omniture

Huawei mendedahkan cita-cita tinggi dengan Ascend Mate7 6 inci

Huawei Consumer Business Group
2014-09-10 11:32 80

-- Telefon pintar teras lapan sepantas kilat baharu dengan teknologi cap jari sentuhan tunggal unggul

BERLIN, 5 September 2014 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini telah melancarkan Ascend Mate7 semasa Internationale Funkausstellung Berlin (IFA) 2014, memaparkan skrin besar 6 inci dengan paparan FHD untuk tontonan hiburan dipertingkat, badan lebih tipis 7.9mm untuk lebih keselesaan, cipset teras lapan yang lebih berkuasa untuk prestasi lebih hebat, dan juga bateri 4100 mAh yang lebih tahan lama. Dengan teknologi cap jari sentuhan tunggal baharu dan EMUI 3.0, Ascend Mate7 menggemparkan lagi pengalaman mudah alih untuk memudahkan pengguna menikmati kehidupan sepenuhnya. Ascend Mate7 ialah telefon pintar skrin besar yang terkini daripada Huawei sambil ia mendedahkan cita-cita tingginya sebagai vendor telefon pintar ketiga teratas di dunia.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140902/142130

"Hari ini menandakan ketibaan pengalaman telefon pintar skrin besar kami yang paling pantas dan menarik bagi pengguna. Ini simbol komitmen tanpa jemu kami untuk menghidupkan cogan kata 'Make it Possible' bagi orang ramai di mana-mana sahaja untuk menikmati produk kualiti premium kami," kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group. "Huawei Ascend Mate7 sebenarnya menerajui kumpulan peranti skrin besar dengan prestasi lebih pintar, kecekapan kuasa yang mengagumkan, dan juga kemudahan luar biasa dengan teknologi cap jari sentuhan tunggalnya yang unggul."

Prestasi Pintar

Dengan reka bentuk teras lapannya, Ascend Mate7 mempunyai pemproses Huawei Kirin 925 pintar yang terdiri daripada empat cipset A15 besar 1.8 GHz dan empat cipset A7 kecil 1.3 GHz yang diaktifkan dalam konfigurasi berbeza bergantung pada keperluan kuasa fungsi atau app tertentu agar telefon pintar itu boleh mengurus kuasa dengan lebih pintar. Ia menjimatkan sehingga 50 peratus bateri dengan menggunakan teras A7 yang lebih kecil secara automatik bagi memberi kuasa kepada app biasa yang digunakan pengguna sekurang-kurangnya 80 peratus lebih kerap, dan akan menghidupkan teras A15 yang lebih besar semasa penggunaan berprestasi tinggi seperti semasa bermain permainan. Pemproses itu juga mengaktifkan teras tambahan secara automatik apabila ia mengesan 85 hingga 95 peratus daripada kemampuan pemprosesan teras tunggal sedang digunakan.

Ascend Mate7 mungkin ialah telefon pintar 6 inci yang pertama dalam pasaran dengan akses cap jari sentuhan tunggal serta-merta yang bakal menamatkan penggunaan kata laluan yang menjerihkan. Ia membolehkan pengguna mengaktifkan telefon mereka sekurang-kurangnya 80 peratus lebih pantas berbanding peranti yang menggunakan pilihan pengenalpastian sapuan jari yang lebih perlahan. Terletak di belakang telefon bimbit itu dan berukuran 9.16mm x 9.16mm, pembaca itu boleh menyokong sehingga lima set rekod cap jari berbeza yang boleh diperuntukkan kepada mod normal dan mod tetamu, agar pengguna boleh menukar mod untuk mempertingkat perlindungan semasa menyimpan folder peribadi, aplikasi atau maklumat pembayaran. Ia mempunyai nisbah 508PPI yang lebih tinggi untuk ketepatan pembaca dipertingkat jadi tidak perlu untuk menyapu jari berkali-kali sebelum dapat mengaktifkan peranti itu – walaupun dengan jari basah atau di bawah keadaan hujan renyai. ARM TrustZone juga menyimpan data cap jari tersulit dalam cipset itu untuk perlindungan lebih ketat oleh SecureOS, dan menghalang akses langsung oleh pihak ketiga.

Dengan keterhubungan LTE Cat6 paling laju dengan kepantasan muat turun sehingga 300 Mbps, Ascend Mate7 membolehkan filem HD dimuat turun dalam masa kurang 30 saat sahaja. Menggunakan kuasa bateri Li-Polymer 4100 mAh berketumpatan tinggi, Ascend Mate7 berjaya memuatkan bateri yang besar ke dalam badan yang tipis bagi penggunaan normal tanpa henti selama lebih dua hari. Dengan teknologi penjimatan kuasa milik Huawei, Ascend Mate7 menyediakan tiga mod penjimatan kuasa – normal, pintar, dan juga penjimatan kuasa ultra.

Gaya dan Mutu

Sesuatu yang jarang ada pada masa kini bagi telefon pintarnya bersaiznya, Ascend Mate7 diperbuat daripada lebih 95 peratus logam dan mempunyai struktur dalaman yang diperbuat daripada aloi aluminium yang kuat bagi pengurangan haba yang berkesan. Dengan ketipisan sebanyak 7.9mm sahaja dan seberat 185g, bahagian belakangnya melengkung secara ergonomik untuk pengendalian lebih mudah dengan hanya satu tangan manakala baluh 2.9mm ultra nipis pula memberikan nisbah skrin ke badan yang menarik sebanyak 83 peratus. Ascend Mate7 didatangkan dalam tiga warna bergaya, perak rembulan, hitam obsidian serta emas ambar.

Dengan paparan LTPS dalam sel FHD 6 inci yang menggunakan lebih sedikit kuasa dan teknologi JDI Nega-NEO bagi nisbah kontras tinggi yang mengagumkan sebanyak 1500:1, Ascend Mate7 memberikan imej yang sangat tajam. Ia mempunyai kamera menghadap belakang 13MP untuk mengabadikan foto semasa berparti yang lebih jelas dalam pencahayaan suram dengan sensor BSI generasi keempat Sony dan bukaan f/2.0. Tambahan lagi, kamera menghadap hadapan 5MP pula menggunakan kanta bukan lengkung 5P yang menerajui industri bagi ketajaman lebih tinggi dan herotan imej lebih rendah.

Keringkasan Intuitif

Ascend Mate7 akan dilancarkan dengan EMUI 3.0, versi baharu antara muka pengguna intuitif Huawei yang memudahkannya dikendalikan dengan satu tangan sahaja dan mempunyai rupa yang serba baharu merentasi seluruh antara muka perisian itu. Rekaan garis masa yang baharu itu digunakan dengan meluas untuk ketekalan dan kebolehgunaan yang dipertingkat semasa menggunakan pelbagai app. Tambahan lagi, ia menangani keperluan harian secara aktif dan intuitif melalui butiran rekaan yang praktikal dan menawan, seperti penyatuan fungsi utama telefon pintar – panggilan telefon, maklumat perhubungan serta penghantaran mesej – yang kini boleh saling ditukar ganti dengan mudah dengan hanya satu sapuan melintang sahaja.

Ketersediaan dan Aksesori

Harga runcit saranan untuk Huawei Ascend Mate7 standard (2GB RAM dan 16GB ROM) adalah 499 Euro, manakala harga Huawei Ascend Mate7 premium (3GB RAM dan 32GB ROM) adalah 599 Euro. Ia akan dijual di lebih 30 negara/wilayah termasuk tanah besar China, Hong Kong, UK, Jerman, Itali, Perancis serta Sepanyol mulai suku tahun ketiga tahun 2014, dan akan diikuti oleh pasaran lain. Aksesorinya termasuklah Fon Telinga Penyingkir Hingar Aktif UltimoPower yang mengurangkan hingar sebanyak 15-30 db dan buat julung kalinya, ia didatangkan dengan bateri dalaman yang cas sendiri semasa disambung dengan telefon pintar dan penggunaan selama dua jam apabila disambungkan dengan peranti lain, serta sarung kulit dan pemegang pengecas yang menukarkan telefon pintar itu menjadi bingkai foto digital.

Latar belakang Huawei Consumer Business Group

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari:
Huawei Consumer BG dalam talian: consumer.huawei.com/en/ 
Facebook: facebook.com/huaweidevice 
Twitter: twitter.com/HuaweiDevice 
Google+: plus.google.com/+HuaweiDevice 
YouTube: youtube.com/user/HuaweiDevice 
Flickr: flickr.com/photos/huaweidevice

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications New products/services Trade show news