omniture

FinVolution Group Umum Penajaan Rasmi Piala Dunia IWF 2024

FinVolution Group
2024-04-03 16:22 15

PHUKET, Thailand, 3 April 2024 /PRNewswire/ -- FinVolution Group ("FinVolution", atau "Syarikat"), sebuah syarikat teknologi kewangan (fintech) yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia merupakan penaja rasmi Piala Dunia IWF 2024, berlangsung mulai 31 Mac hingga 11 April di Phuket, Thailand.


Acara sukan yang besar daripada International Weightlifting Federation ini merupakan acara kelayakan peringkat akhir untuk Sukan Olimpik Paris 2024, dengan lebih daripada 1,500 atlet terbaik dari 120 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam piala dunia selama 12 hari ini. Menerusi penajaan Piala Dunia IWF, FinVolution bermatlamat untuk menonjolkan komitmennya bagi mencipta impak positif dalam kehidupan ramai orang dan memberi sokongan bagi membantu individu mencapai impian mereka.

"FinVolution berbesar hati dapat menjadi penaja rasmi Piala Dunia IWF 2024 dan kami komited untuk menggalakkan semangat kesukanan dan dalam masa yang sama menyokong mereka yang berjuang demi mencapai kejayaan dan merealisasikan impian mereka melalui kuasa fintech," kata Tim Li, Ketua Pegawai Eksekiutif FinVolution Group. "Sebagai sebuah syarikat berorientasikan global, FinVolution berdedikasi untuk meningkatkan kerjasama dan penglibatan antarabangsa, berusaha untuk memberi sumbangan yang bermakna dan positif kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada tanggungjawab sosial."

Ditubuhkan pada tahun 2007, FinVolution komited untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang inklusif kepada peminjam yang kurang mendapat perkhidmatan dan pemilik perniagaan kecil-kecilan di rantau pan-Asia. Syarikat ini turut meluaskan kehadiran globalnya secara strategik, mewujudkan platform pemberian pinjaman dalam talian setempat di Indonsia dan Filipina. Dalam masa yang sama, ia memperkasa perusahaan fintech merentas enam negara dengan platform SaaS suara AI yang utama dalam industri ini, "Blu."

Pada tahun 2022, FinVolution bekerjasama dengan Pasukan Angkat Berat Kebangsaan China bagi melancarkan program pinjaman tanpa faedah pada skala $13.85 juta, yang melaluinya lebih $16.62 juta kredit tanpa faedah diberikan kepada 11,000 perusahaan kecil dan mikro serta isi rumah petani.

FinVolution ditubuhkan dengan kepercayaan untuk menjadikan kewangan lebih baik melalui kuasa teknologi. Dengan misi untuk menghubungkan peminjam yang kurang mendapat perkhidmatan dengan institusi kewangan dan memupuk rangkuman kewangan dan digital yang lebih besar, syarikat ini bermatlamat untuk mencipta kehidupan yang lebih baik untuk orang ramai, masyarakat dan juga alam sekitar.

Latar Belakang FinVolution 

FinVolution Group ialah sebuah syarikat teknologi kewangan (fintech) terkemuka yang menghubungkan berjuta-juta pengguna serta perusahaan bersaiz mikro dan kecil dengan institusi kewangan. Ditubuhkan pada tahun 2007 dan disenaraikan pada Bursa Saham New York pada tahun 2017, kami berada di barisan hadapan dalam industri teknologi kredit pan-Asia, mempelopori teknologi inovatif dalam penilaian risiko kredit, pengesanan penipuan, data raya dan kecerdasan buatan. Dengan rekod prestasi terbukti bagi pertumbuhan yang kukuh di negara-negara pan-Asia, kami mewujudkan platform fintech yang utama di China, Indonesia dan Filipina. Komited terhadap pembangunan mampan, kami menyertai United Nations Global Compact pada tahun 2022 dan mengintegrasikan prinsip-prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke dalam strategi dan operasi kami.

Source: FinVolution Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Sports Contracts Financial Technology Artificial Intelligence