omniture

Tau Group Berjaya Memperoleh Perlanjutan Pusingan Series-B bernilai €11 untuk Mendayakan Pertumbuhan dan Meningkatkan Kapasiti Pengeluaran

Tau Group
2024-01-30 17:00 73
  • Pusingan ini, yang diterajui oleh CDP Venture Capital dan Santander Alternative Investments (melalui Dana Santander InnoEnergy Climate), turut disertai oleh pelabur sedia ada dan didedahkan serentak dengan pembesaran kapasiti pengeluaran Tau Group di fasiliti baharunya.

TURIN, Itali, 30 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Tau Group, syarikat teknologi terkemuka yang memacu usaha peralihan tenaga dan  dan pengurangan karbon, akan mewujudkan standard global baharu dalam wayar tertebat motor elektrik. Tau telah berjaya memperoleh perlanjutan pusingan pendanaan Series-B bernilai €11 juta. CDP Venture Capital dan Santander Alternative Investments (melalui Dana Santander InnoEnergy Climate) berada di hadapan dalam pusingan ini, dengan sokongan berterusan daripada pelabur sedia ada. Pendanaan strategik ini sejajar dengan pembesaran kapasiti pengeluaran Tau dalam fasiliti baharu, yang siap sedia untuk memenuhi perjanjian pembekalan jangka panjang yang ditandatangani dengan rakan kongsi industri automotif. 

Tau Group menerajui peralihan tenaga, mengkhusus dalam pengurangan karbon dalam penggunaan tenaga dan elektrifikasi pengangkutan. Teknologi berpaten syarikat menyeimbangkan pengilangan lestari yang menggunakan sumber yang minimum dan prestasi mantap yang diperlukan untuk elektrifikasi berkesan. Fokus mereka kepada salutan pelindung tanpa karbon bagi wayar tembaga, aluminium dan keluli berprestasi tinggi telah menjadikan mereka pemain utama dalam memajukan motor, transformer dan generator yang lebih kecil, lebih hijau, tahan lebih lama dan lebih berkuasa.

"Pelaburan €11 juta ini mewakili momen penting bagi Tau Group dan menguatkan komitmen kami untuk menerajui teknologi lestari" kata Francesco Taiariol, CEO dan Pengasas-bersama di Tau Group, "Dengan sokongan CDP Venture Capital dan Dana Santander InnoEnergy Climate, kami siap sedia untuk mempercepatkan penggunaan e-mobiliti, dan membawa perubahan positif dalam landskap pengangkutan global."

CDP Venture Capital mengambil bahagian dalam operasi melalui Rakan Korporat I dana modal teroka korporatnya, dengan dana IndustryTech dan EnergyTech Sub. CDP Venture Capital melabur bersama dengan dana pelaburan bersama serantau Piemonte Next, yang ditubuhkan dan diuruskan oleh CDP Venture Capital dan ditaja jamin oleh Financial Institution of Piemonte Region Finpiemonte dengan objektif untuk memaksimumkan pelaburan dalam inovasi untuk wilayah ini.

"Teknologi revolusioner yang dipatenkan oleh Tau Group menjanjikan penambahbaikan besar kepada prestasi konduktor, memberikan kelebihan kompetitif dalam industri dan membuka jalan untuk penyelesaian yang lebih lestari dalam dunia pengaliran elektrik" komen Enrico Filì, Ketua sub-dana IndustryTech dana Rakan Korporat I, CDP Venture Capital, "Pendanaan baharu akan menyokong kapasiti pengeluaran tau melalui loji baharu dan barisan pengeluaran baharu yang disasarkan untuk memenuhi permintaan daripada sektor automotif antarabangsa. Tau mewakili sasaran ideal untuk dana cvc CDP Venture Capital' yang membantu syarikat mengadakan jambatan antara kumpulan industri besar dan penyelesaian disruptif baharu".

