omniture

Stars of Science Kembali bagi Memperkenalkan Penginovasi Arab Muda dalam Musim Keenamnya yang Bakal Disiarkan di MBC4

Qatar Foundation and MBC4
2014-09-10 02:53 63

DOHA, Qatar, 10 September 2014 /PRNewswire/ -- Rancangan televisyen "realiti didik hibur" Yayasan Qatar Stars of Science akan kembali untuk musim keenam di MBC4, dengan format baharu yang berdaya saing. Rancangan itu memperkukuh minat dalam sains dan teknologi serta mempercepat pembangunan golongan penginovasi generasi seterusnya di rantau itu.

Bagi melihat Siar Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/72762523-stars-of-science-sixth-season-MBC4/

Buat musimnya yang keenam, Stars of Science akan diperkenalkan dengan format baharu yang disasarkan untuk meningkatkan persaingan. Beberapa kumpulan kecil penginovasi akan beradu kekuatan sesama sendiri bagi merebut peluang untuk menukarkan idea mereka menjadi realiti. Berikutan proses pemilihan yang sengit, 12 calon berusia antara 18 ke 30 tahun dari seluruh Tanah Arab akan dipilih untuk datang ke Doha. Di situ, mereka akan dibimbing oleh pakar kejuruteraan dan rekaan dari seluruh dunia. Kebingkasan para penginovasi, kepintaran mereka serta kerjasama sepasukan akan diuji dalam beberapa cabaran sepanjang rancangan itu sambil mereka membangunkan produk berpotensi mereka daripada konsep menjadi prototaip berfungsi dengan matlamat akhir untuk memenangi sebahagian daripada hadiah wang berjumlah $600,000. Juri yang terdiri daripada peneraju industri dan pakar teknologi yang utama akan meneliti projek para peserta dan akan menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya.

Ribuan pemohon telah dipertimbangkan semasa jelajah pencarian peserta di enam negara yang bertujuan untuk mengenal pasti calon dengan idea yang terbaik. Dalam empat episod pertama Stars of Science, para penonton akan menyaksikan sesi pemilihan peserta dan akhirnya hanya 12 calon akan dipilih dari seluruh dunia Arab.

"Stars of Science menerokai rantau itu untuk mencari penginovasi muda yang paling mempunyai harapan dan menghubungkan mereka dengan pakar bertaraf dunia untuk menghidupkan idea mereka," kata Tuan yang Terutama, Sheikh Abdulla bin Ali Al-Thani, Ph.D., Presiden Universiti Hamad bin Khalifa, Yayasan Qatar. "Rancangan ini merangsang semangat untuk sains dan teknologi dalam kalangan belia Arab, dan menyumbang kepada pencapaian pendidikan serta pembangunan ekonomi dalam dunia Arab."

Sepanjang enam musimnya, lebih 28,000 penginovasi Arab muda telah menghantar idea mereka kepada Stars of Science.

Calon Stars of Science telah mewujudkan legasi yang tidak kunjung padam dengan menyumbang kembali kepada komuniti mereka. Sekitar dunia Arab, alumni Stars of Science membimbing penginovasi lain secara aktif, bercakap di khalayak ramai dan turut menyokong syarikat permulaan tempatan. Alumni juga telah membuat pembentangan semasa acara TEDx, Rumah Putih, forum antarabangsa serta menjelajahi sekolah untuk bercakap tentang kepentingan pendidikan STEM. 80 calon yang pernah menyertai Stars of Science telah memfailkan 62 paten dan menubuhkan 16 syarikat yang berpusat di rantau itu.

"Minat yang menggalakkan daripada belia Arab yang ingin menyertai Stars of Science menunjukkan semangat yang kembali hidup untuk sains dan teknologi di serata rantau itu," kata Youssif Abdulrahman Saleh, juri tetap dan Pengurus Am Pusat Penyelidikan dan Teknologi Qatar Shell di QSTP. "Bilangan tinggi permohonan berkualiti daripada orang yang berbakat dan berinspirasi telah menjadikan proses pemilihannya sangat sukar. Saya tidak ragu-ragu lagi 12 calon terbaik yang akan dipilih akhirnya akan menjadi penginovasi kami yang terbaik setakat ini."

Musim ini, Stars of Science telah melancarkan laman web baharu yang membenarkan peminat memperkaya pengalaman tontonan mereka. Laman web itu ialah hab interaktif bagi perbincangan berkaitan teknologi dan membantu penginovasi Arab berhubung dengan sumber dan sesama sendiri. Laman itu turut mempunyai forum perbincangan dan pilihan sembang secara langsung sebelum, semasa & selepas penyiaran episod agar ahli Juri, pakar serta calon sendiri boleh memberi maklum balas kepada soalan yang dikemukakan orang ramai.

Musim keenam Stars of Science akan diacarakan oleh Khaled Al Jumaily yang akan disertai oleh pengacara bersama Haneen Al Naqdi buat julung kalinya. Tayangan perdana rancangan ini akan disiarkan melalui saluran MBC4 pada 13 September, pada 9 malam KSA / 6 petang GMT 2014. Calon akan berhadapan dengan cabaran, berlumba dengan masa dan juga bersaing sesama sendiri dalam 10 episod waktu perdana. Maklumat lanjut tentang calon itu juga boleh dilihat dalam episod harian sampingan yang akan mula disiarkan pada hari Ahad 5 Oktober pada 4 petang KSA/1 tengah hari GMT melalui saluran MBC4. Kemuncak Musim 6 adalah semasa pertandingan akhir secara langsung ketika undian daripada orang awam dan pertimbangan juri akan menentukan keputusan akhirnya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Taylor Bossung atau Hanane Rougani
T +974-44364385

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari:
Laman web - http://www.starsofscience.com
Facebook - https://www.facebook.com/StarsofScienceTV
Twitter - https://twitter.com/starsofscience
YouTube - http://www.youtube.com/user/Starsofsciencetv
Instagram - starsofsciencetv

Video: 
http://www.multivu.com/players/English/72762523-stars-of-science-sixth-season-MBC4/

SUMBER  Yayasan Qatar dan MBC4

Source: Qatar Foundation and MBC4
Keywords: Education Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Television Children-related news