omniture

7 trend utama untuk industri keselamatan bagi tahun 2024

Hikvision Digital Technology
2024-01-25 16:16 98

HANGZHOU, China, 25 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Industri keselamatan dalam tahun 2024 merupakan landskap menarik yang dikemudi dengan aktif oleh Hikvision. Tatkala ia menerima inovasi teknologi dan membuat penyesuaian kepada keperluan masyarakat yang semakin berkembang, ia menyaksikan penggabungan teknologi-teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan data raya. Inovasi ini membuka jalan untuk penyelesaian keselamatan yang lebih pintar, lebih proaktif dan prediktif yang bukan sahaja mantap, bahkan turut memenuhi permintaan pengguna yang mudah digunakan.

Top 7 trends for the security industry in 2024
Top 7 trends for the security industry in 2024

Dalam artikel ini, Hikvision ingin berkongsi tujuh trend utama yang dijangka akan memberi impak ketara ke atas industri keselamatan pada tahun ini.

1. AI mempercepatkan augmentasi persepsi dalam mesin

AI mempercepatkan transformasi industri keselamatan dengan meningkatkan keupayaan persepsi mesin. Ini dapat dijayakan hasil daripada penyepaduan dengan cahaya nampak, audio, sinar-X, cahaya inframerah, radar dan teknologi-teknologi lain.

Satu contoh hal ini ialah teknologi Pemprosesan Isyarat Imej Kecerdasan Buatan (AI-ISP), merevolusikan pengimejan video dan menyediakan visual berkualiti tinggi melalui pengurangan hingar pintar. Ini mengupayakan imej yang lebih jelas dengan julat dinamik luas serta perincian tajam walaupun dalam persekitaran cahaya malap, mengurangkan pergantungan pada pencahayaan tambahan dan membawa kepada respons situasi yang lebih cekap.

2. Aplikasi berpandukan AI bersedia merevolusikan pelbagai industri

Pada tahun lalu, kemajuan dalam model AI berskala besar meningkatkan keupayaan untuk mentafsir situasi yang kompleks menggunakan pelbagai data. Hikvision percaya perkembangan ini dapat mencipta kemungkinan untuk penyelesaian AI yang lebih disesuaikan dalam pelbagai sektor termasuk pembuatan, tenaga, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Berdasarkan kepada platform terbuka dan algoritma termaju, seni bina yang lebih diperkemas memudahkan penerimaan AI yang lancar dalam rangkaian vertikal yang berbeza. Hal ini dapat memupuk kolaborasi dan mencipta sebuah ekosistem yang inovatif demi kemajuan teknologi.

3. Penggabungan pengkomputeran awan dan pinggir semakin pantas

Penggabungan antara pengkomputeran awan dan pinggir mendorong kemunculan perkhidmatan yang lebih pantas dan lebih cekap. Ini membawa kepada penyelesaian pintar pada masa sebenar, seperti kawalan perimeter yang lebih pintar dan pengurusan sistem keselamatan berasaskan awan yang lebih mudah, memperkasa kami dengan analitis segera dan membuat keputusan yang lebih baik di pinggiran. Platform berasaskan awan turut meminimumkan pelaburan perkakasan dan menawarkan pilihan yang boleh diskala untuk perniagaan merangkumi semua saiz dan belanjawan, mengurangkan kos pendahuluan dan berterusan.

4. Teknologi kembar digital berpotensi merevolusikan pengurusan perniagaan

Kembar digital merupakan model maya yang mensimulasikan senario dunia sebenar pada masa sebenar. Dengan berintegrasi bersama AIoT, pengkomputeran awan dan teknologi-teknologi lain, ia memberi pemahaman dinamik kepada kami mengenai metrik prestasi seperti keselamatan, trafik dan penggunaan tenaga. Ini mengupayakan pengalaman yang imersif dengan visual disegerakkan, meningkatkan kecekapan proses, mengupayakan penyelenggaraan proaktif dan membawa kepada penjimatan kos serta pengurusan perniagaan yang lebih baik.

5. Teknologi paparan, terutamanya LED, maju dengan pantas

Penerimaan teknologi COB (Cip-pada-Papan) yang pantas mendorong permintaan terhadap LED nada-kecil. Penyelesaian LED yang inovatif juga semakin muncul yang mengimbangi penggunaan tenaga yang lebih rendah dengan resolusi tinggi, menggalakkan keneutralan karbon dan menyokong aplikasi yang lebih luas. Dinding video bersepadu di pusat arahan, sebagai contoh, membantu kami membuat keputusan yang bijak dengan pandangan intuitif. Paparan interaktif dan papan tanda digital bertindak sebagai pemangkin untuk transformasi digital dalam sektor pendidikan, perniagaan dan hospitaliti.

6. Keselamatan pengesahan identiti digital semakin penting dalam menjaga keselamatan siber

Pengesahan identiti digital melibatkan pengesahan dan kebenaran identiti, yang merupakan langkah keselamatan siber yang penting. Pelaku ancaman menggunakan teknik-teknik seperti pancingan data, perisian hasad dan kejuruteraan sosial untuk mencuri maklumat dan identiti peribadi. Bagi melindungi identiti digital, pengguna dan organisasi hendaklah menggunakan kata laluan yang kuat, menggunakan pengesahan berbilang faktor, mengelakkan rangkaian awam, mengemas kini perisian tepat pada masanya dan berwaspada daripada serangan kejuruteraan sosial.

7. Teknologi inovatif mendorong kelestarian alam sekitar dan kebingkasan perubahan iklim

Pihak berkepentingan industri semakin menerima amalan hijau bagi mengurangkan emisi karbon dan penggunaan sumber. Ini termasuk pengangkutan produk yang cekap, pembungkusan mampan dan penggunaan komponen terpiawai. Hikvision turut menjangkakan untuk melihat teknologi inovatif digunakan bagi meningkatkan kebingkasan terhadap perubahan iklim. Dengan mengintegrasikan penderia alam sekitar ke dalam sistem keselamatan, sebagai contoh, ia dapat memberi respons yang lebih baik kepada bencana alam seperti banjir, kebakaran hutan, tanah runtuh dan salji runtuh.

Untuk maklumat lanjut mengenai kesemua ini dan trend utama yang lain, sila kunjungi laman web kami atau hubungi kami di sini.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things