omniture

Monsha'at disertai oleh 18 jenama Saudi terkemuka di Franchise Expo Paris 2024

Monshaat
2024-03-22 21:52 67

PARIS, 22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Menegaskan sekali lagi komitmennya untuk memajukan bidang keusahawanan Saudi, Monsha'at, Pihak Berkuasa Am Perusahaan Kecil-kecilan dan Sederhana Kerajaan Arab Saudi, mengambil bahagian dalam edisi 2024 Franchise Expo Paris: acara perniagaan yang terkemuka untuk usahawan francais.


Monsha'at mengambil bahagian dalam pameran antarabangsa ini — bersama-sama 18 jenama Saudi yang inovatif daripada keratan lintang industri dan sektor yang luas — bagi memaparkan pertumbuhan dan kepelbagaian bidang perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) Kerajaan Arab Saudi dan membangun berasaskan usahanya untuk mentransformasikan ekonomi Saudi.

Diadakan mulai 16 hingga 18 Mac di Porte de Versailles di Paris, Perancis, perhimpunan ini menyediakan platform tepat pada masanya untuk Monsha'at menonjolkan delegasinya dengan 18 jenama, bagi membolehkan setiap entiti meningkatkan profilnya, meninjau peluang perangkaian dan perkongsian serta berkembang ke peringkat antarabangsa.

Jenama-jenama ini termasuk Dkhoon, AbdulGhani, Dr's Lounge, Mantorose, Key Café dan Yelo. Jenama-jenama ini turut disertai oleh 3days, Al Dakheel Oud, Barn's, Bazil, i-be innovation and Entrepreneurship Center, Delta Medical Laboratories dan Blueage. Delegasi Monsha'at juga terdiri daripada syarikat-syarikat seperti Mamola, Saadeddin Pastry, Richy, Munch Bakery dan Kleen.

Sami Al Hussaini, Gabenor Monsha'at, berkata: "Franchise Expo Paris 2024 berperanan sebagai platform yang sempurna untuk kami memperlihatkan langkah yang kami lakukan sebagai destinasi pelaburan. Kami mengalu-alukan hadirin dan peserta ke pavilion khusus kami, menawarkan lebih banyak pemahaman terhadap usaha dan inisiatif berterusan kami. Ini membolehkan kami menonjolkan daya cipta 18 jenama Saudi yang terkemuka dan menghubungkannya dengan rangkaian rakan kongsi antarabangsa yang lebih luas."

Beliau menambah: "Mengambil bahagian dalam ekspo ini benar-benar sejajar dengan strategi penglibatan antarabangsa kami dan mengikuti penyertaan kami dalam pelbagai acara dan perhimpunan global. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan lebih banyak perniagaan, penerima francais dan pemberi francais dari Perancis dan seluruh dunia; dengan pandangan global ini dan komitmen kepada perkongsian-usaha yang efektif sebagai kunci untuk menyerlahkan potensi ekonomi Kerajaan Arab Saudi."

Dianjurkan oleh Infopro Digital — di bawah tajaan Kementerian Ekonomi, Kewangan dan Perindustrian dan Kedaulatan Digital — Franchise Expo Paris menarik minat lebih 30,000 peserta dari seluruh dunia saban tahun.

Ekspo ini dilancarkan untuk menghimpunkan jenama, pelabur, penerima francais dan pemberi francais — di bawah satu bumbung — untuk berhubung, meninjau peluang perkongsian dan membincangkan masa depan ekosistem francais global.

Dengan mempamerkan pelbagai industri pada platform global yang terkemuka, Monsha'at bukan sahaja menonjolkan pertumbuhan dan potensi sektor PKS Kerajaan Arab Saudi, tetapi turut menyelaraskan usahanya dengan Wawasan Saudi 2030. Penglibatan yang strategik ini memudahkan perangkaian antarabangsa, menekankan peranan Kerajaan Arab Saudi sebagai destinasi pelaburan yang dinamik dan usahanya dalam memupuk sebuah ekosistem sokongan untuk francais, seperti yang diperlihatkan melalui penubuhan Pusat Francais Monsha'at.

Sejajar dengan Wawasan 2030, penyertaan Monsha'at dalam acara ini memperluaskan usaha berterusannya untuk memperkasa PKS dan jenama agar mencapai potensi mereka. Seperti yang diketengahkan dalam laporan suku tahunan S4 2023 Monsha'at, bilangan PKS di Arab Saudi meningkat sebanyak 3.1% yang mengagumkan dalam S4 2023 kepada lebih daripada 1.3 juta.

 

Source: Monshaat
Keywords: Banking/Financial Service OTC/SmallCap IRW Small Business Services Trade show news