omniture

Penarafan Universiti Dunia QS 2024 mengikut Subjek

QS Quacquarelli Symonds
2024-04-10 18:00 29

Menampilkan universiti terbaik dalam 55 subjek 

LONDON, 10 April 2024 /PRNewswire/ -- Penganalisis pendidikan tinggi global QS Quacquarelli Symonds telah mengeluarkan edisi ke-empat belas Penarafan Universiti Dunia QS mengikut Subjek: satu analisis perbandingan bebas mengenai keunggulan akademik menampilkan 1500+ buah universiti di 96 negara dan wilayah merentasi  55 disiplin. Penarafan QS telah dirujuk lebih daripada 60 juta kali pada tahun 2023 di TopUniversities.com dan dirujuk sebanyak 124,000 kali oleh media dan institusi di seluruh dunia.

 

Negara-negara dengan jumlah kemasukan 10 teratas yang paling banyak dalam penarafan


Universiti yang Diberi Taraf 

 Kemasukan yang Diberi Taraf  

Kemasukan 10 Teratas

Amerika Syarikat 

213

3039

244

United Kingdom 

103

1569

148

Switzerland 

27

220

31

Singapura 

5

103

29

Australia 

36

797

17

Kanada 

32

646

17

Belanda 

21

328

13

China (Tanah Besar) 

101

882

8

Itali 

56

577

8

Jerman 

60

774

5

Perancis 

73

516

5

Jepun 

44

436

5

 

Sorotan Global

  • Universiti-universiti Amerika Syarikat mendahului dalam 32 subjek. Universiti Harvard ialah institusi yang paling kuat di dunia, pertama dalam 19 disiplin. Diikuti oleh MIT, mendahului dalam 11 subjek. 
  • Institusi UK mendahului dalam 16 mata pelajaran. Universiti Oxford mendahului dalam empat, diikuti oleh Universiti Cambridge, UCL, Royal College of Art, dan Royal College of Music dengan dua.
  • Switzerland dengan bangganya mempunyai kemasukan #1 yang tertinggi (4) secara berkadar dengan universiti-universiti yang diberi taraf. ETH Zurich mendahului dengan tiga mata pelajaran, menjadikannya institusi paling kukuh di Benua Eropah.
  • Universiti Australia di Melbourne dan Sydney mempunyai 100 subjek terbaik di dunia, 53 dan 52.
  • Perancis ialah pusat penyelidikan yang paling banyak berkolaborasi secara antarabangsa, dengan 23 kemasukan di kalangan 10 teratas untuk Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa.
  • Jepun mengubah penurunan yang lebih daripada lima tahun kepada satu peningkatan. 26% daripada kemasukan yang sebelumnya diberi taraf kini meningkat, 21% menurun, dan 42% kekal stabil - peningkatan keseluruhan sebanyak 5%.
  • China ialah negara ketiga yang paling banyak diwakili. China berada di tempat 10 teratas untuk lapan subjek. Universiti Tsinghua mencapai tiga tempat tertinggi, termasuk berprestasi tinggi dalam Sejarah Seni (ke-5). 
  • Bagi India, kemasukan yang diberi taraf meningkat sebanyak 19% dan prestasi keseluruhan meningkat sebanyak 17%.
  • Brazil merupakan negara yang paling banyak diwakili di seluruh Amerika Latin dan di kalangan 100 teratas. Mexico mempunyai kemasukan teratas di wilayah tersebut dengan jumlah 20 teratas terbanyak (4). 
  • KFUPM di Arab Saudi menawarkan program-program yang mendapat penarafan tertinggi di wilayah Arab, Kejuruteraan Petroleum (tempat ke-5)  dan Kejuruteraan Mineral & Perlombongan (tempat ke-8).
  • Pendahulu di Afrika, Universiti Cape Town, menduduki tempat ke-15 secara  global dalam Kajian Pembangunan.

Naib Presiden Kanan QS Ben Sowter berkata:  "Dengan kenaikan inflasi global, ketidakstabilan geopolitik, dan pilihan raya umum di lebih daripada 50 buah negara, sokongan terhadap pendidikan tinggi dan mobiliti pelajar antarabangsa tidak pernah menjadi lebih penting kerana perkara ini mendorong inovasi dan kemajuan masyarakat. Analisis perbandingan universiti terbesar yang pernah dijalankan oleh QS menekankan kepentingan kepelbagaian, perkongsian penyelidikan, pelaburan, dan kerjasama akademik dan industri merentasi sempadan."

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2142268/4139307/QS_Quacquarelli_Symonds_Logo.jpg?p=medium600 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research