omniture

Serlahkan Kulit yang Sihat Berseri dan Bersinar Semasa Perayaan Tahun Baharu Cina ini dengan Cetaphil

CETAPHIL
2024-01-23 20:03 10

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Januari 2024 /PRNewswire/ --   Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologi Nombor 1 di Malaysia, dengan bangganya melancarkan kempen kemeriahan musim perayaannya "Shine Like a Dragon".

Serlahkan Kulit yang Sihat Berseri dan Bersinar Semasa Perayaan Tahun Baharu Cina ini dengan Cetaphil
Serlahkan Kulit yang Sihat Berseri dan Bersinar Semasa Perayaan Tahun Baharu Cina ini dengan Cetaphil

Kempen ini yang berteraskan semangat kemakmuran dan kegembiraan, menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama memiliki kulit yang sihat dan berseri dengan rutin "Skin-plicity", sebuah rejim penjagaan kulit yang begitu mudah sehingga semua individu boleh meraikan Tahun Naga yang bakal menjelang tiba dengan kulit yang sihat bercahaya.    

Rutin ini yang dikenali sebagai rutin 3-Langkah CMP – Membersih, Melembap, dan Melindungi, menampilkan tiga rangkaian produk berbeza termasuk Cetaphil® Core, Cetaphil® Bright Healthy Radiance dan Cetaphil® Optimal Hydration. Dengan menggabungkan rutin 3-Langkah CMP, setiap rangkaian produk tersebut dapat menangani pelbagai jenis dan masalah kulit dengan berkesan, menjanjikan kulit yang cerah dan berseri untuk semua jenis kulit, termasuk mereka yang mempunyai tanda-tanda sensitiviti kulit.

Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tiu menyedari masalah yang sering dialami oleh ramai individu semasa musim perayaan. "Sementara kita gembira berkumpul dengan sanak saudara, ramai yang terpaksa bergelut dengan kesukaran untuk menjaga kesihatan kulit, terutamanya bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda sensitiviti kulit. Tekanan luaran seperti keadaan cuaca, pencemaran dan sinaran matahari juga boleh menyumbang kepada pelbagai isu yang sering dialami seperti masalah kulit kering, tegang dan kusam."

"Sebagai pakar kulit sensitif terkemuka dengan warisan selama 75 tahun yang disokong oleh pakar dermatologi, kami menampilkan rutin 3-langkah yang mudah dan berkesan yang direka khusus bagi menangani masalah kulit pengguna kami. Ini membolehkan mereka meraikan musim perayaan dengan penuh kegembiraan sambil memelihara kesihatan kulit mereka dengan mudah. Kini, semua orang boleh menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina dengan kulit yang sihat berseri dan bersinar, bak seekor naga," tambah beliau lagi.

Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Cetaphil® turut bekerjasama dengan pengacara radio MY yang terkenal, iaitu Jack Lim, Mei Yan dan Emely Poon, untuk menghidupkan semangat "Shine Like a Dragon". Trio yang serba dinamik ini turut membuat kemunculan dalam video muzik eksklusif Tahun Baharu Cina pertama Cetaphil, yang mengetengahkan keistimewaan rutin 3-Langkah CMP. Dengan rentak yang menarik, video muzik itu bukan sahaja menampilkan kemeriahan suasana musim perayaan, tetapi turut memberikan penekanan tentang ilmu kesihatan kulit kepada pengguna dengan cara yang menghiburkan.

Selain daripada persembahan muzikal mereka, trio itu juga akan membuat penampilan istimewa sebagai jurucakap Cetaphil® di farmasi-farmasi yang mengambil bahagian pada tarikh dan lokasi berikut:

  • 22 Jan 2024 – Watsons, Sunway Pyramid; BIG, Taipan
  • 23 Jan 2024 – Guardian, Mid Valley Megamall; Caring, The Exchange TRX
  • 26 Jan 2024 – Watsons, Pavilion Bukit Jalil
  • 2 Feb 2024 – Guardian, Sunway Pyramid

Para peminat berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan pengacara radio kesayangan mereka dan memperoleh ilmu mengenai produk dan penawaran Cetaphil. 

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan musim perayaan, Cetaphil® turut mengumumkan Peraduan Beli & Menang, yang menawarkan peluang kepada para pengguna untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk percutian ke Korea, Jongkong Emas, Baucar Tunai Beli-Belah dan banyak lagi. Bermula dari hari ini hingga 28 Februari 2024, para pembeli yang membeli produk Cetaphil bernilai minimum RM88 boleh menyertai peraduan tersebut dengan hanya berkongsi resit mereka ke 010-793 1060 untuk merebut peluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen "Shine Like a Dragon" serta Peraduan Beli & Menang, sila kunjungi https://www.cetaphil.com.my/en/shine-like-a-dragon.html.

Mengenai CETAPHIL

Tujuh puluh lima tahun yang lalu, seorang ahli farmasi mencipta produk CETAPHIL pertama bersama seorang pakar dermatologi - formula lembut namun berkuasa membersihkan kulit tanpa menjejaskan dan melembapkan kulit tanpa kulit tersumbat. Kini, CETAPHIL adalah jenama penjagaan kulit dermatologi #1 di Malaysia dan diiktiraf oleh profesional penjagaan kesihatan sedunia. Dengan bantuan pakar kulit global terkemuka, mereka terus membangunkan teknologi penjagaan kulit yang inovatif untuk kulit sensitif yang membantu memulihkan, melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit setiap hari. Untuk maklumat lanjut,layari www.CETAPHIL.com.my.

Mengenai Galderma

Galderma merupakan syarikat dermatologi bebas yang terbesar di dunia dan terdapat di lebih kurang 100 negara. Sejak penubuhan kami pada tahun 1981, kami telah memberi sepenuh dedikasi terhadap dermatologi. Kami mempunyai portfolio inovatif berasaskan sains bagi jenama dan perkhidmatan yang canggih merentasi Estetik, Penjagaan Pengguna dan Perubatan Preskripsi yang memberi fokus kepada keperluan pengguna dan pesakit, kami bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan untuk memastikan hasil terbaik. Kami memahami setiap kulit membentuk setiap kehidupan jadi kami memastikan dermatologi yang terbaik untuk setiap kisah kulit. Untuk maklumat lanjut: www.galderma.com.

Source: CETAPHIL
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics