omniture

Huawei dedahkan gelombang baharu produk mudah alih dan boleh pakai "Super Slim, Super Selfie"

HUAWEI
2024-03-22 11:00 203

BANDAR RAYA MEXICO, 22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- HUAWEI Consumer Business Group (CBG) hari ini mendedahkan barisan produk "Super Slim, Super Selfie" yang terkini, dipopularkan oleh HUAWEI nova 12 Series, terkenal dengan kemajuan swafotonya dan reka bentuk yang nipis.

Pelancaran ini turut melibatkan HUAWEI Band 9 dan HUAWEI FreeLace Pro 2. Kempen pelancaran ini memperlihatkan dedikasi Huawei untuk memenuhi keinginan estetika dan teknologi pengguna muda.

HUAWEI nova 12 Series menunjukkan keharmonian antara gaya dan teknologi, menampilkan HUAWEI nova 12s yang ringan dengan reka bentuk tekstur kelopak yang unik. Kedua-dua HUAWEI nova 12s dan HUAWEI nova 12 SE mewarisi reka bentuk Star Orbit Ring (Gelang Orbit Bintang) yang ikonik dan mempesonakan, manakala HUAWEI nova 12i membawanya selangkah ke hadapan dengan Super Star Orbit Ring (Gelang Orbit Bintang Super).

Tersedia dengan warna-warna terang, siri ini bertujuan untuk menonjolkan semangat belia hari ini yang bertenaga dan berani.

Turut mengiringi telefon pintar ini, HUAWEI FreeLace Pro 2 dan HUAWEI Band 9 menggabungkan fungsian dengan fesyen. Fon telinga memperkenalkan reka bentuk jalur leher yang selesa untuk pengalaman mendengar yang imersif sepanjang hari, manakala HUAWEI Band 9 menawarkan tali yang bergaya untuk keselesaan sepanjang hari, kedua-duanya didatangkan dengan pelbagai warna untuk melengkapkan sebarang pakaian. Tali ini juga termasuk edisi Biru khas, untuk dilengkapkan sepenuhnya dengan telefon pintar siri nova.

Mempelopori teknologi kamera swafoto, HUAWEI nova 12 Series menampilkan Kamera Swafoto Ultra-Luas 60MP pada HUAWEI nova 12s, menerobos sempadan dengan tangkapan kumpulan resolusi tinggi dan swafoto yang indah. Di samping itu, siri ini mempunyai keupayaan kamera belakang signifikan, disokong oleh perisian fotografi termaju.

Siri ini diperkenalkan julung kalinya menerusi EMUI 14, meningkatkan pengalaman pengguna melalui peningkatan keselamatan, pemperibadian dan kecekapan. EMUI 14 memperkenalkan ciri-ciri seperti Live View untuk aktiviti aplikasi masa nyata pada skrin kunci dan kawalan privasi yang komprehensif. HUAWEI nova 12 Series dioptimumkan untuk ketahanan dengan bateri besar dan pengecasan pantas, mengurangkan masa henti untuk pengguna.

HUAWEI Band 9 dan HUAWEI FreeLace Pro 2, menonjol lantaran hayat baterinya yang panjang dan pengecasan pantas, bagi memastikan pengguna kekal terhubung tanpa pengecasan yang kerap. HUAWEI Band 9 turut memperkenalkan buat julung kalinya HUAWEI TruSleep™ 4.0, membawakan ciri-ciri pengurusan tidur yang komprehensif pada pergelangan tangan pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan, kunjungi laman web rasmi Huawei. Huawei CBG menawarkan perkhidmatan kepada khalayak global dengan pelbagai jenis produk, disokong oleh jaringan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luas, menekankan komitmen Huawei terhadap inovasi dan kepuasan pengguna.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://consumer.huawei.com

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications New products/services