omniture

QNAP Lancar NASbook Denyar-Penuh Thunderbolt™ 4, Memperkasa Penerbitan Video dengan Kelajuan Perintis dan M.2 SSD Boleh-Silih-Panas

QNAP Systems, Inc.
2024-01-18 17:30 85

TAIPEI, 18 Januari 2024 /PRNewswire/ -- QNAP® Systems, Inc. melancarkan NASbook TBS-h574TX denyar-sepenuhnya Thunderbolt™ 4 yang terkemuka dalam industri yang memperkemas aliran kerja penerbitan video bermula daripada prapenerbitan hingga pascapenerbitan. Ia menyediakan storan kependaman rendah dengan lima slot E1.S/M.2 PCIe NVMe SSD, I/O berkelajuan tinggi dan kuasa pengkomputeran seni bina-hibrid Intel® Core™ Generasi ke-13. Reka bentuk mudah alih dan mudah digunakan ini menjadikan NASbook sebagai pendamping yang sempurna untuk tapak rakaman video, pasukan pasca-penerbitan, studio kecil dan pengguna SOHO.

TBS-h574TX Thunderbolt™ 4 All-Flash NASbook – Unmatched performance with ZFS data protection to accelerate video projects from pre-production to post-production
TBS-h574TX Thunderbolt™ 4 All-Flash NASbook – Unmatched performance with ZFS data protection to accelerate video projects from pre-production to post-production

"Mobiliti dan kebolehkhidmatan adalah amat penting untuk kejayaan projek-projek audiovisual yang pantas," kata Andy Chuang, Pengurus Produk QNAP, menambah "TBS-h574TX NASbook direka bentuk dengan isipadu 2.54 liter dan adalah lebih kecil daripada kertas A4. Berbanding dengan Apple Mac Studio®, TBS-h574TX yang kompak ini mengurangkan saiznya sebanyak hampir 31%, membolehkan pasukan penerbitan menempatkkan dengan mudah dalam pelbagai jenis kotak peralatan multimedia dan ruang atas meja."

Slot E1.S/M.2 PCIe NVMe SSD boleh-silih-panas termaju

Dengan penyesuai E1.S hingga M.2 2280 NVMe SSD yang dipasang pada setiap ruang pemacu, NASbook denyar-sepenuhnya TBS-h574TX membolehkan pengguna memasang M.2 SSD atau E1.S SSD secara fleksibel untuk penyuntingan fail FAW yang pantas; sokongan boleh-silih-panas untuk M.2 SSD, berserta penggantian cakera RAID automatik, membolehkan pencipta menggantikan SSD tanpa masa henti sistem untuk aliran kerja projek sedang berjalan yang diperkemas.

Stesen kerja penyimpanan dan penyuntingan dioptimumkan untuk fail RAW

TBS-h574TX mengguna pakai pemproses 12-teras dan 16-jalur seni bina-hibrid Intel® Core™ Generasi ke-13, dengan GPU terbina dalam untuk mempercepatkan pengalihan kod video. Dua port Thunderbolt™ 4 menyediakan sambungan terus ke stesen kerja Mac/PC untuk suntingan kasar di lapangan, sementara port 2.5GbE dan 10GbE terbina dalam membolehkan lebih banyak peranti pelanggan disambungkan untuk kolaborasi rentas-pasukan. Dua port USB 3.2 Gen 2 (10Gbps) mengupayakan import bahan video yang lebih pantas daripada storan luar, atau sambungan DAS/JBOD untuk mengarkibkan projek-projek video terdahulu. Pasukan prapenerbitan boleh memaparkan rakaman mentah dengan mudah daripada NASbook pada skrin besar melalui 4K HDMI™ terbina dalam untuk semakan kualiti yang lebih mudah. TBS-h574TX juga boleh menyandarkan fail kecil yang ditranskodkan ke ruang awan myQNAPcloud Storage, lalu membolehkan pasukan rentas-tapak mengakses, menyegerakkan dan berkongsi fail dengan mudah.

Sistem pengendalian berasaskan ZFS berorientasikan-pencipta

TBS-h574TX menampilkan ciri swasembuh yang dapat mengesan dan membaiki data rosak secara automatik dalam imej RAW. Dengan algoritma QSAL berpaten QNAP, kegagalan berbilang-SSD secara serentak dalam SSD RAID dapat dihalang demi perlindungan data yang dipertingkat.

Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi, sila kunjungi www.qnap.com.

Source: QNAP Systems, Inc.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Computer Accessories New products/services