omniture

Liqui-Box Buka Kilang Baharu di Taizhou China

Liqui-Box
2014-11-01 00:15 97

RICHMOND, Virginia, 1 November 2014 /PRNewswire/ -- Liqui-Box, peneraju dunia bagi penyelesaian pembungkusan cecair yang fleksibel meraikan pembukaan rasmi kemudahan baharu mereka di Taizhou, China menerusi upacara pembukaan umum. Majlis tersebut menandakan pembukaan rasmi tapak Liqui-Box yang dapat memberi sokongan kepada para pelanggan dalam pasaran Asia. "Kami amat berharap agar Liqui-Box akan menjadi perusahaan ikonik di Daerah Hailing berdasarkan kehebatan pengurusan, perkhidmatan dan juga produk berkualiti tinggi serta dapat memberi sumbangan baharu kepada usaha menaik taraf transformasi ekonomi & pembangunan bersepadu bagi daerah kami," ujar Cik Gu Ping, Ketua Pengarah Daerah Hailing Taizhou ketika memberi ucapan pada majlis itu. Liqui-Box telah mula meningkatkan pengeluarannya di tapak Taizhou sejak Julai tahun ini dan kini beroperasi sepenuhnya.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141030/155650

Eric Chen, Pengurus Besar Asia Pasifik di Liqui-Box mengulas, "Pencapaian menarik ini akan memantapkan kehadiran kami di Asia dan membolehkan kami memanfaatkan peluang untuk mendapatkan sumber setempat selain memberi perkhidmatan kepada para pelanggan kami dengan lebih cekap dan berkesan." Kilang baharu Liqui-Box di Taizhou, China ini pada peringkat awal akan menyediakan perkhidmatan untuk para pelanggan dalam pasaran minuman dan makanan & produk tenusu.

Tapak baharu ini terletak di bandar Taizhou di bahagian timur China dengan laluan mudah ke pelabuhan Shanghai, Nanjing serta laluan berkelajuan tinggi G2 yang membolehkan penghantaran barangan import yang terdiri daripada bahan mentah dengan mudah serta pengangkutan barangan siap kepada para pelanggan dengan pantas.

Ken Swanson, Ketua Pegawai Eksekutif Liqui-Box, pula berkata, "Pengembangan jejak pengeluaran kami di China ialah langkah penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang kami. Pembukaan kilang ini meletakkan Liqui-Box dalam kedudukan yang lebih baik bagi membantu para pelanggan kami pada peringkat tempatan di Asia dan seterusnya mengembangkan perniagaan kami pada peringkat global."

Latar Belakang Liqui-Box:
Liqui-Box merupakan penginovasi terkemuka bagi penyelesaian pembungkusan yang mampan untuk penyerahan produk cecair dan separa cecair secara pantas, segar dan juga berkesan daripada segi kos. Liqui-Box menghasilkan pembungkusan fleksibel beg-dalam-kotak dan kantung sebagai perkhidmatan kepada pelbagai jenis industri, termasuk pasaran produk tenusu, minuman serta makanan pukal pada peringkat global. Penggunaannya termasuklah sirap kaunter minuman, campuran susu kocak, minuman kopi, makanan dalam bentuk cecair yang boleh dipam seperti pati dan sos, selain produk bukan makanan seperti minyak dan cat. Liqui-Box menawarkan kelengkapan isian paling pantas dalam industri, berserta pembungkusan guna habis, termasuk substrat filem, beg dengan hiasan, serta kantung. Liqui-Box merupakan syarikat portfolio The Sterling Group; syarikat ekuiti swasta pasaran pertengahan yang berpangkalan di Houston dengan pengalaman selama lebih 30 tahun dalam menambah baik serta mempertingkat pembungkusan serta perniagaan perindustrian yang lain.

Maklumat Perhubungan Media: Paul Kase
Talian: +1-804-433-3834
E-mel: pkase@liquibox.com 
901 E. Byrd St. Suite 1105
Richmond VA, 23219

Source: Liqui-Box
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Paper/Forest Products/Containers Corporate Expansion