omniture

CONCORD Saratoga Lady Mempesonakan pada Perlumbaan dengan Sarung dan Gelang set-Berlian

CONCORD
2014-11-01 16:00 110

BIEL, Switzerland, 1 November 2014 /PRNewswire/ --

Concord hadir mempesonakan pada perlumbaan dengan jam tangan Concord Saratoga Lady baharu bertatahkan berlian pada sarung dan gelangnya. Dibaluti di sekeliling dail ibu mutiara yang halus dengan perincian kuda yang dilukiskan indah serta sepuluh berlian yang berkilau, sarung keluli tahan karat yang anggun diserlahkan dengan 32 berlian yang sungguh indah.  

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141101/708486-a )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141101/708486-b )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141101/708486-c )

Jan tangan yang sangat cantik ini membawa keanggunan selangkah ke hadapan dan mengutamakan hubungan tersendiri koleksi Saratoga melalui tetapan halus bagi 48 berlian yang menakjubkan pada gelang keluli tahan karat yang sepadan. Setia dengan kecanggihan landasan lumba, jam tangan baharu ini mempunyai kedudukan sebagai salah satu model yang lebih bergaya dalam rangkaian Saratoga.

Muat turun imej-imej HD 

http://www.insideconcord.ch/files/weblinks/rw/fe7ee8fc1959cc7214fa21c4840dff0a--/CONCORD%20Saratoga%20Lady_0320286_0320285%20FINAL%20PHOTO.zip

Muat turun teks akhbar dalam bahasa berbeza 

http://www.insideconcord.ch/files/weblinks/rw/cbb6a3b884f4f88b3a8e3d44c636cbd8--/CONCORD_Saratoga%20Black%20PVD%20Gent%20Lady%20FINAL%20TEXT.zip

Saratoga Lady buatan keluli tahan karat membawakan pengenalan kuda yang terperinci dicetak timbul pada bahagian belakang sarung. Dail dengan animasi kuda yang unik dan indah ini juga boleh didapati melalui versi sarung set berlian keluli tahan karat emas ros 18k dengan pergerakan automatik mekanikal dengan tali kulit buaya berwarna perang. Kemenangan sempurna di landasan legenda. Kemenangan sejajar dengan gaya keanggunan sepanjang zaman.

Latar Belakang Concord 

Concord telah ditubuhkan di Biel, Switzerland pada tahun 1908. MGI Luxury Group telah mengambil alih jenama mewah Switzerland tradisional itu pada awal 1970an, dan kemudiannya melancarkan semula jenama khusus yang dinamik dan sangat asli untuk alaf baharu. Jenama tersebut telah berhadapan cabaran strategi penyusunan semula yang berani yang merentasi kejayaan horologikal yang sedia luar biasa pada masa lalu.

http://www.concord.ch

Concord adalah sebahagian daripada Movado Group Inc. 

http://www.movadogroup.com/company/index.cfm

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Cliona HUGI
Jabatan Komunikasi CONCORD
MGI Luxury Group S.A.
Silver Tower
Place de la Gare 2B
Case postale
CH-2501 Bienne Switzerland
Pejabat: +41-32-329-34-00
press@concord.ch

Sumber: CONCORD

Source: CONCORD
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics New products/services