.aspx

Lihat juga http://www.africaexpressline.com dan http://www.seaburygroup.com

Source: MCI
Keywords: Food/Beverages Paper/Forest Products/Containers Transportation