omniture

Dunkin' Donuts Mengumumkan Sambutan Hari Kopi Sedunia Pertama pada hari Isnin, 29 September

Dunkin' Donuts
2014-09-22 09:00 294

-- Dunkin' Donuts menjemput pengunjung di Malaysia menikmati kopi panas atau kopi ais kecil percuma dengan mana-mana pembelian separuh dozen donut

CANTON, Massachusetts, 22 September 2014 /PRNewswire/ -- Dunkin' Donuts, salah satu rantaian pastri dan kopi terkemuka dunia, hari ini mengumumkan tawaran istimewa untuk penggemar kopi di Malaysia. Pada hari Isnin, 29 September, restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di serata negara akan menawarkan pengunjung kopi panas atau kopi ais kecil percuma (sementara stok masih ada) dengan pembelian mana-mana separuh dozen donut bagi meraikan sambutan Hari Kopi Sedunia pertama jenama itu.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110224/NY53806LOGO

 "Hari Kopi Kebangsaan memang salah satu hari kegemaran kami di A.S., sebab itulah kami sangat seronok dapat meraikan Hari Kopi Sedunia pertama kami di restoran kami di seluruh dunia," kata John Costello, Presiden, Pemasaran Global dan Inovasi, Dunkin' Brands. "Kopi kami membantu memberi tenaga kepada pelanggan kami sepanjang hari dan membawa kegembiraan kepada para pengunjung restoran Dunkin' Donuts di seluruh dunia setiap hari. Kami harap pengunjung kami di Malaysia dapat menikmati tawaran istimewa kami pada 29 September."

Selama tiga tahun berturut-turut, Dunkin' Donuts telah meraikan Hari Kopi Kebangsaan di Amerika Syarikat dengan menyediakan pelbagai tawaran istimewa kepada pengunjung seluruh dunia. Tahun ini menandakan pertama kali Dunkin' Donuts melanjutkan promosi ini ke seluruh dunia dan sebagai ucapan terima kasih kepada para peminat seluruh dunia atas kesetiaan dan sokongan mereka terhadap jenama Dunkin' Donuts. Pada 29 September, pengunjung di cawangan Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia boleh menikmati kopi panas atau kopi ais kecil percuma dengan pembelian mana-mana separuh dozen donut sementara stok masih ada.

Dunkin' Donuts telah menjadi peneraju kopi selama lebih 60 tahun dan telah menjual kira-kira 1.8 bilion cawan kopi seluruh dunia dalam tahun 2013. Malah, nama jenama itu sendiri berasal daripada idea untuk menggandingkan kopi lazat berkualiti tinggi dengan donut, kerana orang ramai seronok mencicah atau mencelup donut mereka ke dalam kopi mereka, lalu mengilhamkan nama Dunkin' Donuts. Restoran Dunkin' Donuts di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan kopi panas dan kopi ais yang meluas, dan juga menawarkan kapucino, espreso dan kopi susu.

Latar Belakang Dunkin' Donuts

Diasaskan pada tahun 1950, Dunkin' Donuts adalah hentian setiap hari, sepanjang hari kegemaran Amerika untuk mendapatkan kopi dan pastri. Dunkin' Donuts adalah peneraju pasaran dalam kategori kopi panas biasa/tanpa kafeina/berperisa, kopi ais, donut, bagel dan mufin. Dunkin' Donuts telah mendapat tempat pertama bagi kesetiaan pelanggan dalam kategori kopi oleh Brand Keys selama lapan tahun berturut-turut. Syarikat itu mempunyai hampir 11,000 restoran di 33 buah negara seluruh dunia. Berpangkalan di Canton, Massachusetts, Dunkin' Donuts adalah sebahagian daripada keluarga syarikat Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DNKN). Sebarang maklumat lanjut, lawati www.DunkinDonuts.com.

Source: Dunkin' Donuts
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Restaurants New products/services