omniture

Tiada tanaman minyak baik atau buruk, hanya amalan baik dan buruk

Borneo Futures
2024-05-16 10:08 70
  • Laporan Baharu Mendedahkan: Amalan, Bukan Tumbuhan Yang Penting dalam Pengeluaran Minyak Sayuran 

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei, 16 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Beberapa topik telah menimbulkan banyak pandangan dan tajuk utama terpolarisasi seperti tanaman minyak. Kontroversi ini menjangkau pemuliharaan, hak asasi manusia dan pemakanan, namun apa yang didedahkan oleh bukti ini? Laporan baharu yang dikeluarkan oleh Borneo Futures, organisasi tuan rumah bagi Pasukan Petugas Tanaman Minyak IUCN memberikan pandangan baharu.

New IUCN report on the Future of Vegetable Oil - Oil crop implications – Fats, forests, forecasts, and futures
New IUCN report on the Future of Vegetable Oil - Oil crop implications – Fats, forests, forecasts, and futures

Tanaman minyak, menempati 37% daripada kawasan tanaman gobal, memainkan peranan penting dalam kehilangan biodiversiti dan dikaitkan dengan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, ia turut menjadi sumber pendapatan dan pemakanan yang penting. Dengan permintaan minyak sayuran global diunjurkan meningkat, mencapai 288 juta tan menjelang tahun 2050, keperluan terhadap amalan pengeluaran mampan adalah mendesak.

Laporan ini menekankan bahawa kesemua tanaman minyak, termasuk tanaman yang kelihatan tidak berbahaya seperti zaitun dan kelapa, boleh memberi impak negatif apabila dihasilkan tanpa mengambil kira manusia atau alam semula jadi. Daripada memburuk-burukkan tanaman tertentu, perhatian harus ditujukan kepada amalan pengeluaran mampan.

"Apa yang ditunjukkan oleh laporan ini ialah hasil positif yang dapat dicapai melalui kesemua tanaman minyak. Menerusi pelaburan yang betul, perancangan, dasar dan kaedah pengeluaran tanaman yang lebih baik, kawasan tanaman minyak dapat menawarkan peluang yang besar untuk mengurangkan kehilangan biodiversiti, menangani isu hak asasi manusia dan memulihkan alam semula jadi," kata Profesor Erik Meijaard, penulis utama laporan dan kursi bersama Pasukan Petugas Tanaman Minyak IUCN.

Menggunakan kelapa sawit sebagai contoh, beliau menggambarkan bagaimana tanaman ini, apabila diurus di hutan Afrika dan taman kampung, sangat berbeza dengan penanamannya dalam monokultur yang menggantikan hutan Asia dengan kepelbagaian biologi apabila tidak mengguna pakai amalan kemampanan. "Bukan sawit, tetapi konteks di tempat ia ditanam, yang menentukan impaknya," kata beliau.

Malika Virah-Sawmy, kursi bersama Pasukan Petugas Tanaman Minyak IUCN, mencabar naratif yang mengkategorikan tanaman minyak tertentu sebagai sememangnya baik atau buruk. Sebaliknya, beliau menggesa pihak berkepentingan untuk memfokuskan kepada amalan pengeluaran dan bukannya memburuk-burukkan tanaman tertentu.

Laporan ini mempunyai beberapa penemuan yang mengejutkan. Kawasan-kawasan yang ketika ini menanam jagung dan kelapa membawa peluang besar untuk mengurangkan risiko kepupusan spesies terancam. Namun begitu, penumpuan kuasa dalam perdagangan bijirin global, dengan hanya empat syarikat mengawal 75-95%, menimbulkan cabaran kepada amalan pertanian yang saksama.

Walaupun impak daripada tanaman seperti kelapa sawit dan kacang soya didokumentasikan dengan baik, tanaman lain seperti kekacang dan bijan masih kurang dikaji walaupun terdapat perkaitannya dengan penukaran ekosistem dan kebimbangan hak asasi manusia. Kekurangan data ini menekankan kepentingan wacana awam termaklum bagi mengelakkan polarisasi yang tiada justifikasi.

Dalam pasaran minyak yang berkembang pesat, memahami kerumitan pengeluaran adalah sangat penting untuk membuat pilihan mampan. Laporan ini bertujuan untuk mengisi beberapa jurang sedia ada dalam ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama menyedari keperluan terhadap penyelidikan yang selanjutnya bagi mengatasi titik buta yang masih ada.

Profesor Douglas Sheil berkata "kita perlu mengalihkan tumpuan daripada apa yang ditanam kepada bagaimana ia ditanam, didagangkan, dipasarkan dan digunakan. Laporan ini merupakan percubaan pertama kami untuk memberi gambaran keseluruhan tentang amalan, impak dan standard serta apa yang dapat dilakukan."

Dalam dunia di mana pilihan yang kita buat memberi impak kepada ekosistem dan komuniti di seluruh dunia, memahami kerumitan pengeluaran minyak sayuran penting untuk mencipta masa depan yang lestari. Orang ramai yang prihatin harus memuat turun laporan percuma ini, mendidik diri mereka mengenai dunia minyak sayuran yang rumit dan mempelajari apa yang mereka boleh lakukan sendiri.

Kajian ini dibiayai secara bebas oleh Soremartec SA dan Soremartec Italia S.r.l., Ferrero Group serta menawarkan gambaran komprehensif mengenai amalan, impak dan standard dalam pengeluaran minyak sayuran.

Source: Borneo Futures
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Food/Beverages Environmental Issues Survey, Polls & Research