omniture

SÉZANNE DI TOKYO MENDUDUKI TEMPAT NO.1 DI SENARAI ASIA'S 50 BEST RESTAURANTS 2024

50 Best
2024-03-26 22:27 14
  • Sézanne Di Tokyo mencapai kedudukan teratas dan diberi anugerah The Best Restaurant in Asia ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna
  • Singapura menerajui carta dengan sembilan penyenaraian dan menyambut pendatang baharu Seroja (No.31) dalam senarai anugerah, yang juga merupkan pemenang anugerah Highest New Entry Award 2024, ditaja oleh Nongshim, serta Lolla (No.43).
  • Menjulang naik sebanyak 32 tempat dengan mencapai kedudukan No.5 di Hong Kong ialah Wing, restoran ini meraih anugerah Highest Climber Award, yang ditaja oleh Korean Air
  • Nusara (No.6) menerima Gin Mare Art of Hospitality Award tahun ini, manakala Haoma (No.90) di Bangkok memenangi Sustainable Restaurant Award
  • Mineko Kato dari Faro Tokyo mendapat gelaran idaman Asia's Best Pastry Chef, anugerah yang ditaja oleh Valrhona
  • Kevin Lu dari Logy (No.22) di Taipei ialah pemenang Beronia Asia's Best Sommelier Award
  • Sung Anh dari Mosu (No.41) di Seoul membawa pulang Inedit Damm Chefs' Choice Award yang dipilih oleh rakan cef.

Untuk senarai penuh kedudukan 1-50, klik di sini.

SEOUL, Korea Selatan, 26 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Sézanne di Tokyo dinamakan The Best Restaurant in Asia ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, dalam upacara penyampaian anugerah langsung bagi Asia's 50 Best Restaurants 2024. Upacara yang berprestij ini diadakan dengan bekerjasama rakan penganjur destinasi, Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs (MAFRA) serta Seoul Metropolitan Government.

Tokyo's Sézanne is crowned No.1 in Asia's 50 Best Restaurants 2024, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna, at a live awards ceremony in Seoul
Tokyo's Sézanne is crowned No.1 in Asia's 50 Best Restaurants 2024, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna, at a live awards ceremony in Seoul

Dibentuk daripada undian Asia's 50 Best Restaurants Academy, kumpulan yang mempunyai impak seimbang daripada 318 pakar terdiri daripada penulis dan pengkritik makanan, cef, pengusaha restoran dan pemimpin kuliner serantau. Senarai tahun ini merangkumi restoran dari 19 bandar di seluruh rantau dan lapan penyenaraian baharu.

Diketuai oleh chef Daniel Calvert, Sézanne menawarkan masakan neo-Perancis yang mempamerkan klasik moden dengan ketepatan pakar, dengan menggabungkan bahan-bahan Jepun yang berkualiti tinggi. Terletak di tingkat tujuh Four Seasons Hotel Tokyo di Marunouchi, restoran ini mendapat inspirasi dari bandar bernama sama di kawasan Champagne, Perancis. Pengalaman makan di sini merangkumi pelbagai pilihan champagne yang jarang ditemui, wain berkilauan buatan tangan dan masakan yang vintaj.

William Drew, Pengarah Kandungan di Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada restoran ternama yang tersenarai dalam ranking tahun ini — satu contoh sebenar dalam kemeriahan dan kepelbagaian landskap masak-memasak Asia." Penghargaan khas diberikan kepada seluruh pasukan Sézanne: masakan, hospitaliti dan pendekatan inovatifnya yang sempurna telah menjadikan restoran ini sebagai destinasi yang wajib dikunjungi."

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2372215/50_Best_Tokyo.jpg?p=medium600
PDF: https://mma.prnewswire.com/media/2369826/50_Best_List.pdf
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2321642/50_Best_Logo.jpg?p=medium600

Pusat media:
https://mediacentre.theworlds50best.com

Source: 50 Best
Keywords: Art Entertainment Restaurants Retail Travel Awards