omniture

BlackBerry Mengembangkan Kurikulum Keselamatan Siber di Malaysia dengan Rakan Kongsi Baharu, CompTIA

BlackBerry Limited
2024-05-08 20:59 85

BlackBerry memperingati pembukaan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE), mengumumkan calon biasiswa siber wanita baharu dan kursus latihan keselamatan siber percuma untuk semua orang sehingga akhir bulan Mei 

CYBERJAYA, Malaysia, 8 Mei 2024 /PRNewswire/ -- BlackBerry Limited (NYSE: BB; TSX: BB) dan CompTIA, badan pensijilan dan latihan teknologi maklumat (IT) terkemuka di dunia, pada hari ini mengumumkan perkongsian baharu yang akan membantu meningkatkan skala dan menyampaikan pelbagai kursus latihan di bawah Kurikulum Keselamatan Siber BlackBerry baharu di Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) yang baharu dibuka di Cyberjaya, Kuala Lumpur—dengan kursus CompTIA bermula pada bulan Mei.

CompTIA akan menyediakan latihan dan pensijilan keselamatan siber yang terkemuka dalam industri kepada pelajar di CCOE. Kursus yang diketuai oleh pengajar CompTIA bermula pada bulan Mei dan akan merangkumi pensijilan A+, Rangkaian (Network)+, dan Keselamatan (Security+) syarikat yang terkenal. Latihan dan pensijilan tambahan akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang. Pensijilan ini akan melengkapkan individu dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk meneruskan kerjaya mencabar dan diperkaya dalam industri teknologi.

Perkongsian ini mengembangkan Kurikulum Keselamatan Siber BlackBerry yang baharu. Perkongsian ini juga menawarkan pelbagai tawaran kursus dan pensijilan yang diiktiraf pada peringkat global untuk membantu mengembangkan tenaga kerja dan ekosistem keselamatan siber yang mahir di Malaysia dan rantau ini. Untuk meraikan pembukaan rasmi CCoE, BlackBerry menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja di Malaysia untuk menyertai pelbagai kursus latihan keselamatan siber di pusat ini hingga akhir bulan Mei, secara percuma. Calon yang berminat dalam Latihan Kesedaran Keselamatan Siber yang telah memilih modul latihan produk BlackBerry boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini.

Berita CompTIA mengikuti perkongsian pendidikan baru-baru ini yang dibentuk dengan SANS Institute dan Rogers Cybersecure Catalyst ("Pemangkin") di Universiti Metropolitan Toronto, yang bekerjasama dengan SANS untuk menawarkan tiga calon siber wanita biasiswa penuh bagi program latihan CLIC (Pensijilan untuk Kepimpinan dalam Keselamatan Siber) . Kini, para calon telah dipilih dan akan memulakan kursus pada 9 Mei, meneruskan lagi kepelbagaian dan peluang untuk pemimpin siber wanita di Malaysia.

John Dimitropoulos, Naib Presiden Kanan Pembangunan Korporat, Strategi dan Pembangunan Perniagaan di BlackBerry, berkata, "Perkongsian baharu BlackBerry dengan CompTIA menunjukkan kami tidak berdiam diri dalam misi kami untuk membantu Malaysia membina kapasiti keselamatan siber dan memperkukuh pertahanan digital dengan ahli profesional siber yang terlatih. Berikutan dengan pembukaan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber di Malaysia baru-baru ini dan pelancaran Kurikulum Keselamatan Siber BlackBerry, kami terus berinovasi, bekerjasama dan memupuk kepelbagaian dalam ekosistem keselamatan siber, serta kami amat teruja untuk menawarkan kursus percuma hingga akhir bulan Mei bertujuan menyokong usaha negara dalam memperkukuh kebingkasan siber."

Hairil Izwan Isamuddin, Pengarah Serantau, Asia Tenggara berkata, "CompTIA amat berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan BlackBerry untuk mengecilkan jurang 12,000 bakat keselamatan siber di Malaysia. Kami komited untuk berada dalam perjalanan ini bagi menambah nilai dan meningkatkan tenaga kerja teknologi tempatan Malaysia melalui pelbagai inisiatif industri, kerajaan dan akademik. Saya percaya perkongsian kami akan banyak menyumbang kepada kejayaan rakyat Malaysia dan kedua-dua pihak ke arah matlamat bersama kami bagi meningkatkan kebingkasan siber."

Kunjungi di sini untuk maklumat lanjut tentang kursus baharu CCoE BlackBerry dan CompTIA pada masa akan datang – dan juga untuk mendaftar minat bagi kursus latihan keselamatan siber percuma sepanjang bulan Mei 2024.

Maklumat Tentang CompTIA

Persatuan Industri Teknologi Pengkomputeran (CompTIA) ialah badan pensijilan dan latihan teknologi maklumat (IT) terkemuka di dunia. CompTIA ialah organisasi berteraskan misi yang komited untuk meneroka potensi setiap pelajar, pengubah kerjaya, atau ahli profesional yang ingin memulakan atau memajukan kerjaya dalam bidang teknologi. Jutaan pekerja teknologi semasa dan bercita-cita tinggi di seluruh dunia bergantung pada CompTIA untuk latihan, pendidikan dan pensijilan profesional yang memberikan mereka keyakinan dan kemahiran untuk bekerja dalam bidang teknologi. https://www.comptia.org/

Maklumat Tentang BlackBerry

BlackBerry (NYSE: BB; TSX: BB) menyediakan perisian keselamatan pintar dan perkhidmatan kepada perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia. Perisian syarikat ini memperkasa lebih 235 juta kenderaan. Berpangkalan di Waterloo, Ontario, syarikat ini memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin untuk menyampaikan penyelesaian berinovatif dalam bidang penyelesaian keselamatan siber, keselamatan dan privasi data, serta merupakan peneraju dalam bidang keselamatan titik akhir, pengurusan titik akhir, penyulitan dan sistem terbenam. Visi BlackBerry adalah jelas – untuk menjamin masa depan bersambung yang boleh anda percayai.

BlackBerry. Keselamatan Pintar. Di mana-mana sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi BlackBerry.com dan ikuti @BlackBerry.

Tanda dagangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada BLACKBERRY dan Reka Bentuk LAMBANG, ialah hak cipta atau tanda dagangan berdaftar BlackBerry Limited dan hak eksklusif untuk tanda dagang tersebut adalah terpelihara dengan jelas. Semua tanda dagangan lain ialah kepunyaan pemilik masing-masing. BlackBerry tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan pihak ketiga.

Hubungan Media:
Perhubungan Media BlackBerry
+1 (519) 597-7273
mediarelations@BlackBerry.com 

Hubungi Media
Hairil Izwan Isamuddin
Pengarah Serantau - Asia Tenggara
+603 8320 8186
hairil@comptia.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/726868/BlackBerry_Logo.jpg?p=medium600 

Source: BlackBerry Limited
Related Stocks:
NYSE:BB Toronto:BB
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Licensing/marketing agreements New products/services Women-related news DEI Page