omniture

Sunway University Anjur Sidang Kemuncak Universiti-universiti Asia Times Higher Education 2024

Sunway University
2024-03-22 22:44 91

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Pendakian Malaysia sebagai destinasi pendidikan bertaraf global meraih pencapaian baharu dengan penganjuran sulung Sidang Kemuncak Universiti-universiti Asia Times Higher Education (THE) di Sunway University. Dijadualkan untuk dimulakan di kampus kami yang meriah mulai 29 April – 1 Mei 2024, perhimpunan berprestij ini menekankan kedudukan tinggi Malaysia yang semakin meningkat sebagai sebuah hab pendidikan dinamik untuk kecemerlangan akademik dan inovasi di rantau ini. Sebagai bukti komitmen tidak berbelah bahagi Malaysia untuk memajukan usaha ilmiah dan memupuk inovasi dalam komuniti akademik global, sidang kemuncak ini berjanji untuk menjadi acara yang penting. Ia akan menyediakan platform untuk universiti-universiti menunjukkan pencapaian mereka dan memudahkan perbincangan panel serta forum peringkat tinggi. Melalui pertukaran kolaboratif ini, kami bermatlamat untuk memperkukuhkan lagi peranan penting Malaysia dalam membentuk landskap masa depan pengajian tinggi di Asia.

Photo 1:[From left]Sunway University Pro Vice-Chancellor (Education) & Organising Chair of THE Asia Universities Summit 2024,Professor Chai Lay Ching, and Sunway University President, Professor Sibrandes Poppema
Photo 1:[From left]Sunway University Pro Vice-Chancellor (Education) & Organising Chair of THE Asia Universities Summit 2024,Professor Chai Lay Ching, and Sunway University President, Professor Sibrandes Poppema

Globalisasi memberi impak mendalam ke atas institusi-institusi pendidikan dalam meluaskan jangkauannya dan menerima pengantarabangsaan. Lantaran landskap ekonomi dan guna tenaga yang semakin berkembang, terdapat peningkatan keperluan untuk universiti-universiti menyelaraskan kurikulum mereka dengan kehendak industri semasa, menyediakan kemahiran praktikal kepada siswazah yang dapat meningkatkan prospek pekerjaan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Tambahan pula, universiti-universiti berperanan sebagai pemangkin penting untuk menangani cabaran masyarakat. Ia berkedudukan unik bagi menyediakan pendidikan berasaskan nilai, menerapkan kepimpinan beretika dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa. Dengan memperjuangkan dan menerajui perubahan terhadap isu-isu kemasyarakatan, termasuk usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), universiti-universiti dapat memperkasa para siswazah agar menjadi agen perubahan positif dalam komuniti mereka dan menyumbang secara bermakna kepada kemajuan global.

Mengetengahkan tema "Merapatkan perbatasan untuk mencipta semula landskap pendidikan yang semakin berkembang di Asia", sidang kemuncak ini akan menganjurkan lebih 35 sesi akademik yang berlangsung selama tiga hari. Setiap hari akan menumpukan kepada tiga tema tersendiri yang bertujuan untuk mendorong hubungan merentas sempadan dan institusi. Tema-tema ini termasuk Pendidikan Translasi: Membina Penghubung Merentas Negara dan Kampus, Jurang Kebolehpasaran dan Kemahiran: Membina Penghubung dengan Industri serta Komuniti dan Pihak Berkuasa: Membina Penghubung dengan Masyarakat. 

Lebih 500 pemimpin pendidikan global yang disegani, delegasi dan ahli akademik daripada universiti-universiti di seluruh rantau ini, termasuk The Chinese University of Hong Kong, City University of Hong Kong, National University of Singapore, Monash University, North South University, Universiti Brunei Darussalam, Toyo University, Macau University of Science and Technology, Xi'an Jiaotong-Liverpool University, Nanjing University, Lancaster University dan Arizona State University serta lain-lain lagi, akan menghadiri persidangan ini.

Selain itu, sidang kemuncak ini akan turut menjadi tuan rumah kepada upacara pemenang THE Awards Asia 2024. Mencapai tahun keenamnya, anugerah ini menyediakan pentas antarabangsa yang signifikan untuk mengiktiraf kepimpinan cemerlang dan pencapaian institusi, meraikan pelbagai kecemerlangan yang terdapat dalam landskap pengajian tinggi benua ini.

Presiden Sunway University, Profesor Sibrandes Poppema berkata, "Ini merupakan kali pertama kami menganjurkan Sidang Kemuncak Universiti-universiti Asia THE di Malaysia dan di Sunway University. Ini membawa peluang yang hebat bagi menunjukkan kecemerlangan akademik Malaysia, mendorong kolaborasi antarabangsa dan menyumbang kepada dialog global berhubung pengajian tinggi. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk menonjolkan inisiatif penyelidikan dan inovasi kami yang menyumbang kepada landskap pendidikan di Asia."

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai Sidang Kemuncak Universiti-universiti Asia THE 2024. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.timeshighered-events.com/asia-universities-summit-2024.

Photo 2:[From left]Sunway University President, Professor Sibrandes Poppema, and Sunway University Pro Vice-Chancellor (Education) & Organising Chair of THE Asia Universities Summit 2024,Professor Chai Lay Ching
Photo 2:[From left]Sunway University President, Professor Sibrandes Poppema, and Sunway University Pro Vice-Chancellor (Education) & Organising Chair of THE Asia Universities Summit 2024,Professor Chai Lay Ching

 

Source: Sunway University
Keywords: Education Higher Education