omniture

Olight Sambut Ulang Tahun ke-17 dengan Jualan Amal Kesedaran Autisme, Kumpul $69,467.59

Olight Group Co.,Ltd
2024-04-26 14:42 82

SHENZHEN, China, 26 April 2024 /PRNewswire/ -- Olight, penginovasi dan peneraju dalam industri lampu suluh, mengumpul $69,467.59 daripada edisi khas lampu suluh EDC popularnya, i3T 2 yang berwarna 'Starry Blue' (Biru Bintang) semasa jualan amal kesedaran autisme bagi menyambut ulang tahun ke-17nya.

Jumlah hasil kutipan daripada jualan akan disumbangkan tanpa syarat kepada institusi-institusi penyelidikan autisme di serata dunia, menyokong pelaburan dalam penyelidikan autisme. Di samping itu, 450 unit i3T 2 Starry Blue disumbangkan kepada Organization for Autism Research (OAR) untuk menaja program pengumpulan dana utamanya ACTIVE FOR AUTlSM 5K. Olight mengumpul sebanyak $157,030.5 melalui jualan amal yang sama pada tahun lalu.

Olight raised $69,467.59 US dollars
Olight raised $69,467.59 US dollars

Keputusan untuk menujukan sambutan ulang tahun ke arah tujuan amal menekankan dedikasi Olight untuk menyebarkan kepositifan dan memberi impak bermakna di luar bidang pencahayaan luar dan dalam masa yang sama menekankan rasa terima kasih atas sokongan dan impak kolektif ke atas penyelidikan autisme.

"Matlamat Olight bukan sahaja untuk menerangi dunia dengan produk lampu yang luar biasa, tetapi juga untuk mengilhamkan harapan dan memberi impak yang positif," kata Mavis Xiao, Ketua Pegawai Pemasaran syarikat.

i3T 2 Starry Blue ialah produk disesuaikan khususnya untuk ulang tahun ke-17. Ia menampilkan badan berwarna biru tua yang dihiasi dengan bintang, melambangkan ketenangan dan harapan. Aksen emas, dilambangkan dengan Au, dikaitkan dengan dua huruf pertama autisme, manakala '∞' melambangkan sokongan sepanjang hayat untuk autisme.

Kempen #Owitness, diumumkan di acara tersebut, bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat setianya atas sokongan mereka selama bertahun-tahun dengan mengundang 50 peminat berdedikasi melalui Olight.com untuk menjadi duta jenama. Peserta 'Owitness' ini dijemput untuk menyaksikan komitmen Olight untuk tahun yang akan datang.

Memandang ke hadapan, Olight tetap komited kepada misi inovasi, inspirasi dan memberi impak positif kepada pelanggan dan komuniti global. Dengan rasa bermatlamat yang diperbaharui dan komitmen kepada kecemerlangan, syarikat ini bersedia untuk meneruskan perjalanan pertumbuhan, inovasi dan kerja amalnya dalam tahun-tahun akan datang.

Latar Belakang Olight:

Ditubuhkan pada tahun 2007, Olight ialah peneraju global yang menyediakan produk lampu luar inovatif yang dipercayai oleh peminat aktiviti luar di seluruh dunia. Olight menerobos sempadan teknologi pencahayaan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.

 

Source: Olight Group Co.,Ltd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Socially Responsible Investing