Misi Dana Santander InnoEnergy Climate adalah untuk mempercepatkan peralihan tenaga merentasi sektor yang berbeza, termasuk mobiliti. Fokus sedemikian, bersama dengan kepakaran dan rangkaian perbadanan di sebalik dana (Santander dan InnoEnergy), menjadikannya sekutu yang sesuai pada masa ini.

Seiring dengan usaha berterusan Tau Group au untuk terus maju dalam pengilangan wayar magnet, dana tambahan ini membuka jalan untuk era pertumbuhan dan impak yang menyeronokkan pada skala global. Dana yang diperoleh dalam perlanjutan ini akan memacu trajektori pertumbuhan Tau Group, meningkatkan keupayaannya untuk mencapai matlamat yang mencabar. Pelaburan ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran pada skala yang lebih besar, langkah penting dalam memenuhi permintaan yang timbul daripada perjanjian pembekalan jangka panjang terkini Tau Group dalam sektor automotif. Syarikat kekal berdedikasi kepada memajukan kelestarian, memupuk inovasi dan menyumbang kepada matlamat yang lebih luas dalam peralihan tenaga.

Tau Group ialah syarikat teknologi yang mendasari peralihan tenaga, pengurangan karbon dalam penggunaan tenaga dan elektrifikasi pengangkutan. Teknologinya yang dipatenkan menyelaraskan keperluan kepada pengilangan lestari yang meminimumkan sumber dengan kuasa, kebolehpercayaan dan prestasi yang diperlukan elektrifikasi untuk mendayakan motor, transformer dan generator yang lebih kecil, lebih hijau dan tahan lebih lama. Tau memfokuskan kepada salutan pelindung tanpa karbon bagi wayar tembaga dan keluli berprestasi tinggi dan standard.

CDP Venture Capital ialah syarikat pengurusan aset yang disertai oleh CDP Equity (70%) dan Invitalia (30%) dengan matlamat untuk menjadikan modal teroka asas kepada pembangunan ekonomi dan inovasi Itali, mewujudkan keadaan untuk pertumbuhan lestari seluruh ekosistem inovasi. CDP Venture Capital menguruskan 13 dana pelaburan dengan sumber yang bernilai 3 bilion euro yang menyokong perusahaan inovatif pada semua peringkat kitaran hayatnya, membuat pelaburan langsung dan tidak langsung (dana daripada dana).

Santander Alternative Investments SGIIC, sebahagian daripada Santander Asset Management, ialah pengurus dana pelaburan alternatif dengan modal komited sebanyak EUR 2 bilion melalui pembiayaan hutang, kewangan perdagangan, modal teroka, hartanah, infrastruktur dan strategi FoF. Ia ada 60 pekerja, separuh daripadanya berada dalam pasukan pelaburannya. Sebagai sebahagian daripada Santander Wealth Management & Insurance (WM&I), Santander Asset Management ialah pengurus aset global yang telah lama bertapak di Eropah dan Amerika Latin. Bermula lebih 50 tahun yang lalu dan beroperasi di 10 negara, ia mempunyai aset bernilai EUR 215 bilion di bawah pengurusan merentasi semua jenis instrumen pelaburan, daripada dana bersama dan pelan persaraan hingga mandat institusi dan pelaburan alternatif. Ia mempunyai lebih 820 pekerja di seluruh dunia, 210 daripadanya ialah pakar pelaburan dengan pengalaman lebih 10 dalam pengurusan aset. Kaedah pelaburannya dan keupayaan analisis pasukan tempatan, serta kawalan risiko yang ketat, memberikannya wawasan unik tentang peluang pasaran dan keperluan kliennya. Angka pada Disember 2023. 

Butiran Hubungan

Media Tau Group
media@tau.group www.tau.group 

Valentina Martinez Rey
valentina.rey@tau.group +39 389 177 3351

Portal berita

www.tau.group/news

Media sosial

Laman web - www.tau.group 
LinkedIn - www.linkedin.com/company/taugroup 
X -  www.twitter.com/tau_group 
Instagram - www.instagram.com/tau.group/ 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2328002/Tau_Group_Logo.jpg?p=medium600



 

Source: Tau Group
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Venture Capital