omniture

Platform pengantaraan TopOn kini secara rasminya menyokong pembidaan rakan kongsi Google (Beta)

TopOn
2024-02-06 11:30 162

Maksimumkan Hasil: Kesemua Penerbit Kini Boleh Mengakses Pembidaan Google dengan Pengantaraan TopOn

GUANGZHOU, China, 6 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Kami teruja untuk berkongsi bersama kesemua penerbit kami bahawa kini penerbit boleh menggunakan pembidaan rakan kongsi Google (Beta) dengan platform pengantaraan TopOn bagi mengoptimumkan strategi hasil iklan.

Pembidaan rakan kongsi Google kini membolehkan penerbit mengakses permintaan Google sebagai sumber pembidaan pada TopOn. Menerusi pembidaan rakan kongsi Google, kini penerbit boleh membenarkan Google (Google Ads, Display & Video 360) membida pada lelongan pembidaan masa sebenar TopOn.

"Hari ini, TopOn dengan gembiranya mengumumkan bahawa anda mendapat lebih banyak pilihan memandangkan pembidaan Google kini tersedia untuk semua penerbit menggunakan pembidaan masa sebenar. Tatkala pasaran aplikasi mudah alih meneruskan pertumbuhannya yang dinamik, menerima pakai pembidaan dalam-aplikasi menjadi semakin penting untuk kejayaan pengewangan," kata Harry Yang, Ketua Operasi Pemasaran TopOn.

Pembidaan dalam-aplikasi menawarkan pelbagai kelebihan kepada penerbit untuk peningkatan hasil. Mereka yang mengguna pakai kaedah pembinaan dapat melihat peningkatan faedah lantaran permintaan yang lebih tinggi. Kelebihan utama untuk penerbit menggunakan pembidaan dalam-aplikasi TopOn termasuk:

Memaksimumkan hasil 

Meningkatkan jumlah pendapatan melalui pembidaan masa sebenar dengan akses kepada sumber iklan terbesar. Menerusi penyepaduan automatik kepada pembidaan ini, kini pembangun berupaya untuk memanfaatkan faedah mempunyai rakan kongsi pembidaan yang terbesar dalam industri yang membida pada trafik mereka dengan serta-merta. Apabila setiap sumber permintaan membida pada lelongan masa sebenar yang terbuka dan adil, anda dapat melihat lebih banyak persaingan untuk inventori anda, yang bererti harga yang lebih baik untuk setiap impresi.

Ketelusan keseluruhan 

Semua sumber permintaan dilayan sama rata, bagi memupuk persekitaran pembidaan yang adil untuk setiap sumber.

Mempermudah pengantaraan 

Dengan menghapuskan beban untuk mengekalkan riam yang kompleks, pembidaan membantu anda meningkatkan kecekapan operasi, maka pasukan anda boleh memfokuskan untuk memacu lebih banyak impak untuk perniagaan anda. Di samping itu, pembidaan membolehkan anda untuk menambah lebih banyak sumber pembidaan dengan mudah, membantu anda meningkatkan persaingan untuk inventori anda dengan kesan minimum ke atas kependaman dan menyediakan sumber operasi.

Kemampanan jangka panjang 

Memanfaatkan ekosistem selamat yang mewujudkan kepercayaan dan menyokong pengekalan pengguna.

Mengakses pembidaan Google kepada pengantaraan TopOn merupakan pencapaian yang penting buat kami, menekankan kesungguhan kami untuk meningkatkan penerimaan pembidaan dalam-aplikasi dan mendorong pasaran yang telus dan saksama. Kami berharap dapat meneruskan kolaborasi dengan Google dan komuniti penerbit kami untuk terus memajukan pertumbuhan dan inovasi dalam bidang ini.

Bersedia untuk melonjak dengan pembidaan Google pada TopOn? Hubungi bila-bila masa melalui www.toponad.com

Source: TopOn
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services