omniture

Produk terunggul generasi ke-3 SUNMI menyerlah di CHINASHOP 2024, berganding bahu dengan ramai rakan kongsi untuk mencipta senario perniagaan baharu

SUNMI Technology
2024-03-19 23:33 81

13 Mac - 15 Mac, Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghaimenyaksikan pembukaan besar-besaran Pameran Perdagangan Runcit China ke-24.

SHANGHAI, 19 Mac 2024 /PRNewswire/ -- SUNMI Technology sekali lagi membuat penampilan yang menarik di CHINASHOP. Sebagai salah sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri runcit China, SUNMI mempamerkan siri produk dan penyelesaian yang luar biasa, memaparkan gabungan teknologi-perniagaan yang lancar serta dorongan tanpa rasa gentar untuk menerobos sempadan.

SUNMI booth draws a steady stream of visitors.
SUNMI booth draws a steady stream of visitors.

Produk Utama Menerajui Trend Inovasi Digital Komersial

Bermula pada hari pertama acara ini, reruai SUNMI menjadi yang paling popular, menggamit perhatian menerusi skrin LED yang menonjol, menjangkau seluruh bahagian atas. Produk utama generasi ke-3 SUNMI, termasuk siri SUNMI T3 PRO, siri D3 MINI, D3 PRO, V3 MIX, berganding bahu dengan kenderaan luar-jalan tenaga baharu tahap tertinggi yang mantap, U8, bagi membuat penampilan yang mengagumkan. Mereka bersama-sama mempamerkan produk teknologi tahap tinggi China, menonjolkan ketukangan dan kualiti yang sangat baik, lalu menjadikannya tumpuan yang tidak dapat dinafikan lagi dalam acara ini.

Di pameran ini, SUNMI mendedahkan prakeluaran Smart Desktop Terminal SUNMI D3 PRO, yang meneruskan gaya reka bentuk rangkaian generasi ketiga SUNMI. Ia menampilkan badan aluminium logam dan paparan HD 15.6-inci, dilengkapi dengan cip Qualcomm, menyokong fungsi buka kunci cap jari dengan butang kuasa hidup dan boleh memilih skrin sekunder 10-inci dan modul pengimbas secara fleksibel.

Smart Scale Terminal S2L CC, menggunakan teknologi AI bagi mengenal pasti barang timbang dengan tepat, merealisasikan automasi pencetakan label, membawakan pengalaman layan diri serba baharu kepada industri pasar raya.

Penyelesaian "Qualcomm X SUNMI SUPER POS" yang dilancarkan secara bersama oleh SUNMI dan Qualcomm membuat kemunculan sulung domestiknya di pameran ini. Ini juga merupakan produk pertama dalam industri ini yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon untuk membawa sistem pengendalian Windows dan menghasilkan penyelesaian mesin daftar tunai komersial. "Qualcomm X SUNMI SUPER POS" mempercepatkan transformasi silang-platform POS global, menawarkan pengalaman berkuasa-rendah, prestasi-tinggi, ringan dan bergaya untuk pengguna sistem Windows.

Di samping itu, siri T3 PRO, siri D3 MINI dan V3 MIX yang mendapat pujian secara meluas menggamit perhatian ramai hadirin. SUNMI turut mempamerkan keupayaan perisiannya yang mantap, seperti SUNMI OS 4.0 iF International Design Award dan SUNMI DMP, bagi menawarkan kepada rakan kongsi dengan pengurusan peranti dan kawalan kandungan yang profesional, cekap dan terjamin.

Membina secara bersama senario perniagaan baharu dengan lebih 20 rakan kongsi ekologi, menerima trend digital 

Di CHINASHOP ini, reruai SUNMI mengundang beberapa rakan kongsi ekologi untuk mencipta secara bersama senario perniagaan beraneka, termasuk 24 senario seperti minuman teh baharu, makanan segera, hotel, pasar raya haiwan peliharaan, hidangan berkumpulan, kehidupan tempatan dan runcit Tiktok, bagi membawakan pengalaman imersif kepada khalayak. Dalam masa yang sama, ramai rakan kongsi yang cemerlang turut menyampaikan ucapan di lapangan yang menarik, bukan sahaja memberi lebih banyak inspirasi dan inovasi kepada industri ini bahkan turut memberikan pemahaman yang mendalam kepada khalayak.

Latar Belakang SUNMI 

SUNMI ialah sebuah syarikat IoT yang komited untuk membawakan peranti IoT pintar kepada perniagaan dan menyokong perkhidmatan awan bersepadu, bagi membina sebuah dunia yang saling terhubung dan akhirnya mencapai Perniagaan 4.0.

 

 

Source: SUNMI Technology
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Retail New products/services Trade show news Cloud Computing / Internet of Things